룸메이트 | 27

6.3K 541 47
                                    

Mata gadis itu terbeliak seperti mata burung hantu.Roda skateboard roommatenya sudah tertanggal dan bergolek masuk ke bawah meja belajarnya.Dilihatnya skateboard yang kurang upaya dan roda yang telah tertanggal silih berganti.

Niat untuk membelek akhirnya membawa padah.Tangan Hyu Na sudah terketar-ketar memikirkan muka bengis rakan sebiliknya.Peluh dingin mula membasahi dahi.

"Mampus aku" air liur cuba ditelan.

Anak mata gadis itu cepat-cepat difokuskan pada jam di tangannya.Pukul 12:00am,Hyu Na melihat ke arah pintu biliknya.Tiada tanda-tanda rakan sebiliknya akan pulang.

Peluh di dahi dilap dan roda yang berada di bawah meja belajarnya diambil.Roda itu cuba dipasangnya semula.Sempat juga dia berdoa pada tuhan agar Jungkook tidak balik ke bilik pada waktu ini.

Sambil memejam mata,roda cuba dipasang.Dipulas roda itu ke kiri dan kanan,berusaha mencari arah yang sebenarnya.Bunyi 'klik' kedengaran.Hyu Na membuka matanya perlahan-lahan.

"Dah terpasang ke?" Hyu Na menyentuh roda yang akan menyebabkan dia mati hari ini.

Skateboard itu sudah nampak seperti sediakala.Baru sahaja dia ingin berjalan ke arah meja belajar Jungkook,pintu biliknya terbuka luas.Sekali lagi,mata Hyu Na terbeliak,lebih besar dari tadi.

Kelihatan seorang remaja lelaki memandang tajam dirinya.Pintu bilik ditutup dan kaki melangkah ke arah Hyu Na yang masih lagi tegak berdiri.Benda yang berada di tangan gadis itu menarik perhatiannya.

"Apa kau buat?" Jungkook memandang anak gadis itu dengan tajam.

"Te..tengok...." suara Hyu Na bagaikan tersekat.

"Tengok apa?!" Remaja lelaki itu meninggikan suaranya.

"Tengok skateboard awak je" ayat itu dengan lancarnya terkeluar dari mulut Hyu Na.

Jungkook mengambil kembali skateboardnya dari tangan Hyu Na.Nampak sangat dari raut wajah anak gadis itu,pasti dia ada lakukan kesalahan.Jungkook meneliti skateboardnya.

Janganlah tertanggal.Tolong roda,janganlah kau tertanggal..

Belum sempat Jungkook meletakkan skateboardnya di atas katil,satu roda sudah pun tertanggal.Seperti tahu tempatnya,roda itu kembali bergolek ke bawah meja belajar Hyu Na.Jungkook ternganga dan Hyu Na menepuk dahinya.

"Ap..apa yang kau dah buat?!" Secara rasminya,anak gadis itu pasti akan disiatnya hari ini.

"Sa..saya cuma teng..tengok.." Hyu Na tergagap-gagap menerangkan keadaan sebenar.

"Kalau tengok,mesti takkan ada benda yang tertanggal!" Naik dua kali ganda tinggi suara Jungkook.

Asyik menjerit je,tak sakit tekak ke?.

"Manalah saya tahu!.Baru pegang,tiba-tiba dah tertanggal!" Anak gadis itu cuba mempertahankan dirinya.

"Kalau kau pegang je..mesti...tak...ada...bendaaaaa...tertanggaaaaaaaal!" Jungkook menarik-narik rambutnya sendiri.

"Eleh,siapa suruh beli skateboard tak ori" perli Hyu Na terang terangan.

Ternganga Jungkook dibuatnya mendengar jawapan Hyu Na.Gadis itu betul-betul menaikkan kemarahannya.Kalau dibenarkan,mahu saja rambut gadis itu ditariknya pakai kereta sport yang paling laju di dunia.

