Sudah dua minggu Fatin tinggal di rumah Aiman. Dia selesa sangat tinggal di sini. Hubungannya dengan Mak nab dan Mak ton lebih akrab. Dia anggap mereka itu ibunya.
Dia rindukan uminya setiap kali memandang Mak nab dan Mak ton. 'Umi... Maafkan Syu sebab tinggalkan umi. Syu lebih memilih cinta daripada family kita. Syu rindukan umi dan babah. Maafkan Syu.'
Bisik hatinya sambil memegang gambar umi dan babahnya. Air matanya gugur di pipi. Cepat² dia menyeka. Kini barulah dia sedar bahawa dia tidak boleh khawin dengan Aiman. Dia akur. Biar takdir yang tentukan.
Hari ini Aiman dan Fatin mahu ke butik perkhawinan. Aiman nekad untuk berkhawin dengan Fatin walaupun dia tahu yang Fatin itu adiknya. Dia tidak kesah.
Aiman memakirkan kereta BMW putihnya di seberang jalan. Dia mengenakan seluar jeans dan baju polo. Cermin mata hitamnya juga tidak lupa untuk dipakai bersama. Bertambah kacak. "Sayang. Come" ujar Aiman sambil menghulurkan tangan kanannya.
Belum sempat Fatin menyambut huluran itu, terasa ada orang menutup mulutnya. Dia menjerit. Lama kelamaan terasa dunia ini menjadi gelap.
"Syu!!!" Laung Aiman. Dia memukul beberapa orang yang menculik Fatin. Salah seorang daripadanya yang memegang Fatin, berlalu masuk ke dalam kereta. Tinggallah Aiman dan tiga orang penjahat.
"Kau nak apa ha?! Kalau kau nak duit, korang cakap je! Tak perlu nak culik Syu!!!" Tengking Aiman sambil memegang kolar baju lelaki itu. Lelaki itu tersenyum walaupun terasa perit.
Dia mengelap darahnya yang berada di bibirnya. "Kau...kau???" Ujar Aiman gagap. Dia macam kenal dengan lelaki yang dipukulnya. "Maafkan saya tuan. Saya terpaksa. Dato Shah suruh kami pisahkan tuan dengan Cik Syu. Maafkan kami tuan." Ujar lelaki itu.
"Shit!" Marah Aiman. Dia meninggalkan. Dia menuju ke keretanya. Dia memecut laju menuju ke rumah daddynya.
********
"Daddy!" Laung Aiman tatkala masuk ke dalam rumah daddynya. Uncle Shah hanya senyum senget kepada anaknya. "Daddy, mana Syu? Daddy jangan buat Zikr macam ni. Zikr tak boleh hidup tanpa dia. Tolonglah daddy."
Rayu Aiman. Uncle Shah memandang anaknya. "Maafkan daddy. Tapi kamu berdua tak boleh khawin!" Marah uncle Shah.
Muka Aiman menjadi tidak keruan. Barannya sudah kembali. Ikutkan hati Aiman, hendak sahaja dia memukul daddy. Tetapi apakah daya sebagai seorang anak.
Misi uncle shah telah berjaya menculik Fatin. Dua bodyguard uncle shah telah membawa Fatin berjumpa dengan uncle shah. "Dato, kami dah berjaya menculik Cik Syu."
Sedang Aiman merayu memujuk daddynya, untuk menafikan bahawa mereka adalah adik-beradik. Sejurus itu, Aiman melihat Fatin dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Aiman terus menerpa ke arah Fatin. "Lepas! Aku nak tengok Syu! Korang tak faham bahasa ke ha?!" Bentak Aiman apabila dua orang suruhan daddynya menghalangnya lalu dia memukul dia orang lelaki itu sehingga mereka tidak berdaya.
Dia membelai pipi Fatin dengan lembut sekali disamping air matanya berguguran melihat keadaan Fatin. "Takde orang boleh pisahkan kami. Walaupun kami adik-beradik. Kami tetap akan memilih jalan untuk khawin!"
Uncle shah amat terkejut dengan sikap anaknya yang bergitu nekad untuk mengawini adiknya sendiri. "Zikr. Tolong lah. Dengar cakap daddy sekali ni je. Kamu sanggup ke khawin dengan adik kamu sendiri?"
Ujar uncle Shah lembut. Dalam keadaan begini, dia harus memujuk Aiman.
"Zikr tak peduli kalau Syu ni adik Zikr sekali pun. Kami dah bersama sepuluh tahun daddy. Sepuluh tahun. Bukan masa yang sikit daddy.
