룸메이트 | 03

11.2K 847 15
                                    

Hyu Na keluar dari bilik guru.Dia tersenyum riang,kunci bilik di genggam erat.Akhirnya dia dapat tunaikan hajat ibunya.Hajat ibunya yang memakan masa untuk ditunaikan.Dia yakin!.

Perut Hyu Na berbunyi,
nampaknya perut dia sudah memainkan lagu yang berirama rock.Dia harus segera ke kantin,
kalau dibiarkan perutnya itu dia pasti tidak akan mampu untuk berjalan.

"Ayuh kita ke kantin,ohohoho" dia tergelak kecil.

____________________________________

Di Kantin:

Jimin menepuk belakang Taehyung dengan kuat.Habis tersembur nasi yang berada di dalam mulut kawannya itu.Yoongi dan Namjoon sudah mengekek ketawa melihat Taehyung yang terbatuk-batuk akibat terkejut dengan perbuatan Jimin tadi.

"Kau ni apasal?.Kau nak aku mati tercekik ke?!" Taehyung menolak kepala Jimin dengan kuat.

"Jangan lah tolak kepala aku!.Kepala aku ni berharga tau" ujar Jimin,mengusap-ngusap kepalanya.

"Baik kau pilih,antara aku dengan kepala kau mana yang kau lagi sayang?"

"Of courselah kepala aku.Sayang kau bukan aku dapat duit pun.Ahahahaha"

"Ceh,kau tunggu la nanti" Taehyung bercakap dalam nada yang perlahan.

Mata Taehyung menangkap satu kelibat manusia.Dia cuba mengenal pasti susuk tubuh itu.Tidak semena-mena dia mengukirkan senyuman.

Dia bangun meninggalkan kawan-kawannya.Tujuannya hanya satu,dia ingin terkejutkan tuan empunya badan yang sedang berbaris untuk membeli makanan.

Hyu Na mengeluarkan beberapa wang kertas dari dalam dompetnya.Kakinya sudah lenguh kerana dia sudah terlalu lama berdiri di situ untuk membeli makanan.

Hadoih,lambatnya mak cik ni buat kerja.Kalau macam ni sampai esok pun belum tentu aku boleh makan.Hyu Na mendengus geram.

Sedang Hyu Na menyumpah seranah mak cik kantin itu,dia dapat rasakan ada tangan yang memegang kedua dua belah bahunya.Dia dapat rasakan hembusan nafas seseorang di telinganya.

Hyu Na berasa seram sejuk,dia tidak berani untuk menoleh ke belakang.Nanti tak pasal-pasal kalau dia toleh tiba-tiba orang yang di belakangnya tidak mempunyai kepala.

"BOOOO!"

"Argh!!!.Hantu!!!!" Hyu Na menekup mukanya.Matanya dipejam rapat.

"Hahahahahahaha,hantu?.Mana ada hantu siang-siang buta macam ni" Taehyung ketawa terbahak-bahak.Senak perut dia menggelakkan Hyu Na.

Hyu Na menoleh ke belakang.
Serta merta muka dia merah akibat menahan amarah yang teramat sangat.Dia hanya melihat Taehyung ketawa terbahak-bahak di hadapannya.

Nak jer aku cungkil bijik mata dia ni!.Geram pulak aku tengok.
Karang aku makan kau baru kau tau.Perut aku dah lapar sangat ni,kalau boleh makan kau kan bagus.

"Seronok lah tu ketawa kan orang!.Ketawa lah lagi.Huh!" Hyu Na mencekak pinggang.Pipinya di kembungkan,kemudian dia menoleh ke arah tempat lain.

Taehyung hanya melihat perlakuan Hyu Na itu.Baru dia perasan,muka pelajar perempuan ini macam seseorang yang dia kenali.Dia cuba mengingati kalau-kalau dia pernah terjumpa muka Hyu Na ini tetapi otaknya tidak mahu berfungsi.

Selepas beberapa saat berfikir dia memutuskan untuk mengabaikan sahaja perasaannya itu.Perasaan saja rasanya.

"Janganlah marah,gurau jer"  Taehyung cuba memujuk Hyu Na.

Dia membuat 'aegyo'nya.Taktik yang dia selalu gunakan untuk menggoda cikgu-cikgunya agar tidak menghukumnya jika dia lupa nak buat kerja rumah.Bijak betul.

"Huh!.Kalau nak cuba mintak maaf,lebih baik belikan Hyu Na makanan sebelum Hyu Na makan V" Hyu Na masih lagi memandang tempat lain,enggan melihat aegyo Taehyung itu.

"Okay!.Tunggu V buat magik" Taehyung membuat gaya ala-ala silap mata.Kemudian dia sudah pun lesap berlari ke arah mak cik kantin itu.

Selamba badak sahaja dia memotong barisan untuk membelikan Hyu Na makanan.
Hyu Na pelik,mana taknya langsung tidak ada pelajar yang marah tentang tindakan Taehyung itu.Hyu Na malas hendak memikirkan semua itu.Sekarang ini otak dia hanya fokus untuk isi perut dia saja.

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Penulis:Hai semua!.Macam mana dengan hari anda?

Snowy:Meow~.Hehehe,comelkan Snowy apabila buat bunyi kucing. *wink*

Penulis:Eee.Perasannya dia!.Geli aku di buatnya.

Snowy:Eleh.Kalau korang semua nak tau kan,dia sebenarnya jeles dengan kecomelan Snowy.

Penulis:Puih lah.Hurm,semua best tak part ni?.Sorry kalau part ni agak bosan dan bosan.

Snowy:Memang part ni bosan kan..hahaha *lari dari penulis*

Penulis:Oklay bye semua.Jangan lupa vote & comment ye..*berlari mengejar Snowy* SNOWY!!!!

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now