룸메이트 | 21

8.5K 624 18
                                    

Di dalam kelas 5-A1:

Jam sudah menunjukkan pukul 9:00am.Para pelajar semua tekun membuat kerja yang telah diberikan cikgu.Mrs Lee,guru yang cantik dan berdedikasi.Dia mengajar matapelajaran Matematik.

"Hyu Na,macam mana nak buat ni?" Tanya Yoongi yang duduk di belakang Hyu Na.

Yoongi menghulurkan kertas Math kepada Hyu Na.Dia berharap sangat yang Hyu Na akan menolongnya.

"Oh,kalau ni awak kena darab dulu,lepastu awak bahagi.Dapat jawapan bahagi cari punca kuasa dua dan dah siap" Hyu Na menconteng kertas Yoongi dengan jalan kerja Math.

"Susahnya" omel Yoongi.

Jin yang duduk di sebelah Yoongi ketawa kecil.Bukannya susah sangat pun,cuma Yoongi itu malas mengira.Otaknya hanya berfungsi ketika dia dalam masalah.

Hyu Na menumpukan kembali perhatian ke kertas Matematiknya.Hanya tinggal lagi dua soalan yang tidak berjawab.Dia menoleh ke sisinya.Dia dapati Jungkook sedang tidur dengan lena.

Tidak sangka sekali dia sama kelas dengan Jungkook,duduk bersebelahan pulak itu.Miy Ra dan Eun Hee juga sekelas dengannya.Rupa-rupanya mereka itu sebilik dan mereka juga berkawan baik.

Kertas Matematik Jungkook dilihat secara senyap.Hyu Na mendapati bahawa jawapan di dalam kertas itu semua tepat.Jalan kerja kemas dan teratur.

Pandai gila dia,sekejap jer dia buat.

"Hyu Na,yang ni?" Yoongi bertanya lagi.

"Erm,Yoongi.Boleh tak awak suruh Jin yang tolong?.Saya punya tak siap lagi.Mianhae" serba salah Hyu Na melihat muka Yoongi yang hampa.

"Okay" ringkas sahaja balasannya.

Selepas sahaja mendengar jawapan Yoongi itu,Hyu Na kembali menyiapkan kerjanya yang tertangguh.Dalam masa 10 minit akhirnya kertasnya sudah lengkap.Dia menghela nafas lega.

"Hyu Na dah siap ker?" Jin pula bertanya.

"Dah" jawab Hyu Na dengan senyuman.

"Yeay,dah siap!" Yoongi terus sahaja melentokkan kepalanya ke atas meja.Dalam masa beberapa saat sahaja kedengaran bunyi dengkuran halus yang datang daripada dirinya.

"Wow" Hyu Na kagum dengan 'bakat' Yoongi.

"Kalau letak bom sebelah dia pun,tak tentu lagi dia bangun" Jin mencubit pipi Yoongi dengan kuat.

"Wow,dasyatnya" Hyu Na ketawa.Dia juga turut mencubit pipi Yoongi.

Cutenya dia tidur...

"Okay kelas,waktu sudah pun tamat.Serahkan kertas kepada cikgu sekarang" Mrs Lee berkata.

Selepas sahaja mendengar arahan guru mereka,para pelajar semua bangun dari tempat duduk masing-masing.

Kertas Matematik Jungkook di ambil.Hyu Na terus sahaja menyerahkan kertas itu kepada guru mereka.

Kringgg!!!

Loceng yang kedua sudah pun berbunyi.Hyu Na mengemas begnya,dia harus ke bilik muzik.Eun Hee dan Miy Ra juga turut mengemas beg.

Di bilik muzik:

"Woah,rindu gila tempat ni" Miy Ra berpusing-pusing mengelilingi piano yang terletak di tengah ruang bilik muzik.

"Hahaha,kau ni macam setahun tak masuk bilik muzik" tegur Eun Hee.

"Jakun,nak buat macam manakan" Jimin muncul dari dalam bilik muzik.

Miy Ra terus mendiamkan diri.Dia duduk di kerusi kayu yang terletak tepi dinding.Hyu Na juga turut mengikuti Miy Ra duduk.

"Dah bisu ke?" tanya Jimin menyakat.

"Erm" Miy Ra mendiamkan diri.

Jimin duduk di sebelah Miy Ra.Mereka berdua hanya mendiamkan diri.

Janggalnya situasi ni...

"Urm,korang dah lama kenal ke?" Hyu Na bertanya.

"Dah lama dah" Miy Ra menjawab.

"Oooo" hanya itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut Hyu Na.

Di suatu sudut yang lain,
kelihatan Namjoon sedang menyuruh Yoongi membuat sesuatu.Mereka berdua bagaikan sedang bergaduh.

"Aku suruh kau angkatlah" Namjoon mengarah.

"Kau ingat aku ni superman ke?.Berat kot piano ni" Yoongi pula menjawab.

"Kisah pulak aku" Namjoon mencubit lengan Yoongi dengan kuat.

"Sakitlah woi" Yoongi pula mencubit lengan Namjoon.

"Kids,stop it" Jin datang membawa sebatang kayu.

"Nak bunuh orang ke?" seorang gadis datang menyapa.

"Kyo Mi!" Jin menjerit teruja.

Dia berlari ke arah Kyo Mi untuk memberikan pelukan.Seorang lelaki yang sedang bersandar di dinding bilik terus berlari ke arah Kyo Mi.

"Wah,ini kali pertama Jin peluk Kyo Mi" Jin berkata.

"Arwah kau!" lelaki itu memukul kepala Jin.

Jin mendongak ke atas."Hoseok?.Mana Kyo Mi?".

"Hahaha,sejak bila presiden ada dekat sini?" Kyo Mi muncul dari belakang Hoseok.

"Sejak zaman batu lagi" Jhope menjawab.

"Hahaha,funny" Kyo Mi gelak seperti memerli.

"Hari ini,Kyo Mi yang akan mengajar" Hoseok berkata kepada semua pelajar yang berada di dalam bilik muzik.

Pelajar dalam bilik muzik itu adalah Jin,Hoseok,Jimin,Jungkook,
Yoongi,Namjoon,Taehyung,Eun Hee,Miy Ra,Kyo Mi and Hyu Na.

"11 jer" bisik Hyu Na kepada Eun Hee.

"Hyu Na,awak tak tau ke?" Eun Hee pula bertanya.

Hyu Na menggelengkan kepalanya.Kyo Mi yang sedang mengajar sesuatu di depan diabaikannya.

"Pelajar yang masuk kelas ni semua ada menang sesuatu di peringkat antarabangsa,
contohnya saya.Saya pernah menang pertandingan menari di Canada" Eun Hee menerangkan kepada Hyu Na.

"Tapi..." Hyu Na seperti tidak memahami sesuatu.

"Awak ada menang apa?" Eun Hee pula bertanya.

"Saya cuma pernah menang pertandingan nyanyian di Jepun" Hyu Na berkata.

"Sebab tu awak layak masuk bilik muzik ni" Eun Hee tersenyum.

"Ooo,begitu" Hyu Na menumpukan kembali perhatiannya kepada Kyo Mi yang sedang mengajar.

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Ah,lamanya tak update >.< sekolah akan dibuka tak lama lagi ^.^ tak sabar rasanya...Syaf ada buat buku baru..hehe..tajuknya Mine dibintangi oleh Exo..hehe enjoy yourself,vote & comment ♥ ♥

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now