part 6#dah mula sayang ke?

265 19 2
                                    

Fatin mundar mandir di biliknya sambil memegang telefonnya. 'Siapa dia sebenarnya erk? Dia gangster ke? Hurrmm' Fatin bermonolong sendiri. Tiba² kedengaran uminya memanggilnya. "Syu!!!" Laung puan Lisa di dapur.

"Ye umi!!! Kejap!" Laung Fatin sekali lagi sambil berjalan menuruni anak tangga dan menuju ke dapur. "Ada apa umi?" Soal Fatin. Dia memandang ke arah meja makan.

Terbeliak matanya tatkala melihat ada tetamu di situ. Dah lah dia tidak memakai tudung. Well, duduk dalam rumah buat apa nak pakai tudung kan? Cepat² dia berselindung di belakang uminya.

"Umi... Kenapa dia datang sini?" Ujar Fatin. "Selama seminggu Zikr tidur sini sebab daddy dan mummynya pergi outstation." Balas puan Lisa sambil mengusap rambut anaknya.

"Tapi umi... Bukan ke dia ada abang n kakak dia ke? Kenapa tak duduk je dekat abang n Kakak dia? Kenapa nak tidur kat rumah kita?" Soal Fatin. "Sayang... Sayang dah lupa erk? Abang lutfi dan kak Ina kan duduk overseas..." Ujar puan Lisa lembut.

"Dah. Pergi tunjukkan Zirk bilik tetamu. Takpa kalau Syu tak pakai tudung pun. Dia ni family kita. Malam nanti kita makan sama² ya..." Ujar puan Lisa lagi. Fatin mengangguk. Dengan malas dia menuju ke arah Aiman dan mengambil bag pakaiannya.

"Eh takpa lah. Biar aku yang angkat." Ujar Aiman lembut. Dia mengambil bagnya daripada tangan Fatin. Fatin tidak bersuara. Dia meninggalkan Aiman sendiri. "Ha Zikr, pergilah ikut Syu. Dia nak tunjuk bilik kamu." Ujar puan Lisa. Aiman mengangguk lalu meninggalkan puan Lisa sendiri.

"Ini bilik awak. Sebelah ni bilik saya. Atas tu bilik umi and babah. Kalau nak apa² just panggil saya. Faham?" Soal Fatin. Dia memeluk tubuh. "Kalau aku cakap aku nak kau, kau boleh tunaikn tak?" Soal Aiman lembut sambil memandang wajah Fatin.

"Not funny Zikr. Awak pergilah rest malam ni nak dinner pulak." Ujar Fatin. Baru sahaja ingin melangkah pergi, terasa ada tangan kasar melingkari tangannya. Dia berpaling. "Aku tahu kau marahkan aku. Aku dah mintak maaf kan tadi." Ujar Aiman sambil memandang pipi Fatin yang ditamparnya petang tadi.

Dah takde dah kesan tu. "Aku mintak maaf Syu... Aku sayangkan kau. Aku tak boleh bayangkan macam mana hidup aku kalau kau takde disisi aku. Aku nak buli siapa kalau kau takde? Siapa nak hantarkan makanan dekat aku kalau kau takde? Semua tu aku perlukan kan and lebih lagi. Aku taknak orang lain... Aku nak kau je"

Ujar Aiman lembut sambil memegang pipi gebu Fatin. Tiba² sahaja air mata lelakinya gugur. Entah kenapa dia begitu sedih. "Zikr? A...awak nangis? Dah lah tu... Saya maafkan awak... Janganlah nangis..." Pujuk Fatin sambil mengelap air mata Aiman dengan jari jemari runcingnya.

"Aku sayangkan kau Syu... Aku tak nak orang lain... Aku nak kau seorang je dalam hidup aku..." Ujar Aiman lagi. Fatin mengetap bibirnya. Dah tak tahu macam mana nak pujuk Aiman. "Dah lah... Buruk muka kalau awak nangis... Saya pun sayangkan awak..." Nada Fatin semakin perlahan.

