Got tagged by @Snow_vs_Fire.
Thanks >3< for the tag.1)Maksud sahabat pada korang:
》Hamba yang diutuskan oleh Allah pada kita.Manusia yang akan bimbing kita daripada melakukan kesilapan,
memberikan teguran dan menemani kita jika kita dalam keadaan sedih.Seorang yang memahami diri kita dan terima kita seadanya.2)Ciri-ciri sahabat yang korang nak dan suka:
》 Mesti seorang yang tak takut untuk tegur kesilapan yang telah saya buat.Teguran dia itu sangat berguna.Seseorang yang tahu baik buruk.Tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan (Remaja masa kini ㅠ_ㅠ).Sentiasa ada untuk saya jika saya dalam masalah dan seseorang yang boleh dipercayai.3)Impian korang dengan sahabat korang:
》Mengembara ke seluruh pelosok dunia bersama-sama.Bercuti ke luar negara bersama dan tengok empat musim di sana.Bermain salji dan lihat musim luruh.-Skip soalan no 4 sebab tak tahu nak jawab macam mana >.<-
5)Author kegemaran korang:
》Macam mana eh.Hurm,saya selalu baca bukunya saja.Author saya tak stalk dan kebanyakan orang Inggeris.6)Bi or Bm?.Mana korang lebih suka baca dan tutur:
》Kalau baca,Bi and Bm.Kalau tutur of courselah bahasa ibunda saya.Bahasa Melayu!.(Semoga Bahasa Melayu boleh jadi satu bahasa yang digeruni suatu hari nanti)7)Horror or crime?
》Dua-dua.Horror baca berani.Kalau tengok movie horror langsung tak berani.Crime pun saya layan jugak.8)Lebih suka bersendiri di dunia realiti dan mesra di laman sosial?:
》Kalau dekat laman sosial,saya seorang yang suka buat hal sendiri.Saya tak tahu nak tegur orang macam mana,nanti perbualan jadi kekok.Dekat dunia realiti pun saya suka buat hal sendiri.Kalau ada kawan-kawan,saya akan borak-borak and usik diorang.Kalau diorang tak ada,memang tak bercakaplah saya jawabnya.9)Cara bertutur dengan kawan...ganas?.Or...lain?:
》Ganas tu macam mana?.
Mencarut ke apa?.Kalau mencarut,saya tak berani.Sebab zaman dulu,cakap 'Bod*h' pun dah kena marah.Apatah lagi yang zaman sekarang ni punya carut.Seram meh.Saya cakap dengan diorang macam biasa-biasa jer.Hurm,boleh dikatakan agak riuh jugak kitaorang bercakap.Sebab ketawa tak sudah.-Skip soalan 10 di atas sebab yang sama >.<-
[ Kata-kata dari saya sendiri @SnowyMiya ]
Mungkin ramai yang tak tahu,umur saya 16 tahun dan tahun depan saya akan menduduki SPM.Jadi,saya rasa semua buku yang saya tulis terpaksa dihentikan.Sebab nanti mesti ada banyak kelas tambahan pada waktu petang.Maaf.
Lupakan hal tu dulu,saya nak tulis pasal benda lain ni.Nak bagi sedikit teguran dan nasihat kepada adik-adik (cewah XD) saya yang bawah umur 16 tahun and 17 tahun.
Mesti ramai yang couple ni.Ye tak?.Mengaku jelah,author tahu.
Hohohoho.Topik yang sentiasa dikatakan cikgu-cikgu sekolah kan.Lagi-lagi kalau nak ambik SPM and PT3 tahun depan,sila bercerai secepat mungkin.Kawan saya ada kata "Couple tak haram,kita yang jadikan dia haram" and saya setuju dengan apa yang dikatakan dia.Couple tak haram kalau kita tak sentuh-sentuh dia dan tak haram kalau kita tak duduk berdua-duaan dengan dia.Dia jadi haram sebab kita sentuh dia,dating dengan dia berdua-duaan.Kalau ada lelaki (pakwe) yang sentuh adik-adik tanpa ragu-ragu.Ajak adik semua ni dating.Tinggalkan jelah dia.
Nampak sangat dia tak hormat adik sebagai seorang gadis dan seorang muslimah.Kalau dia sayang adik-adik ni semua,dia takkan tambah dosa adik.Dia patut tahu had dia and adik-adik pun janganlah sentuh dia.Nanti dia syok sendiri pulak.Lelaki ni kan kalau adik chat dengan dia,tak payah letak emoji.Nanti dia syok sendiri dan mula perasan adik-adik suka dia.
Bahaya tu.Itu betul tau,ada dalam buku yang seorang lelaki ni tulis.Yang kedua pulak,bahasa.Saya yang dah hidup 16 tahun ni agak kecewa bila tengok sesetengah masyarakat suka sangat mencarut.Benda kecik ke pun.
Itupun dia nak mencarut,Bahasa Melayu tak cukup dia tambah Bahasa Inggeris.Saya tak nak tulis,mesti adik-adik tahu kan carut yang dalam Bahasa Inggeris.Mesti pernah nampak.
Mustahil tak pernah.Lagi-lagi perempuan,ya Allah.Perempuan mencarut,kan you imagine that?!.Mungkin ada diantara adik-adik semua dah terbiasa mencarut.
Kadang-kadang terpengaruh dengan kawan kan.Kalau dah dengar hari-hari,mesti terikut sekali kan.Cuba kurangkan sikit mencarut dalam seminggu ni.Praktiskan.Cuba cakap benda baik-baik jer.Kata-kata carut tu biar hilang terus dari dalam otak adik-adik semua ni.Kalau berlaku pergaduhan ke apa ke.Adik tarik nafas dalam-dalam and tenangkan diri dulu.Manusia selalu terikut dengan emosi,jadi jangan buat keputusan dalam keadaan marah.Hancur berkecai nanti semuanya.Orang yang carik gaduh dengan adik-adik semua ni nakkan perhatian sebenarnya.Dia bosan,tak ada benda nak buat and maybe dia cemburu dengan kehidupan adik-adik.Hati manusia,kita tak tahu.
Itu jer rasanya buat masa ni.Dah terlalu banyak saya ni menaip.
Cuma saya harap,adik-adik semua ambillah nasihat saya ni.Saya bagi teguran ni sebab dah makin banyak remaja lupa diri.Pelajaran ditinggalkan,
sibuk bercinta saja.Bercinta tak dapat bantu kita cari kerja nanti,pelajaran jugak orang tengok.Till we meet again ;)Random tag (I'm sorry)
Ais_Syah23,staellar-,_XXXIXXX_,
Dichimon__,ashouie,multifangirllee
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanfictionSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...