Telefon berbunyi meminta di angkat. Dia memisat matanya. "Heish! Siapa lah yang call pagi² buta ni! Orang nak tidur tak senang! Mujur lah aku 'cuti' hari ni. Kalau tak melayang solat aku." Ujar Fatin lalu menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum. Siapa ni?" Soal Fatin terasa sedikit terganggu.
"Waalaikumussalam. Fatin. Saya ni. Hafrez..."
"Ooo. Rez ke... Ada apa call ni?"
"Aipp? Nak call buah hati pun tak boleh ke?" Soal Hafrez kembali. Kedengaran gelak tawa halus di dalam talian.
Fatin membuat muka menjengkelkan. "Haha. Lawak lah awak ni. By the way, ada apa call ni? Cepat sikit. Saya nak kemas rumah pulak."
'Amboi kau... Jangan cakap nak kemas rumah. Nak pegang penyapu pun dah malas lah. Kahkahkah.' Fatin bermonolong sendiri.
"Wah rajin ye my sweetheart saya ni... Dah boleh jadi isteri orang dah." Puji Hafrez. Kembang kempis hidung Fatin mendengar Hafrez memanggilnya sweetheart. Aiman selalu panggilnya my dear.
"Heish awak ni! Cepat lah... Awak nak apa?"
"Saya nak ajak awak dinner. Nak tak? Malam ni saya ambik awak kat rumah family awak. Awak send je alamat rumah awak."
"Ha? Dinner? Err. Saya kena tanya babah saya boleh ke tak..."
"Ouh. Tak pa. Awak pergi tanya babah awak lepastu inform kat saya."
"Oky awak bye. Assalamualaikum."
Tit! Panggilan dimatikan. Dia memandang jam di atas meja berdekatannya. 10.30 pagi. 'Mak aii. Lamanya aku tidur. Dah lah. Nak pergi mandi' Fatin bermonolong sendiri lalu mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.
******
"Good morning babah! Umi!" Laung Fatin di atas tangga. Babah dan uminya menghadiahkan senyuman buat anak tunggalnya. "Lewat anak dara umi bangun hari ni. Dah solat subuh ke belum?" Soal puan Lisa.
Fatin tersengeh. "Err Syu 'cuti' umi." Ujar Fatin. Puan Lisa mengangguk tanda faham. "Ha Syu. Dah breakfast ke belum? Kalau belum pergi lah makan. Umi kamu masak nasi lemak. Your favorite." Ujar encik Mansor yang sibuk membaca Surat khabar.
"Err. Nanti lah Syu makan... Err.. Babah.. Syu...Syu... Nak minta izin dengan babah. Boleh tak?" Soalnya gagap. Mana taknya. Encik Mansor ni garang sikit.
"Ha, nak mintak izin apa ni? Cakap je lah. Tak payah nak gagap. Setakat ni babah tak makan orang lagi. Makan umi kamu je la..." Mata encik Mansor disamping bergurau.
"Heish abang ni! Saya pulak yang kena. Ha Syu, cakap lah nak cakap apa tadi?" Ujar Puan Lisa.
"Err sebenarnya kawan Syu nak ajak Syu dinner. Boleh tak bah? Umi?"
"Dinner? Kawan Syu tu lelaki ke perempuan?" Soal encik Mansor.
"Lelaki. Tapi dia baik bah, umi. Nama dia Hafrez."
"Ouh. Tak payah nak dinner sangat lah. Meh ajak dia dinner sekali dengan kita. Boleh lah kenal². Mana lah tahu sangkut. Boleh lah babah makan nasi minyak." Ujar encik Mansor.
"Eish babah ni! Kitorang kawan je lah! Tak lebih dan tak kurang."
"Mana lah tahu terlebih ke..."
"Babah!!!"
"Abang ni! Tak payah lah usik anak kita macam tu kasian dekat dia. Cakap lah macam ni.. Mana lah tahu jodoh. Boleh lah umi timbang cucu tahun depan...." Puan Lisa pun tidak kurangnya mengenakan anaknya.
"Ha'ah. Abang pun rasa nak timbang cucu jugak lah. Lama tak dukung baby ni..." Encik Mansor dan puan Lisa terkekeh ketawa dapat mengusik anak perempuan mereka. Muka Fatin sudah masam mencuka. Dia memeluk tubuhnya.
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...