"Thank you Syu... Terima kasih sebab sudi terima aku. Thanks sebab maafkan aku. Aku janji yang aku takkan tampar or pukul kau lagi." Ujar Aiman entah sejak bila dia memanggil budak itu Syu. Fatin hanya mengangguk. Fatin menyuruh Aiman berehat dahulu sebelum makan malam. Aiman hanya akur dan masuk ke dalam biliknya.

*******

Sepanjang makan malam, Aiman dan Fatin banyak diamkan diri. Apabila ditanya, sepatah yang dijawab sehingga membuatkan encik Mansor dan puan Lisa menjadi sangsi. Biasanya budak² ni selalu bertengkar. "Korang ni dah kenapa senyap je? Biasanya gaduh je kerja." Ujar encik Mansor yang memulakan bicara.

"Malas lah gaduh² macam budak kecik je lah bah. Kitorang dah besar." Balas Fatin. Dia memandang Aiman di hadapannya dan Aiman juga memandang Aiman lalu mengenyitkan matanya kepada Fatin. Fatin terkedu. Dia pura² tidak nampak perbuatab Aiman tadi.

"Errmm babah dan umi dah habis makan. Syu, tolong kemaskan erk?" Ujar encik Mansor. Fatin hanya mengangguk. Encik Mansor dan puan Lisa meminta diri untuk naik ke atas bilik. Tinggal lah Aiman dan Fatin di dapur.

Fatin mengangkat punggungnya lalu menuju ke dapur. Aiman juga berbuat demikian. Ketika itu Fatin sedang mencuci pingan mangkuk. "Nak aku tolong?" Soal Aiman di belakangnya. "Boleh tak ambik semua pingan mangkuk kat atas meja. Saya nak cuci" pinta Fatin.

Aiman hanya akur dengan arahan Fatin. Usai mengemaskan meja makan, mereka menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Kelihatan encik Mansor dan puan Lisa sedang menuju ke arah mereka.

"Syu, Zikr babah dan umi nak keluar. Ada meeting pasal syarikat. Syu dan Zikr duduk dalam rumah ye. Jangan keluar malam² ni. Bahaya. Oky? Jangan tidur lewat besok nak sekolah." Ujar encik Mansor.

Aiman dan Fatin mengangguk faham akan arahan encik Mansor. Di dalam rumah tinggal lah mereka berdua. Fatin sedang fokus menonton tv manakala Aiman mati kutu hendak buat apa. "So...krik² je lah kita berdua ni?" Soal Aiman yang memulakan bicara antara mereka berdua.

"Hmm" balas Fatin ringkas. Matanya masih lagi fokus menonton tv. "Wey... Aku bosan lah. Layanlah aku...." Renggek Aiman. Dia mengoncangkan sedikit bahu Fatin. "Heish awak ni! Bisinglah! Jangan kacau saya boleh tak?! Nak tengok tv ni!" Marah Fatin. Aiman memuncungkan mulutnya.

"Takpa lah kalau kau tak nak layan aku. Aku bagitahu uncle Mansor yang kau tak nak layan aku sebagai tetamu."ujar Aiman selamba. "What the hell? Apa pasal pulak nak bagitahu babah pulak ni? Mana ada saya tak layan awak... Saya suruh awak senyap je..." Ujar Fatin lembut.

"Sama lah tu..." Balas Aiman selamba. Fatin mengerutkan dahinya. "Layanlah aku....please..." Ujar Aiman lembut. Fatin hanya diam membisu. Aiman pula sudah malas memujuk Fatin. Dalam 10 minit, terasa bahunya berat sedikit.

Rupanya Fatin yang menyandarkan kepalanya di bahunya. Dah tertidur budak ni. Dia memandang wajah Fatin yang putih bersih itu. Dia meraup rambut budak itu lalu memegang pipi Fatin. Dia senyum melihat Fatin.

"Aku betul² sayangkan kau tau. Aku tak pernah bagi hati aku dekat siapa². I love you Syu..." Bisik Aiman di telinga Fatin lalu mengangkat budak itu masuk ke dalam bilik.

Selesai meletakkan Fatin di atas katil, sempat lagi dia bermain² rambut Fatin . "Aku sayangkan kau Syu. Sangat²." Ujar Aiman lalu menutup pintu di bilik Fatin dan berlalu menuju ke biliknya.

Please... Vote sekali gaiss😭

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now