Sementara itu....
Di Dalam Dorm Namjoon dan Taehyung:
Taehyung duduk seorang diri di atas katil.Jam bilik dikerlingnya.
10:00pm,mana Namjoon ni?Takkan sesat kut.Aku lapar ni.
"Sabar perut,sabar" Taehyung menepuk-nepuk perutnya sendiri.
Televisyen di buka.Daripada dia membuang masa menanti Namjoon,lebih baik dia menonton televisyen.
"Ribut akan melanda....." pemberita itu menerangkan cuaca-cuaca yang akan di alami esok.
"Arghh!!.Aku lapar!!" Taehyung menjerit seorang diri.Dia turun dari katil.Mahu pergi ke kantin asrama.
Baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu bilik,pintu bilik sudah pun dibuka dari luar.
"Namjoon!Lambatnya kau balik!" Marah Taehyung."Kau tau tak aku dah nak mati kebuluran tunggu makanan" sambungnya.
"Tae,kau ni membebel jer tau.Nah makanan" Nam Joon menghulurkan plastik yang berisi makanan kepada rakannya itu.
Taehyung mengambil plastik yang dihulurkan Namjoon.Dirinya melihat Namjoon yang sedang duduk di atas katil.
"Apesal kau lambat balik?" tanya Taehyung.
Dia kini sedang duduk di lantai.Meja kecil yang di tepi katil di angkatnya.
"Aku lepak dengan Eun Hee tadi.Alang-alang dah jumpa" Namjoon menjawab.Dia sedang berbaring di atas katil.
"Ooh,sembang apa?" Taehyung bertanya.Mulutnya di penuhi dengan nasi.
"Biasa-biasa jer" Namjoon melelapkan matanya.Malas mahu menjawab pertanyaan Taehyung.
Setelah 10 minit...
"Pergh,kenyang" Taehyung sendawa.Cermin di atas mejanya di ambil."Jerawat,tak ada.Bintik hitam,tak ada.Jerawat batu..." dia sibuk menge'check' mukanya.
"Aduh!!" Namjoon mengerang kesakitan.Dia terjatuh dari katil.
Taehyung terkejut dengan jeritan Namjoon.Cermin yang di pegangnya jatuh ke lantai.
Prangg...
"Namjoon!.Kau tahu tak cermin tu mahal!.Ganti balik" Taehyung memuncungkan bibirnya.
"Tae...tolong...sakit" Namjoon merayu.Dia merangkak ke arah Taehyung.
"Namjoon!.Kau okay ke?!" Taehyung bertanya.Takut dia melihat perlakuan Namjoon yang sedang merangkak ke arahnya.Dah macam suster ngesot dah.
"Aku sakit perut" Namjoon menjawab lemah.Perutnya di tumbuk-tumbuk.
"Ntah-ntah..." Taehyung sudah terbeliak matanya.Teorinya benar.
"Apa?" Namhoon yang mengerang kesakitan terpaksa bertanya.
"Kau mengandung!!.Omoo!!!" Taehyung menjerit.Tidak sangka dirinya bijak.
"Otak kau!.Aku tengah sakit ni pun kau nak buat lawak!" Namjoon memarahi Taehyung.
Mengandung?.Aku ni namja (lelaki),bukannya yeoja (perempuan).
Taehyung tidak tahu mahu membuat apa.Dia terpandang gunting yang berada di atas meja belajarnya.Dengan pantas dia mengambil gunting itu.
"Aku nak bedah kau" Taehyung berjalan menuju ke arah Namjoon.
"What?!.Kau gila ke?!" Namjoon yang kesakitan cuba bangun.Tidak mahu dirinya di bedah Taehyung.Mati juga dia nanti.
"Mwuahahaha!!.Aku nak bedah kau" Taehyung semakin menghampiri Namjoon.
"Arghh!!.Tolong!!" Namjoon menjerit ketakutan.
Tiba-tiba sahaja lampu dorm mereka tertutup.Keadaan bilik gelap gelita.Namjoon ternampak bayang-bayang sesuatu objek berdiri di belakang Taehyung.
"Tae.." kata Namjoon cuba menarik perhatian roommatenya."A..ada..be..benda..belakang..ka..kau" tergagap-gagap Namjoon berkata.
"Wuhuuuu~~~" objek yang berada di belakang Taehyung bersuara.
"Hantu!!!!" Namjoon menjerit sekuat hatinya.Malangnya nasib dia hari ini.
"Hahahahaha"
Tiba-tiba sahaja lampu dorm terbuka semula.Jin dan Jungkook ketawa terbahak-bahak.Yoongi pula hanya memerhati.
"Kau nak buat apa gunting tu?" tanya Yoongi kepada Taehyung yang kini sedang memandang Namjoon.
"Hilang sakit perut aku,korang ni!!" Namjoon menarik telinga Jin dan Jungkook.Kepala mereka berdua di hantukkannya.
"Nak bedah Namjoon..huhuhu" Taehyung meletakkan kembali gunting itu di tempat asalnya.Dia kecewa.
"Huh?" Yoongi langsung tidak mengerti.
"Hukhukhuk,Yoongi" Taehyung datang memeluk Yoongi.
"Shuh,janganlah macam ni" Yoongi mengusap lembut belakang badan Taehyung.
"Namjoon!Sakitlah" Jungkook mengusap-ngusap dahinya.
"Siapa punya idea ni?!.Cakap!" tegas Namjoon berkata.Wajah mereka berdua ditenung.
"Jin!" pantas sahaja Jungkook menjawab.Dia berlari ke arah Yoongi dan Taehyung.
"Yah!.Pengkhianat!" Jin menjerit memanggil Jungkook yang kini berselindung di belakang Yoongi.
"Ooo..kerja kau ye" Namjoon tersenyum sinis.
Habislah aku...
Jin juga turut tersenyum.Senyum paksa.
>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
Hello ^^ korang semua sihat ke?Sorry kalau part ni bosan,sorry sangat.Wattpad dkt phone Syaf ni buat hal pulak lepas update T.T . Ingatkan nak buat lawak gila2,tapi bila baca balik..langsung tak lawak.So here the update,relax your mind.Vote & comment ♥ ♥
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...