Ini semua daddy punya pasal sebab tak bagitahu kami awal²! Kalau tak, of curse Zikr tak kan jatuh cinta dengan Syu! Daddy, mummy, uncle dan aunty salah!
So jangan salahkan kami kalau kami nak khawin. Salah korang! Sebab dulu korang tak bagitahu kami awal²!" Tengking Aiman kepada daddynya.
Uncle Shah hanya bersabar dengan karenah anaknya. Jika dia angkat tangan sekalipun, baran Aiman masih belum reda. Dia kenal anaknya yang terlalu panas baran.
"Terpulang lah pada Zikr. Satu je Zikr perlu tahu. Zikr tak kan pernah boleh khawin dengan Syu. Walau apa pun yang Zikr buat, daddy akan halang dan daddy tahu yang Syu pun tak boleh khawin dengan Zikr."
Ujarnya tenang sambil memeluk tubuh. Aiman meraup rambutnya kasar.Tiba² muncul mummynya, abang,Kakak,encik mansor, puan Lisa di pintu hadapan. Mereka amat terkejut dengan perlakuan Aiman.
"Ya Allah. Zikr! Apa yang kamu buat ni?!" Marah encik mansor. "Maafkan Zikr semua. Zikr sayangkan Syu.... Kami tetap akan khawin..." Ujar Aiman mendatar.
Fatin yang kedengaran suara Aiman perlahan-lahan matanya dibuka. Dia tersedar. "Zikr..." Panggil Fatin lembut sambil mengusap pipi Aiman. "Syu... Kau nak khawin dengan aku kan? Syu cakap dekat mereka yang kau cintakan aku dan kau tetap akan khawin dengan aku walaupun kita adik-beradik."
Kata Aiman dengan tangisannya. Dia mengusap pipi Fatin. "Zikr... Ki....kita tak kan boleh khawin juga...awak abang saya..." Ujar Fatin seakan memujuk. Aiman mengelengkan kepalanya.
"No. No Syu. Kita boleh khawin jugak Syu. Percayalah kata aku. Kau jangan dengar cakap diorang ni! Syu... Kau sayang aku kan? Kalau kau sayang aku, kita khawin oky sayang? Aku cintakan kau Syu."
Luah Aiman. Belum sempat Fatin membalas kata² Aiman, Lutfi mengambil Fatin daripada pelukan Aiman lalu dihalakan pistolnya kepada adiknya. "Kau kenapa degil sangat ni? Dah terang² korang tak boleh khawin tapi Kau still nak khawin dengan Syu jugak!" Bentak Lutfi.
Fatin menelan air liurnya. Tak sangka Lutfi membawa pistol. Lutfi berbisik dengannya. "Syu. Ikut kak Ina. Lari Syu." Fatin mengikut arahan abangnya lalu lari menuju ke arah Qasrina. Kakak Aiman.
Sempat lagi dia memeluk babah dan uminya. "Syu!!!" Jerit Aiman. Abangnya memandang tetap ke arahnya. "Bang. Aku sayangkan Syu. Tolong lah jangan buat aku macam ni."
"Sayang saja tak cukup Zikr. Ada kalanya sayang itu perlukan pengorbanan. Kau perlu korbankan diri kau. Kau nak Syu bahagia kan? Lepaskan dia. Dia bukan pasangan kau. Dia adik kau Zikr. Nurul Fatin Syuhada adalah adik kau. Kau kena percaya dan terima bahawa dia tak lebih sebagai seorang ADIK untuk kau."
Terang Lutfi. Sengaja ditekankan perkataan adik tadi biar dia sedar yang cinta mereka tak kan ke mana juga. Aiman memandang lantai sungguh dia masih tidak boleh terima bahawa Fatin adalah adiknya.
Apabila melihat tiada sebarang respon terhadap Aiman, dia meletakkan kembali pistolnya di dalam poket belakangnya. Dia menepuk bahu adiknya. "Dah lah Zikr. Lepaskan Syu. Anggap dia sebagai seorang adik dan kau anggap juga diri kau sebagai seorang abang dan bukan seorang kekasih. Kami semua sayangkan kau."
Ujar lutfi lembut. Aiman diam. Mungkin sedang berfikir ada betul atau tidak kata abangnya. 'Tapi aku sayangkan Syu. Dia milik aku. Ya Allah. Bantu lah hamba Mu ini' Aiman bermonolong sendiri.
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...