Biar botak.Biar tahu rasa.Sudah salah tidak mahu mengaku.Elok sangatlah macam itu.Tangan digenggam,takut Hyu Na yang berada di hadapannya dapat rasa tumbukan percuma.

"Aku beli ori okay!" Dahi Hyu Na ditunjalnya.

Dia main tunjal-tunjal kepala pulak sekarang.

"Wahai Encik Jungkook yang tidak dihormati langsung,kalau ori..mesti takkan cepat rosak.Budak kecik pun tahu" Hyu Na ketawa kecil,sengaja mahu menyakitkan hati Jungkook.

"Ya tuhan.Kenapa kau bagi aku cubaan yang sebegitu berat" Muka Jungkook sudah merah padam,sampai ke telinga merahnya menahan marah.

"Kasihan,sabar yee" gadis itu sudah mengekek-ngekek ketawa.

Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya.Perbuatan yang akan dilakukan nanti mungkin akan menyebabkan Hyu Na salah faham.Akibatnya dia tolak dahulu.

Hatinya memang benar-benar panas dan boleh pecah bila-bila masa saja.Dia tekad.Hyu Na yang berada di depannya terus ditarik masuk ke dalam dakapannya.

Serta-merta ketawa gadis itu berhenti.Terkejut punya pasal.Dia cuba melepaskan diri dari pelukan Jungkook.Namun sia-sia,remaja lelaki itu lagi mengetatkan pelukannya.

Jantung,kau tak sihat ke?.Kenapa kau berdengup dengan kencang?.Nak aku hantar pergi hospital ke apa?.

"Maaf.." bisik Jungkook.

Meremang bulu roma Hyu Na mendengar permintaan maaf daripada Jungkook.Selama ini dia yang selalu minta maaf tetapi kali ini kenapa Jungkook pula yang minta maaf.Tiada angin tiada ribut,dirasuk hantu ke apa?.

"Kepala awak ada terhantuk ke dekat mana-mana?.Ke kepala awak termasuk dalam lubang jamban?" Soal Hyu Na pelik.

"Maaf sebab..." Perlahan-lahan rambut Hyu Na disentuhnya.Tidak mahu anak gadis itu tahu tindakan yang seterusnya.

"Sebab?" Lurus Hyu Na bertanya.

"Sebab buat macam ini!" Sekaligus rambut Hyu Na ditarik Jungkook sepenuh hati.

"Aduh!!!!!!" Hyu Na menahan kesakitan yang dirasainya.

"Berani kau rosakkan barang aku" Jungkook masih lagi menarik kuat rambut Hyu Na.

"Maaf..Jungkook" gadis itu cuba minta simpati.

Macam tak biasa pulak.Mestilah aku yang kena minta maaf...haih

"Ganti balik skateboard aku.Nak sama macam yang aku punya" Rambut Hyu Na ditariknya sekali lagi.

"O..okay..lepaskan!" Tangan Jungkook direntapnya kasar.

Hyu Na mengusap kulit kepalanya.Jungkook pula tersengih seperti kerang wangi.

Bye bye money..

Hyu Na meraup wajahnya.

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Alhamdullilah,setelah 4 bulan cerita ini tertangguh,Syaf update juga XD.Syaf betul-betul minta maaf sebab ingatkan nak update pada bulan November,tapi tak lalu sebab keputusan Pt3 tak keluar lagi.Sorry sangat-sangat kepada yang rajin komen suruh update.Maaf sangat :'( .

Syaf kalau tulis cerita memang macam siput.Maaf sekali lagi.Terima kasih sebab masih lagi baca cerita Syaf dan terima kasih sebab vote dan selalu bagi komen baik2.Maaf sebab korang sampai mereput tunggu Syaf update :'((

Maaf sebab ceritanya tidak memuaskan..maaf dan maaf.Terima kasih sebab vote Syaf punya cerita..thanks sangat XD..sayang korang <3

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now