"Syu! Kau free tak hari ni?" Soal Harrey kepada Fatin. Fatin yang leka memasukkan bukunya di dalam bag tidak berjawab pertanyaan Herry. "Syuuu... Aku cakap dengan kau niii.' Renggek Herry. Macam budak² je.
"Ha? Apa kau cakap? Sorry lah aku terleka tadi." Kata Fatin. Usai memasukkan semua buku di dalam bagnya, dia memandang Herry. "Tak... Aku cakap, kau free tak sekarang ni?" Soal Herry kembali.
"Free lah. Kan dah waktu balik." Ujar Fatin acuh tak acuh. "Jom pergi makan dekat kedai depan tu. Aku belanja." Ajak Herry ceria. "Oky lah. Memandang kan hari ni aku balik 2.30, aku on je"
"Asal lak kau balik lewat?"
"Walid aku ada meeting. So, dia kata nak ambik aku pukul 2.30." Ujar Fatin. Sedih pun ada. Yelah. Dia balik lewat hari ni. Biasanya kalau dia balik lewat, tanpa diminta Aiman sudi menghantarnya. Tapi tak kan lah nak susah kan dia pulak?
"Ooo. Takpalah kalau walid kau tak dapat ambik kau, biar papa aku hantar kau balik." Kata Herry. "Eh takpa lah susahkan papa kau pulak." Tolak Fatin lembut.
"Alah. Kau ni macam lah tak biasa dengan papa aku. Jom lah. Lagipun mama aku selalu tanya kau bila nak datang rumah. Dah lama tau kau tak datang rumah kami."
Pujuk Herry. Fatin senyum senget. Memang dia terlalu rapat dengan family Herry sehinggakan mama Herry menjadikannya sebagai anak angkatnya. "Oky lah. Tu pun kalau walid aku tak dapat nak ambik aku lah." Fatin memberi kata putus.
Laju sahaja kepala Herry mengangguk. Selepas itu, mereka beredar daripada kelas dan menuju ke kedai makan depan sekolah. Mereka mengambil tempat yang agak sunyi.
Sengaja Herry mengambil di tempat sunyi kerana ingin berbual dengan Fatin. "Syu, kau nak makan apa?" Soal Herry. "Alah. Macam biasa lah. Kau dah lupa erk favorite aku?" Fatin seakan-akan merajuk apabila Herry lupa makanan kebiasaannnya.
Herry tergelak kecil melihat Fatin memucungkan mulutnya. Sudah lama mereka tidak bergurau macam ni. "Aku tak lupa lah makanan favorite kau. Dah lah. Aku nak oder jap. Tunggu tau." Ujar Herry. Fatin mengangkat tangannya tanda tabik. "Oky kapten" sekali lagi Herry ketawa sambil mengelengkan kepalanya.
Dalam beberapa minit Herry datang bersama makanan yang dipesan olehnya. "Nah kau punya." Herry menghulurkan semangkuk maggie kepada Fatin.
Usai membaca doa, mereka makan. "Sedap tak Syu?" Soal Herry. "Errm. Not bad. Cuba rasa." Fatin menyuapkan manggie kepada Herry."Sedap tak?" Soal Fatin pula. "Sedap... Lebih² lagi kau yang suap. Benda yang tak sedap pun jadi sedap." Puji Herry. Fatin tergelak kecil. "Heish kau ni. Saje je kan nak bodek aku." Ujar Fatin.
"Betul lah aku cakap... Memang meggie ni sedap lebih² lagi kau yang suap dekat aku. 100% sedap." Kata Herry.
*******
"Wey Man, tu bukan ke awek kau?" Soal Daniel sambil menjuih kan mulutnya ke arah Fatin dan Herry. Ketika itu mereka berada di kedai makan. Aiman tidak menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Daniel. Dia sibuk mengscroll instagramnya.
"Aku ni mana ada awek lah Niel." Ujar Aiman selamba. "Eh betul lah. Mata aku ni tak silap lah. Bukan ke awek kau yang form 1 tu? Dia dok makan dengan kawan dia. Lelaki do. Handsome jugak budak ni." Ujar Daniel lagi.
Tatkala mendengar ayat Daniel yang form 1 bersama seorang budak lelaki, terus sahaja kepalanya menoleh ke arah yang ditunjukkan kepada Daniel. Dia melihat Fatin dan Herry bergitu rapat. Siap bersuap bagai.
