Dua hari selepasnya...
Hyu Na melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka yang masam.Seperti limau yang busuk pun ada juga.Dia sekarang ini mengalami tekanan yang agak berat.
Sudahlah duit yang disimpan selama lapan bulan lenyap begitu saja.Ini semua gara-gara skateboard tidak original kepunyaan Jeon Jungkook.Roda satu tertanggal pun bising.
Hyu Na mengeluh dan duduk di tempat duduknya.Kepala direhatkan atau diletakkan di atas meja.Lengan menjadi lapik supaya kepalanya yang berharga tidak sakit.
Masalah yang satu lagi ialah dia masuk sekolah ini dengan satu tujuan.Itupun kerana ommanya yang bersungguh-sungguh memujuknya.Melihat muka ommanya yang dibelengu kesedihan,dia turutkan juga.
Di kotak fikirannya,terbayang-bayang wajah seseorang yang sentiasa membenci dirinya.Walhal,dia hanya ingin menganggap seseorang itu sebagai darah dagingnya.Sudah nasib badan agaknya.
"Woi!" Meja Hyu Na ditepuk dengan kuat.
Suara yang tidak berapa nak kelakian itu sangat dikenali Hyu Na.Tidak serik lagi ke cari masalah?.
"Senyaplah" Hyu Na bersuara,masih lagi kepala di atas meja.
"Asal kau ni?.Sakit ke apa"
"Aduh,rimas aku!.Senyap sajalah!" Kali ini kepalanya sudah tegak memandang orang yang mengacaunya.
"Kau datang bulan eh?" Makin galak orang itu mengusiknya.
"Kau ni memang buat aku panas betullah!"
"Kau panas ke?.Alolo,ciannya.Meh aku bukakkan tingkap ye" Tingkap yang berada berdekatan Hyu Na dibukanya.
Makin geram Song Hyu Na dibuatnya.Kebetulan pula tali leher lelaki itu dekat dengan dirinya.Apalagi,terus tangannya mencapai tali leher lelaki tersebut.
Pelajar lelaki itu tercekik.Bukan tercekik biasa-biasa,ini kerana tali leher lelaki itu Hyu Na ketatkan sampai ke leher.Mulalah pelajar lelaki itu meronta-ronta.
"Ini padahnya cari gaduh dengan aku.Kalau kau cari pasal lagi...." Hyu Na menerbitkan senyuman yang menakutkan.
"..aku takkan teragak-agak bocorkan rahsia kau yang selalu stalk Miy Ra" sambungnya melepaskan tali leher lelaki itu.
Wajah Park Jimin sudah pucat tidak berdarah.Alamak!.Sepantas kilat dia duduk di sebelah Hyu Na.Peduli apa dia dengan rungutan Jungkook yang dihalau duduk di tempatnya buat sementara.
Jungkook dengan malas bergerak ke tempat duduk Jimin yang berada di sebelah Hoseok.Dilihatnya Hoseok yang masih lagi enak dibuai mimpi.Alang-alang kawannya pun sedang tidur,lebih baik dia join sekali.
Park Jimin pula terus menyoal siasat Hyu Na tentang identitinya yang terbongkar.Bermacam-macam soalan disoalnya.Alasannya ialah dia ingin menyediakan penyamaran yang hebat supaya Miy Ra tidak menyedarinya.
"Jadi badut and tak akan ada orang yang kenal kau" Hyu Na yang malas melayan hanya main cakap sahaja.
"Tak nampak bodoh aku ke kalau macam tu?" Jimin mengusap-ngusap dagunya.
"Memang nampak bodoh"
"Kau ni!.Jahat betullah!" Jimin menumbuk lengan Hyu Na dengan kuat.
"Wei!.Agak-agak-ah kalau nak tumbuk pun!" Buku tulis yang berada di atas meja dihempuk ke muka Park Jimin.
Masing-masing sedang menahan marah.Pasti sekarang sudah ada asap yang keluar dari telinga mereka berdua.Song Hyu Na memandang ke arah yang lain.
Sudahlah masalah ommanya belum diselesaikan.Park Jimin pula datang mengacau dirinya.Kalau gadis itu tenang,tidak akannya dia bercakap menggunakan kata-kata yang kasar.
Park Jimin bingkas bangun daripada tempat duduk Jungkook.Lebih baik dia biarkan Hyu Na bertenang dahulu.Dari awal lagi dia tahu,Hyu Na itu tidak berapa okay moodnya.
Menyakat itu sebab nak ceriakan,alih-alih jadi lagi teruk rupanya.Rambut diusap dan sekali lagi dia menghalau Jungkook balik ke tempat asalnya.Seperti tadi,putera sampah itu merungut.
"Asal kau ni?" Jungkook bertanya dan duduk di tempatnya semula.
Tiada jawapan.
"Wei?" Bahu Hyu Na disentuhnya.
Masih lagi tiada jawapan.
"Wei,kau okay ke tak ni?.Seram aku dibuatnya" Jungkook berpura-pura ketawa.
Keadaan yang janggal itu menghairankan Jungkook.
"Oi..oi..oi..jiran sebelah" Remaja lelaki itu cuba menarik perhatian rakan sebiliknya.
Song Hyu Na mengabaikan gangguan makhluk yang berada di sebelahnya.Kepalanya pening dengan pelbagai masalah.Kata-kata ommanya masih tergiang-ngiang di telinga.
"Hyu Na..cari dia.Bawa dia pulang.Pujuk dia balik ke sini.Ini rumah dia" ommanya bersuara dengan perasaan yang sayu.
Wajah orang yang harus di cari terbayang di minda.Dia tahu orang itu bersekolah di sini.Orang yang sudah dua tahun tidak pulang ke rumah.
>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
(Selingan hari Syaf masuk Kelas 4 Sains 1)
Mesti bosankan? ㅠ_ㅠ Sebenarnya Syaf tulis part nii pada hari Rabu 06.01.16 pukul 10:00pm kerana Syaf tidak boleh sleep :'( . Baru tiga hari sekolah,ramai kawan-kawan Syaf stress dengan kelas sains.
Maklumlah,baru naik Form 4 tahun ni.Lagi-lagi addmath yang Syaf belajar hari nii ㅠ_ㅠ.Abaikan saja yg dekat atas itu~.Terima kasih kerana masih lagi tunggu Syaf update.
Sebab Form 4 dah mula sedia untuk SPM.Jadi,maaf kalau Syaf update lambat gilaaaa.Part 28 ini ada ceritakan serba sedikit tentang diri Hyu Na.Orang yang dia cari itu penting sebenarnya..and haruslah rahsia~.
Part seterusnya dan seterusnya baru tahu~XD.Terima kasih untuk 101K view and 7.87K vote.Itu semua kerana anda semua :).Syaf langsung tak tahu nak bagi penghargaan macam mana dekat readers semua :').Senang cerita 'I Love You Alls!!!'~~~
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
Fiksi PenggemarSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...