"Kak Ina... Kak Ina nak bawak Syu pergi mana ni?" Soal Fatin semasa mereka berada di dalam perut kereta. Qasrina hanya membisu tidak menjawab persoalan Fatin. Dia fokus akan pemanduannnya.
Mereka tiba di sebuah rumah banglo milik Qasrina. Dia mengangkat brek keretanya. "Dah sampai. Jom masuk dalam." Ujar Qasrina lalu keluar daripada perut kereta. Qasrina membuka pintu rumah itu lalu menjemput Fatin masuk ke dalam rumah.
"Mulai hari ini Syu tingal dengan akak ye sehingga masalah family kita selesai. And, jangan sesekali dekat dengan Zikr buat sementara waktu. Syu faham kan?" Kata Qasrina lembut.
"Tapi Kak, kenapa Syu kena tinggal kat sini? Syu tak boleh stay kat rumah umi ke?"
"Tak boleh Syu. Maybe Zikr akan Syu. Syu belum kenal sepenuhnya lagi perangai sebenar dia." Terang Qasrina sebak.'Dah kenapa dengan Kak Ina ni? Macam nak nangis je. Aku tak kenal sepenuhnya lagi perangai Zikr? Erk. Aku rasa aku dah kenal dia sepenuhnya. Yang aku tahu Zikr seorang yang baik,caring,penyayang,selalu ada bila aku perlukan dia. Hmmm. And, tak lupa juga dia selalu buat aku happy bila kami bersama. Apa yang aku tak tahu erk?' Fatin bermonolong sendiri.
"Err.. Kak Ina. Syu nak tanya, kenapa erk tadi
"Mama!" Jerit satu suara budak kecil. Dia berlari mendapatkan Fatin. Dia memeluk erat kaki perempuan itu. "Mama! Lamanya mama tak sayang sini. Mama tak rindu Rash ke?" Kata Firash. Budak itu baru berumur 5 tahun.
"Firash? Ya Allah! Mama rindu sangat² dekat anak buah mama ni. Sorry sayang. Mama tak sempat nak datang tengok Firash. Mama banyak kerja." Ujar Fatin kepada budak kecil itu sambil memeluk Firash.
"Mama tidur lah sini. Mummy. Ajak lah mama tidur sini. Malam ni Firash nak tidur dengan mama. Boleh tak mummy? Please..." Rengek Firash. Dia memegang baju mummynya.
"Mama tidur sini. Tapi tak boleh lah Rash tidur sekali dengan mama. Mama penat tu. Baru je sampai. Rash tidur dengan mummy and daddy lah ye." Pujuk Qasrina. "Takpa lah Kak. Lagipun Syu memang rindu gile dekat Rash ni. Boleh lah dia tidur dengan Syu."
Ujar Fatin. "Kalau Syu dah kata macam tu, oky lah. Tapi kalau dia nakal, marah je dia."
"Alah mummy ni. Rash mana nakal. Rash baik je kan mama kan?" Ujar budak lelaki itu. "Ye sayang. Rash tak nakal pun. Dah. Mama nak naik atas. Nanti kita main oky? Mama nak mandi dulu."
Ujar Fatin. Dia naik ke atas bilik tanpa menoleh ke belakang. "Mummy, kenapa dengan mama? Dia gaduh dengan papa ke?" Papa yang dimaksudkan oleh Firash ialah Aiman. Dia memang memanggil Fatin dan Aiman itu mama dan papa. Entah kenapa.
Budak itu selalu nampak Aiman dan Fatin bermesra. Seperti suami isteri. Mungkin sebab itu. Qasrina menuntui sedikit kepala dan badannya supaya sama tinggi dengan anaknya.
"Tak lah sayang. Mama merajuk sikit dengan papa. Rash jangan tanya mama tau. Nanti mama sedih. Rash nak mama sedih ke?" Ujar Qasrina. Takpalah dengan budak takpa tipu sunat.
Firash mengeleng. Qasrina senyum senget. "Dah. Masuk dalam bilik. Suruh Mak mah mandikan Rash lepas ni daddy balik. Daddy ajak pergi jalan²." Ujar Qasrina sambil meraup rambut anaknya.
