룸메이트 | 14

7.8K 658 28
                                    

Keesokan harinya:

Hyu Na bangun dari tidurnya.Dia menoleh ke kanan.Kelibat Jungkook tidak kelihatan di sebelahnya.Dia mengerutkan dahinya.

Mana pulak si Jungkook ni pergi?.Takkanlah dia bangun awal.Disampuk dek setan ke?.

Hyu Na mengalihkan selimut yang menutupi badannya.Rambutnya yang dilepaskan malam tadi diikat semula.

Sedang dia sibuk mengemas katil tiba-tiba sahaja selimut yang sudah dilipatnya di tarik ke bawah.Hyu Na kebingungan,terus sahaja dia menjenguk bawah katil.

"Jungkook?" tanpa disedari nama Jungkook disebutnya.

Jungkook tidak memberikan respons.Matanya masih lagi tertutup.

"Bangunlah,kenapa awak tidur atas lantai ni?" Hyu Na mengejutkan Jungkook.

Jungkook masih lagi tidak memberikan respons.Hyu Na duduk di sebelah Jungkook.Tangannya memicit hidung Jungkook.

"Jungkook-ah,bangun..." Hyu Na memanggil-manggil nama Jungkook.

Jungkook menepis tangan Hyu Na.Hidungnya di garu.Kemudian dia sambung kembali tidur.

"Aish,ni yang buat aku geram ni" dengus Hyu Na.Dia menyilangkan tangannya.

Kalau aku simbah dia,nanti dia campak aku keluar tingkap.Apa aku nak buat ni?.

Baru sahaja Hyu Na mahu berdiri tangannya di tarik Jungkook.Dia tidak dapat mengawal keseimbangan badannya lalu jatuh di atas badan Jungkook.

"Yah!!.Apa ni?!!" Hyu Na terus sahaja menampar pipi Jungkook dengan kuat.

Jungkook bangun dari tidurnya akibat tamparan Hyu Na.Bangun-bangun sahaja dia melihat muka Hyu Na yang kemerah-merahan merenungnya.Baru dia sedari yang badan Hyu Na kini berada di atas badannya.

"What the!.Apa kau nak buat kat aku?!" Jungkook terus sahaja menolak badan Hyu Na jauh darinya.

"Apa saya nak buat kat awak?.Patutnya saya yang tanya soalan macam tu" Hyu Na menahan geram.Malu dia diperlakukan sebegitu.

"Kau yang duduk atas aku,apehal kau" Jungkook berdiri.Dia merenung Hyu Na yang duduk merenungnya.

"Awak yang tarik tangan saya dulu!.Saya tak hinginlah nak duduk atas awak!" Hyu Na menegakkan keadilan dirinya.Jungkook yang berdiri di hadapan mahu sahaja dia cekik.

"Whatever" balas Jungkook selamba.Dia mengambil tuala dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air.

Whatever kau kata!.Yah!.Geramnya aku!

Hyu Na menumbuk-numbuk bantal peluk Jungkook.Dia melepaskan geramnya.Habis lunyai bantal Jungkook di belasahnya.

"Budak tak guna!!" Hyu Na menjerit.

Naik gila aku kalau hari-hari macam ni!.

"Bisinglah" Jungkook keluar dari bilik air.Rambutnya yang basah dibiarkan.

"Diamlah!" Hyu Na menjeling Jungkook.

Jungkook terpaku seketika melihat bantal peluknya di dalam pelukan Hyu Na.Dia melihat batal peluknya yang lunyai.

"Apesal kau tumbuk bantal peluk aku?!.Kau ni!!" Jungkook mengetap giginya.Tangannya digenggam menahan kegeraman.

"Apesal kau tumbuk bantal peluk aku" Hyu Na mengajuk-ngajuk ayat Jungkook.

"Yah!!" jerit Jungkook.

"Yah!!" jerit Hyu Na.

"Kau ni!!" Jungkook menarik-narik rambutnya sendiri.Geram dengan ejekan Hyu Na.

"Kau ni!!" Hyu Na masih lagi mengajuk.

Ish dia ni!.Nasib baik perempuan.Kalau tak dah lama tangan aku mendarat kat muka kau.

Jungkook menggenggam tangannya sekuat hati.Matanya merenung Hyu Na yang sudah tersenyum.

"Dah habis dah ker?.Saya baru nak berseronok" Hyu Na ketawa kecil.

"Taklah,permainan ni baru jer nak bermula" Jungkook tersenyum sinis.Tangan Hyu Na di tariknya.

Gulp,apa yang aku dah buat ni.

Hyu Na terdiam.Memang mati dirinya kali ini.Baru sahaja dirinya ingin bersuara Jungkook sudah menolak dirinya masuk ke dalam bilik air.

"Yah!.Apa awak buat ni hah?!" Hyu Na menjerit.

Jungkook terus sahaja menutup pintu bilik air.Dia mengunci pintu itu dari luar.

Hyu Na mengetuk-ngetuk pintu bilik air.Tidak cukup dengan itu dia menendang-nendang pintu bilik air.

"Jungkook!.Bukak pintu ni!!" Hyu Na menjerit dari dalam bilik air.

Jungkook yang berada di luar bilik air sudah ketawa terbahak-bahak.Suara Hyu Na yang terpekik terlolong di dalam bilik air masih lagi kedengaran.

"Hahahaha,kau cuci bilik air tu dulu sampai bersih.Baru aku bagi kau keluar" Jungkook ketawa.Telinganya ditekupkan.

"Jungkook!.Bukak!" Hyu Na masih lagi mengetuk pintu bilik air dengan ganas.

"Blablabla...aku tak dengar" Jungkook sengaja menyakitkan hati Hyu Na.

"Yah!!" jerit Hyu Na.

Jungkook mengabaikan jeritan Hyu Na.Dia keluar dari biliknya menuju ke bilik rakan-rakannya.

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Yow guys ^3^ sorry for the late update..Syaf selalu ada kat hospital kebelakangan..miane TnT...Syaf akan cari masa dan cuba update secepat mungkin (●⌒∇⌒●) vote and comment ♥ ♥

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now