룸메이트 | 35

1.1K 68 20
                                    

Seperti seorang ejen rahsia yang profesional dalam menjalankan tugasnya,Min Yoongi menyorok disebalik pokok bunga matahari.Walkie talkie disemat kemas dalam genggaman tangan.Orang yang lalu lalang dihadapan kafe White Coffee House pula memandangnya dengan pandangan yang pelik.

Mana tidaknya,saiz pokok bunga matahari itu sepuluh kali ganda lebih kecil berbanding saiz badan Yoongi yang memang kecil.Warna baju Yoongi yang berwarna hitam juga bercanggah dengan warna bunga matahari yang memang sejak azali berwarna kuning.

Penyamaran tersebut 100% akan gagal.Tidak perlu dibahaskan lagi.Kim Namjoon dan Kim Taehyung yang berada di dalam kafe hanya mampu menepuk dahi sendiri.Entah siapa punya idea menyuruh lelaki genit itu mengawasi Kang Seungyoon.

Park Jimin yang turut sama dalam kafe sudah seperti cacing kepanasan.Mana taknya,semua mata merenung tajam dirinya.Sebab apa?.

"Apa pasal kau suruh dia jadi spy tak berbayar ni?" Jungkook menjegilkan matanya.Jari telunjuk ditunjukkan ke arah Yoongi yang masih lagi sibuk menyorokkan diri di luar kafe.

"Erm…ingatkan lagi senang plan nak jalan" Jimin bermain-main dengan jari jemarinya.

"Lagi senang gagal adalah!.Ada ke patut dia menyorok belakang pokok matahari yang terang-terang tak dapat sorok badan dia" Jin sedikit marah.

"Jimin,suruh dia masuk sinilah" arah Eun Hee.Wajahnya tampak risau.

Song Hyu Na yang berada tidak jauh daripada meja kawan-kawannya turut sama terkejut dengan kelakuan Yoongi itu.Mejanya yang terletak di tepi tingkap kafe tersebut membolehkan dia nampak dengan jelas gerak-geri lelaki yang kuat tidur itu.Perasaan gemuruhnya yang sudah hilang datang kembali.

Tanpa membuang masa,Hyu Na mengeluarkan telefon bimbitnya.Sebaik sahaja skrin telefon bimbitnya dihidupkan,aplikasi ‘kakao talk’  ditekan.Group chat yang baharu ditubuhkan semalam terpapar di ruang skrin telefonnya.Cepat-cepat dia menaip,inginkan penjelasan tentang perlakuan Min Yoongi itu.

Hyu Na: Korang!.Apa yang Yoongi buat dekat luar tu?

Miy Ra: Itu semua idea Jimin!.Salahkan dia!

Jimin: Hey!.Dia yang tawarkan diri nak jadi spy.Kenapa salah aku pulak?!

Hyu Na: Tak kisahlah salah siapa.Please suruh dia masuk balik.Takut Seungyoon curiga nanti.

Jungkook: Biar aku heret dia.Jap ah

Jeon Jungkook terus bangun daripada tempat duduknya.Lengan baju disinsing.Memang nak kena kawannya yang seorang itu.Langsung tidak boleh harap!.Keluar saja daripada pintu kafe White Coffee House,dia pergi ke arah Min Yoongi.Lelaki berbadan kecil itu masih lagi fokus dalam menjalankan tugasnya.Kehadiran Jungkook dibelakangnya langsung tidak dia sedari.

Hyu Na yang melihat dari dalam terus-terusan berdoa.Tidak mahu Seungyoon tiba-tiba muncul dihadapan Jungkook dan Yoongi.Kalau tidak,sia-sia sahaja dia memberanikan diri untuk bertemu dengan abang tirinya itu.Tuah menyebelahi dirinya apabila Jungkook dengan selamat telah membawa Yoongi masuk semula ke dalam kafe.Cuma Yoongi saja yang nampak terseksa sedikit.

"Tolonglah wei.Kalau kau nak jadi spy pun,tolong jadi spy yang ada otak.Tak boleh ke?" soal Jungkook.Dia duduk kembali di tempatnya.

Min Yoongi melabuhkan punggungnya disebelah Eun Hee.Telinganya yang telah dipulas Jungkook diusap.Sakit woo.

"Halah,bukan dia nampak aku pun kan" balas Yoongi selamba.

"Otak mu lah dia tak nampak!.Kitaorang yang duduk dalam kafe ni pun nampak badan kau,dia apatah lagi!" marah Jin.Mahu saja disembelih kawannya itu.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now