part 14#pertemuan

167 14 0
                                    

Fatin memasuki ke dalam kedai perfume. Dia tengah mencari-cari perfume yang bernama Ricco. Matanya terpandang perfume yang dicari lalu mencapai perfume itu.

Tetapi dalam masa yang sama, terasa tangan lain yang menyetuh perfume itu. Dia memandang ke arah lelaki itu.

"Err. Sorry. Saya tak perasan yang cik pun nak perfume ni. Ambik lah" ujar lelaki itu ramah. 'Mak aii. Handsomenya! Suara dia...Pergh....' Sempat lagi Fatin memuji lelaki dihadapannya. Tunggi lelaki ni. Fatin ni pendek tinggi dia hanya sampai dekat dada lelaki ni je. Lelaki ni sama tinggi dengan Aiman.

"Err. Takpa lah. Awak lah yang ambik. Saya boleh ambik yang lain." Ujar Fatin. "Eh. Takpa lah. Err... Cik?"

"Fatin. Panggil saya Fatin je. Tak payah panggil cik. Macam formal je."

"Ouh. Oky. Saya Hafrez. Err takpa lah Fatin ambik lah. Saya tak kisah pun." Ujar lelaki itu yang dikenali Hafrez. "Err. Betul ni tak kisah?"

Soal Fatin kembali. 'Malas lah nak main tarik tali lagi. Kalau dia tak nak aku ambik je lah.' Getus hati Fatin.

"Ya Fatin. Saya tak kisah. Lagipun perfume ni kan lebih untuk wanita yang pakai. Jarang lelaki yang pakai."

"Erm. Oky lah. Thanks sebab bagi dekat saya. Bye. See you again." Usai membuat pembayaran, segera dia meninggalkan kedai itu.

'InsyaAllah kita akan jumpa lagi.' Bisik hati Hafrez.

*******

Hafrez menyandarkan badanya di sofa. Dia mengeluh kecil. Penat mungkin kerana banyak menggunakan tenaga untuk membeli-belah di pavilion.

Senyuman terukir di bibirnya tatkala mengenangkan memori petang tadi terserempak dengan seorang perempuan.

'Fatin.' Wajah itu berlegar di fikirannya. Mukanya yang putih bersih, pipi gebu, hidung terletak.

'Kau dah kenapa ingatkan dia ni? Tapi seriously aku cakap, dia cantik sangat. Lebih² bila dia senyum tadi. Arrhhh!!! Tak pasal² aku dah kemaruk dengan Fatin tu. Harap² lah boleh jumpa dia lagi. Amin'

Hafrez bermonolong sendiri. Dia memejamkan matanya dan terbayangkan wajah comel Fatin.

********

"Mama! Nak aiskrim!" Jerit Firash sambil menunjukkan seorang pak cik yang menjual aiskrim di taman itu. Mereka menuju ke arah pak cik itu.

"Pak Cik. Nak aiskrim satu. Perisa strawberry ye." Ujar Fatin. Pak Cik itu mengangguk lalu membuatkan aiskrim dan diberikan kepada Firash. Fatin membayar aiskrim itu.

Mereka duduk di atas kerusi yang disediakan. "Sedap tak sayang?" Soal Fatin tatkala melihat anak buahnya begitu asyik menjilat aiskrim.

"Sedap... Mama nak?" Firash menghulurkan aiskrim itu kepada Fatin tetapi dia menolak lembut.

"Fatin."

Panggil satu suara. Fatin dan Firash menoleh ke arah suara itu.

"Hafrez."

Ujar Fatin. Hafrez senyum kelat. 'Dia dah khawin rupanya. Siap ada anak lagi. Hurmm. Melepas aku kali ni. Tapi, betul ke dia dah khawin?' Hafrez bermonolong sendiri.

"Your son?" Soalnya. Fatin menggeleng. "Anak saudara." Jawabnya ringkas. Terus senyuman Hafrez mekar.

"Rash. Salam uncle." Firash hanya mengurut. Dia mencium lembut tangan Hafrez. "Hai uncle handsome." Ujarnya. Hafrez tergelak kecil. "Hai handsome boy." Balasnya kepada Firash.