Entah kenapa hatinya sakit melihat mereka bermesra begitu. Laju sahaja kakinya bergerak menuju ke arah Herry dan Fatin. Aiman memegang kolar baju sekolah Herry. Sehingga terangkat budak itu. Alah. Herry tu kurus je. Sebelah tangan pun boleh.
"Zikr!" Jerit Fatin. Aiman tidak mengendahkan jeritan Fatin. "Kau memang tak sayang nyawa lah budak... Berani kau ajak Fatin makan erk? Siap bersuap lagi... Kau memang dah lebih... Saja je kan nak buat aku meletup?!" Tengking Aiman.
"Abang ni siapa bagi Syu?! Suka hati saya lah nak buat apa pun. Abang ingat kalau abang ni ketua gangster kat sekolah ni saya takut?!" Herdik Herry. Kesabarannya kian menipis.
"Kurang hajar lah kau ni!!!" Bentak Aiman. Laju sahaja tangannya menumbuk pipi Herry. "Zikr! Dah lah tuuu!!!" Jerit Fatin. Kini air matanya mengalir. Dia tidak tega melihat Herry kena pukul lagi. Dia cuba meleraikan pergaduhan mereka.
Pang!!!
Satu tamparan daripada Aiman hinggap di pipi gebu Fatin. Dia memegang pipinya yang merah akibat ditampar. Laju air matanya gugur di pipi.
"Fa... Fatin... A..aku mintak maaf. Aku tak sengaja. Sakit tak?" Ujar Aiman lembut. Dia tidak sengaja menampar pipi Fatin. Entah hantu apa yang merasuk di dalam badan Aiman sehingga membuatkan dia tertampar Fatin. Dia memegang pipi Fatin yang telah ditamparnya sambil mengelap air mata Fatin.
"Babah tak pernah tampar saya. Awak orang pertama sentuh saya... Sampai hati awak buat saya macam ni..." Fatin menangis teresak-esak. "I'm sorry dear..." Ujar Aiman lembut. Dia masih lagi memegang pipi Fatin.
Fatin melangkah kakinya meninggalkan Aiman. Kedengaran jeritan Aiman tetapi diendahkan. Dia membawa dirinya di satu pondok yang menanti ibu bapa. Sudah tiada orang yang menunggu.
Dia memegang lututnya yang dirapatkan ke dadanya. (Tak reti sebenarnya nak explain macam mana. Korang paham² jelah ye...)
Disitu, dia menunggu babahnya sambil menangis. Pipinya masih lagi pedih akibat ditampar.Kuat do kena tampar. Kudrat lelaki kan lebih kuat daripada perempuan. "Fatin..." Ujar suatu suara. Siapa lagi kalau bukan Aiman. Fatin tidak menoleh ke arah Aiman. Dia memerhati kereta yang lalu lalang.
"Fatin... Aku tahu aku salah. Aku tak sengaja tampar pipi kau. Aku... Aku cemburu tengok kau rapat dengan Herry lebih daripada aku. Aku.... Errmm..." 'Asal kau gagap ni Man? Cakap je lah yang kau sayangkan dia. Tu pun susah ke?!' Aiman memarahi dirinya sendiri.
"Aku apa?! Cakap jelah!" Marah Fatin. Tak pernah² pulak dia tengok Fatin marah sampai macam ni... Marah betul nampak... "Aku... Errr aku sayangkan kau. Aku tak pernah jatuh hati dekat mana² perempuan pun sebelum ni. Kau yang pertama. Sebab tu aku marah gila bila kau rapat dengan Herry. Aku takut dia rampas kau daripada aku." Luah Aiman.
Terkejut Fatin mendengar luahan Aiman. 'Patutlah dia rapat semacam je dengan aku. Rupanya dia sayangkan aku. Aku pun sayangkan kau jugak Zikr. Tapi tak semestinya aku jatuh cinta dengan kau' Fatin bermonolong sendiri.
Kedengaran bunyi hon kereta. Babah Fatin. Laju sahaja kaki Fatin memasuki ke dalam perut keretanya. Babah Fatin berbual sekejap dengan Aiman. Selepas itu Aiman meminta diri untuk pulang.
Bab ni macam tak betul pun ada. Sorry gaiss saya ketandusan idea. By the way, thanks sebab sudi baca story saya yang pelik ni. Please.. Vote sekali gaiss 😭
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...