Fatin masuk ke dalam biliknya. Dia memandang sekeliling biliknya. Tiada apa yang berubah. Dia menuju ke meja solek terdapat dua buah bingkai. Gambarnya bersama dengan Aiman.
Ketika itu Fatin memberikan sebuah kotak sederhana kecil kepada Aiman atas kerjayanya yang telah memperolehi 5A dalam PT3. Oky lah tu.
*******
"Alah syu. Kau tak payah lah susah² nak bagi hadiah dekat aku. Aku ni bodoh lah Syu. Dapat 5A je pun." Aiman merendahkan dirinya.
"Heish awak ni! Tak payah lah nak rendah diri sangat. 5A pun dah bagus tau. Tak baik tau tidak mensyukuri apa yang kita ada." Ujar Fatin.
"Kau ni kan. Asyik nak ceramah orang je. Nasib baik aku sayang kau. Oky lah aku terima. Thanks." Balas Aiman.
"Boleh aku bukak?"
"Bukak lah. Saya memang nak suruh awak bukak sekarang."
Apabila Aiman membuka hadiah itu, dia terkejut. "Sy...Syu???"
"Kenapa? Awak tak suka ke? Tak palah kalau tak boleh terima." Ujar Fatin yang sedikit kecewa.
"Gila kau tak suka? Suka bangat sih! Ha! Tengok. Aku dah cakap indon dah... Thanks sayang. Aku dah lama cari benda ni. Aku hargai sangat. Mana kau dapat duit nak beli semua ni? Kau curi erk?" Tuduh Aiman sambil mengjulurkan tangannya ke arah kekasihnya.
"Eish awak ni! Ada ke patut tuduh saya macam tu. Saya tahu lagi lah halal haram. Saya kumpul duit lah nak beli ni. Saya ni tak suka mintak duit daripada umi atau babah. Bagi saya, kita harus berdikari." Terang Fatin. Dia menghadiahkan sepasang kasut bola kepada Aiman. Lelaki itu memang minat bola sebab itulah dia hadiahkan sepasang kasut bola.
"Hurrm. Yelah. Thank you my dear. Aku hargai sangat."
Fatin mengangguk. "Wey korang, aku nak tangkap gambar korang ni. Senyum!" Ujar Akmal lalu Aiman dan Fatin senyum sambil memandang ke arah camera milik Akmal.
"Syu, janji dengan aku yang kita akan selalu bersama. Aku janji bila kita dah besar, kita khawin ye. Tak sabarnya nak khawin dengan kau. Dapat manja² dengan kau. Dapat anak² yang comel. Kalau baby girl pulak ikut perangai macam kau. Kalau baby boy pulak mestilah ikut perangai macam aku. Kan?"
Tinggi betul angan² Aiman. Fatin hanya mengangguk. Aiman mengusap pipi Fatin sambil memandang tepat ke arah mata Fatin. "Aku sayang kau Syu. Sangat². Aku tak tahu macam mana hidup aku kalau kau tiada nanti. Sayang aku dekat kau tidak boleh dikira. I love you so much Nurul Fatin Syuhada Bt Muhammad Haji Mansor."
Luah Aiman membuatkan air mata Fatin mengalir. Dia juga mengusap pipi Aiman. "Saya pun sayang kan awak Muhammad Aiman Zikry Bin Dato Shah." Mereka senyum bahagia di saat itu.
******
Air mata tidak henti² mengalir di pipi Fatin. Dia mencium gambar itu. Betul lah orang kata bahawa begitu payah untuk kita melepaskan orang yang sudah lama bertahta di dalam hati kita.
"Ya Allah tolong lah hamba Mu ini. Sesungguhnya aku sangat mencintainya. Tetapi aku tak sanggup lagi untuk teruskan. Kau bayangkan lah rasa cinta ku ini. Aku mohon sangat."
Dia meletakkan kembali gambar itu lalu mengambil gambar yang kedua. Gambar bersama keluarganya dengan keluarga Aiman. Ketika itu mereka sekeluarga bercuti di pulau langkawi.
Semua ahli keluarga bergambar di burung helang.
******
"Zikr! Buat apa tu?! Mari lah ambik gambar ni!" Laung mummynya. Aiman yang sibuk mengscroll instagramnya terganggu apabila mummynya panggil lalu menuju ke arah mumynya.
"Ha, dah cukup pun semua. Jom tangkap gambar!" Ujar aunty Ana ceria. Sudah lama dia mahukan kesemua ahli keluarganya bercuti tanpa ada gangguan.
Aiman mengambil tempat di sebelah Fatin. Fatin hanya senyum senget kepada Aiman lalu memandang camera yang akan di tangkap.
Aiman berdehem lalu memegang tangan Fatin. Bulat mata Fatin dengan selamba Aiman memegang tangannya. Fatin cuba untuk melepaskannya tetapi tidak berjaya.
Dia berasa berdebar. Takut jika ahli keluarga mereka ternampak aksi ini. Dia mendekatkan mulutnya ke arah telinga Aiman.
"Zikr. Please. Nanti family kita nampak."
"Alah kau ni. Family kita tak nampak pun. Dah senyum." Balas Aiman tenang dan akhirnya Fatin mengalah. Dia mengukir senyuman paksa ke arah camera.
Usai menangkap beberapa keeping gambar, Aiman meminta diri untuk pergi jalan² bersama Fatin.
"Syu. Cuba kau tengok tasik tu." Ujar Aiman. Fatin pula memandang ke arah tasik yang ditunjukkan.
"Kenapa dengan tasik tu?"
"Tasik tu umpama seluas itu cinta aku kepada kau. Tapi lebih luas lagi berbanding tasik ni. Kiranya memang tak terkira lah cinta aku dekat kau. Aku sayangkan kau. Aku harap sangat kita dapat khawin. Janji dengan aku yang kau jangan pernah tinggalkan aku. Boleh tak?" Aiman menghulurkan jari kelincingnya tanda berjanji.
Fatin menyambut huluran itu. "Iya. Awak ni. Selalu nak berjanji. Saya memang tak kan tinggalkan awak. InsyaAllah. Saya sayang awak banyak² and InsyaAllah kita khawin nanti." Balas Fatin ceria.
"Thank you my dear. Aku bukan apa. Aku takut kalau suatu hari nanti kau akan tinggalkan aku. Aku ni bukannya handsome sangat. Ramai lagi orang yang lebih handsome daripada aku. Takut kau akan berubah."
"Heish. Apa awak cakap ni? Hati saya tak kan pernah berubah. Saya sayang awak seorang je tau. Biarlah awak tak handsome pun tapi saya tetap pilih awak sebab apa? Sebab saya pilih hati awak. Bukan rupa."
Aiman senyum bahagia apabila mendengar ucapan buah hatinya. Dia mengusap kepala Fatin.
"Sa...yang kau!"
"Sa...yang Zikr saya!" Balas Fatin sambil mengusap kepala Aiman.
Mereka tergelak kecil.
********
"Zikr... Saya sayangkan awak... Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku. Tolong lah ya Allah. Terlalu payah untukku melupakan segala kenangan kami..." Ujar Fatin dengan tangisannya.
'Kau harus kuat Syu. Bukankah kau hampir sahaja mahu menjadikan Zikr tu tidak lebih daripada seorang abang? Kenapa kau tak boleh teruskan?'
'Aku gagal bila Zikr cakap yang dia masih cintakan aku, aku terus down. Aku jadi sebak bila tengok dia sedih sebab aku. Kuatkan lah hati kami ya Allah.'
Sedih ke?😑 macam tak sedih je part ni. By the way, please... Vote sekali gaiss😭
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...