Song Hyu Na menyandarkan badannya pada dinding. Biarpun sofa yang disediakan oleh pihak hospital dilihat lebih menyelesakan, dia lebih suka berdiri. Lagipun kedudukan sofa tersebut dengan katil pesakit agak jauh. Dia tidak mahu ketinggalan dalam perbualan ibu kesayangannya dengan abang tirinya.
Entah apa yang dibualkan mereka, asyik ketawa sejak dari tadi. Cemburu juga dia sebenarnya. Ada ke patut dia dianggap seperti tunggul. Sedih betul!
Perasaan cemburu dalam hatinya hanya bertahan buat beberapa saat. Perasaan gembira pula datang sekelip mata. Melihat wajah ceria ibunya telah menandakan semua usahanya selama ini berbaloi. Senyuman ibunya itu yang sudah lama hilang kini sudah kembali semula. Sejak abang tirinya meninggalkan rumah, ibunya seperti sudah lupa cara hendak senyum. Hyu Na juga turut terkesan dengan perubahan ibunya.
"Syukur semuanya dah okay" Hyu Na tersenyum gembira.
Pintu wad ibunya tiba-tiba dikuak daripada luar. Seorang doktor muda yang agak tampan bersama seorang jururawat berbaju merah jambu melangkah masuk. Pintu wad pula tertutup secara automatik. Hyu Na meneliti doktor muda tersebut daripada atas kepala hingga ke hujung kaki. Setelah meneliti doktor muda tersebut, jururawat perempuan tersebut juga diimbasnya.
Hyu Na sempat melihat sesuatu di tangan doktor muda itu. Di tangan doktor muda itu, terletak kemas rekod kesihatan ibunya. Hyu Na yang bersandar pada dinding berjalan ke arah doktor tersebut. Kesihatan ibunya harus dia ketahui. Dia risau melihat keadaan ibunya yang semakin membimbangkan.
Pipi yang dahulunya berisi kini menjadi cengkung. Badan ibunya yang normal juga sudah menjadi semakin kurus. Ibunya juga kerap memuntahkan kembali makanan yang baru sahaja masuk ke dalam tubuhnya.
"Adik berdua keluar dulu ye. Doktor nak buat pemeriksaan" jururawat perempuan tersebut berkata dengan lembut.
Song Hyu Na akur. Terbatal niatnya untuk bertanya tentang perihal kesihatan ibunya. Kaki laju menapak keluar daripada wad. Kang Seungyoon yang masih lagi berkerusi roda juga akur.
"Nanti kau nak jenguk Jira ke?" soal Seungyoon sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar daripada wad.
Hyu Na angkat bahu, tanda tidak tahu.
________________________________________________________________________________
Kereta sport yang dipakir di hadapan asrama lelaki dipandang Hyu Na dengan perasaan kagum. Sudahlah kereta tersebut berwarna merah pekat seperti darah. Rekaannya yang nampak moden dan elegan pasti menarik perhatian sesiapa saja yang melalui kawasan tersebut. Harga kereta tersebut juga mungkin dapat disamakan dengan beberapa buah banglo mewah yang terbina cantik di atas bukit.
Hyu Na berpaling daripada menghadap kereta sport yang menggiurkan itu kepada tuan punya kereta. Ada terselit perasaan bangga di wajah rakannya itu. Riak pun ada juga. Kepala digeleng-gelengkan, tanda Hyu Na tidak percaya dengan situasi yang dihadapinya ketika itu. Kalau kereta untuk pergi ke sekolah pun kereta sport, rumahnya apatah lagi. Pasti seluas dua padang bola!
"Hah, tunggu apa lagi?" tegur rakannya yang sudah membuka pintu pemandu.
"Biar betul ni kereta awak?" soal Hyu Na, masih lagi ragu-ragu.
Jungkook yang sudah masuk ke dalam perut kereta menyilangkan tangannya ke dada. Kalau dilihat dengan dekat, muncung bibirnya sudah mula kelihatan. Agaknya hanger pun boleh digantung. Mukanya kelat. Macam ada benda yang tidak puas hati saja. Hyu Na yang sedar akan perubahan teman sebiliknya itu hanya mencebik.
Macam budak kecil!
"Yelah, takkan kereta pak guard dekat luar tu pulak" ujar rakannya, cuba untuk membuat lawak.
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...