Firash melompat keriangan. Laju sahaja budak itu berlari mendapatkan Mak mah. Orang gaji di rumah ini. Qasrina mengeleng melihat anaknya. Selepas anaknya hilang dari pendangan, dia mengatur langkah menuju ke biliknya.
Terniat juga di dalam hati untuk masuk ke dalam bilik Fatin tetapi, dibatalkan. Biarlah dia melepaskan perasaanya dahulu. Dia berharap sangat yang Aiman adiknya boleh menerima ketentuan takdir.
********
"Assalamualaikum...." Salam pertama dibagi dan disusuli salam kedua. Dia meraup mukanya lalu menadah tangannya. "Ya Allah. Ampunilah dosa ku ini. Dosa kedua Ibu bapaku dosa adik beradik ku, sepupuku,dan tidak lupa juga yang paling ku cintai. Nurul Fatin Syuhada.
Ya Allah. Aku tahu aku berdosa sebab terlalu menginginkannya untuk menjadi suri dalam hatiku sedangkan kami ini adik beradik susuan. Aku berdosa ya Allah. Ampunilah aku. Aku terlalu sayangkannya. Tolonglah bagiku masa untuk melupakannya.
Kau tolonglah buang perasaan cinta ini. Tambahlah sedikit rasa kasihku kepadanya tidak lebih daripada seorang abang dengan adik. Aku memohon pertolongan Mu ya Allah. Aku takut suatu hari nanti aku akan sakiti hatinya. Kuatkanlah hatiku ini ya Allah. Amin..."
Aiman meraup doanya. Dia melihat sejadah lalu memasukkan ke dalam almari. Dia membaringkan badannya di atas katil bersaiz king itu. Sesekali keluhan di lepaskan.
Entah kenapa dia tidak boleh terima dengan apa yang berlaku. Dia masih mencintai Fatin dan tidak akan berhenti menyanyangi perempuan itu. Dia mengambil bingkai gambar yang terletak di atas meja bersebelahan dengan lampu tidurnya.
Dia menatap sayu gambar itu. Gambar dia dengan Fatin semasa di bangku sekolah lagi. Ketika itu mereka mengikuti lawatan sambil belajar anjuran sekolah. Aiman duduk berhadapan Fatin di atas kerusi bersama meja bulat.
Sengaja aiman menyuruh Daniel mengambil gambar mereka. Fatin memandang Aiman dengan penuh rasa cinta begitu juga dengan Aiman.
"Syu. Janji dengan aku yang bila kita dah besar, kita khawin sama². Janji?" Aiman menghulurkan jari kelincingnya. Fatin menyambut huluran itu lalu berkata "iya. Saya janji nanti bila kita dah besar, kita sama² khawin. Saya sayang awak"
"Aku pun sayang dekat kau. Terlalu Syu. Sehingga tak muat dah nak masuk cinta lain dekat hati aku ni" Aiman memegang dadanya. "Amboi... Nak sangat lah ada gf baru? Takpa lah. Buang cinta saya tu lepastu masuk kan cinta orang lain pulak."
Ujar Fatin seakan² merajuk. Dia berpeluk tubuh. Mukanya masak mencuka. "Alahai kau ni. Aku gurau je lah. Walau banyak mana pun cinta orang lain yang masuk dalam hati aku ni, aku tetap pilih kau lah. Sebab apa? Sebab, kau lah cinta pertama aku and InsyaAllah cinta terakhir aku."
Luah Aiman sambil mengusap pipi gebu buah hatinya. Fatin senyum sedikit. Aiman mengusap kepalanya. "Sa...yang kau." Seperti biasa Fatin membalas perlakuan Aiman. "Sa...yang Zikr saya!" Mereka sama² tergelak kecil.
"Syu.. Aku rindukan kau... Kau sihat? Dah seminggu aku tak jumpa kau. Aku harap kau selamat and aku harap kau dengar isi hati aku ni bahawa aku terlalu sayang dan rindukan kau. I love you so much dear."
Kata Aiman di depan gambar Fatin. Cecair jernih mengalir lebat di pipi Aiman. Dia memeluk erat gambar dia dan Fatin. "Aku sayangkan kau Syu" luah Aiman sambil mencium gambar Fatin.
Malam itu dia tertidur bersama gambar mereka.
Fuh. Done for today... Please vote sekali gaiss😭
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...