"Mama, Rash nak main buaian. Boleh tak mama?" Soal Firash. Fatin mengangguk. "Boleh sayang. Tapi jangan main jauh² tau." Pesan Fatin. Firash mengangguk terus meninggalkan Fatin dan Hafrez.

"Kenapa dia panggil awak mama?" Soal Hafrez tanpa segan silu. "Mummy dia suruh panggil saya dan abang saya sebagai gelaran papa dan mama. Sebab kami ni rapat sangat dengan anak buah kami."

Jawab Fatin. Hafrez mengangguk. "Ooo. I see. Tapi awak ni tak khawin lagi kan?"

Fatin mengelengkan kepalanya. 'Fuh! Ada chance ni.' Bisik hat Hafrez. "By the way, awak datang sorang ke? Your wife tak ikut sekali?" Soal Fatin pula.

Tawa Hafrez kedengaran halus. "Saya tak khawin lagi. Girlfriend pun tak da inikan pula wife. Kenapa? Nampak terlalu tua ke saya ni?" Soal Hafrez.

Fatin menggeleng. "Sorry. Saya ingatkan yang awak ni dah ada wife." Ujarnya lembut.

"Takpa lah. Ramai jugak yang Tanya soalan macam tu dekat saya. Dah biasa."

"So, khawin lah cepat²"

"Awak lah yang khawin dengan saya cepat²"

"Haha. So funny. By the way, awak tinggal area sini ke?" Soal Fatin. Sengaja melarikan topik khawin tadi.

"Ha'ah. Saya tinggal dekat² sini. No A25." Balasnya.

"Saya A24. La... Sejiran lah kita. Tak tahu lah pulak."

"Iya? Kenapa tak perasan pun awak sebelum ni?"

"Saya baru je tinggal sini. Saya just menumpang je. Rumah tu rumah Kakak saya. Saya terpaksa tinggal sini untuk beberapa minggu. Ada masalah keluarga."

Terangnya. Hafrez mengangguk. 'Masalah keluarga? Kena halau ke? Ke mak ayah dia paksa khawin? Sebab tu dia lari lepas tu tinggal sini? Ke dia dah ada boyfriend tapi mak ayah dia tak suka pilihannya?'

Terlalu banyak tanda tanya yang bermain di fikirannya.

"Mama!" Panggil Firash lalu menuju ke arah Fatin. "Rash dah tak nak main. Jom balik mama." Ujarnya sambil mengheret tangan Fatin.

"Ya sayang. Jom kita balik. Err. Hafrez, kami dah nak balik ni..."

"Oh, err... Jom saya hantarkan kamu berdua balik. Alang² dah rumah sebelah je kan."

Dalam perjalanan mereka, Fatin dan Hafrez banyak mendiamkan diri. "Mama dengan uncle handsome ni kenapa dia je?"

Soal Firash. Mereka hanya senyum senget kepada budak kecil itu.

"Dah sampai. Err saya nak cakap something dengan awak kejap." Ujar Hafrez gagap.

"Oky. Rash masuk lah dulu. Mama nak cakap dengan uncle Rez kejap." Ujar Fatin.

"Ooo nama uncle handsome ni uncle Riz? Oky lah thank you uncle sebab sudi teman kan kami balik. Bye!" Firash melambaikan tangannya sebelum masuk. Hafrez membalas kembali.

"Oky, what's up?" Soalnya tatkala melihat anak buah nya sudah masuk ke dalam rumah. Dia berpeluk tubuh.

"Besok awak free tak?"

"Ermm. Free. Kenapa?"

"Err, saya nak bawak awak keluar besok. Pukul 3 petang."

"Ooo. Oky. Saya setuju. Erm. Tak da apa² dah lah kan? Saya nak masuk dalam. Bye. Assalamualaikum." Ujarnya sebelum pamit.

Dia meninggalkan Hafrez sendiri. Salam Fatin dijawbnya di dalam hati. Dia memandang lama rumah itu sebelum masuk ke dalam rumahnya.

Please... Vote sekali gaiss😭

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now