룸메이트 | 09

8.8K 710 16
                                    

Kringg!!!!!

Hyu Na terjaga dari tidur sebaik sahaja mendengar deringan jam locengnya.Dia menggeliat.

Pagi yang indah.

"Argh!.Bisinglah!!" Jungkook menjerit.Dia meletakkan bantalnya di atas muka.

Tetapi dicemari dengan kehadiran dia a.k.a 'lelaki' yang berperangai kebudak-budakan.

Hyu Na mengeluh.Jungkook yang berada di atas katil ditenungnya.Selepas itu dia bangun dari tempat tidurnya.Dia ingin membersihkan diri.

Buat pengetahuan semua,setiap bilik mempunyai bilik air sendiri.Maklumlah,sekolah berada.

Daripada layan dia baik aku mandi.

Hyu Na terus sahaja menyambar tualanya yang tersangkut di bucu katil.Dia berjalan terhuyung-hayang.Jungkook yang berada di atas katil langsung tidak dihiraukannya.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik air.Lampu bilik air ditekan.

Selepas 30 minit:

"Argh!Lega" bebel Hyu Na sendirian.

Matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang masih lagi tidur.Dia mahu mengejutkan Jungkook yang masih lena dibuai mimpi.

"Awak,bangunlah!.Dah pagi" Hyu Na berkata sambil mengalihkan bantal yang berada diatas muka Jungkook.

"Urmm...nantilah" ujar Jungkook malas.

Dia mengiringkan badannya ke kiri.Bantal yang dialihkan Hyu Na diambil kembali.

"Nanti tu bila?.Bangun jer lah" Hyu Na bercekak pinggang.Pipinya di kembungkan.

"Aku kata nanti,nantilah!.Tak paham bahasa ker!!" tengking Jungkook.Bantal yang berada diatas mukanya dibaling ke arah Hyu Na.

Hyu Na terdiam,matanya difokuskan pada bantal yang baru sahaja mendarat di lantai.Nasib tak kena mukanya.

"Dah kena tengking baru nak diam!.Kalau aku tau baik aku tengking kau hari-hari!!" Jungkook menjeling Hyu Na dengan mata yang penuh dengan api kemarahan.

Pantang betul aku kalau ada orang kacau aku tidur.Dah kena tengking baru kau nak diam.Menyampah aku.

Jungkook menyambung kembali agendanya iaitu tidur.Hyu Na yang masih lagi diam membisu dibiarkannya.

Baru sahaja dia mahu terlelap,tiba-tiba....

Splash!!!!!

What!.Ini dah melampau!!

"Woi perempuan!.Apahal kau simbah aku hah!!" Jungkook menjerit.Badannya basah kuyup.

"Dah awak tak nak bangun,saya 'segarkan' awaklah" jawab Hyu Na jujur.Riak wajahnya langsung tidak berubah selepas ditengking Jungkook.

Baldi yang berada ditangan Hyu Na ditenung Jungkook.Bayangkanlah,sedap-sedap matanya mahu lelap tiba-tiba disimbah pula dengan sebaldi air.Kalau secawan takpelah,ini sebaldi kut.

Ish,perempuan ni!.Selamba badak di jer.Pikir aku ni binatang ker nak main simbah-simbah?.

"Kau tau tak aku ni siapa?.Aku ni Jungkook okay!.Putera dekat sekolah ni!.So kau kena respect aku" ujar Jungkook bangga.

Rambutnya yang basah di lap dengan tisu yang berada diatas meja berdekatan katilnya.Mukanya juga turut dilap.

Putera?.Apakah?.Respect?.Apa ni?.Haaaaa???

"Wait?.Putera?.Apa maksud awak ni??" Hyu Na menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal.

"Perempuan macam kau apa pun tak tahu.Nama kau apa?" Jungkook berkata sinis.Mukanya diselitkan senyuman yang menakutkan.

"Song Hyu Na" jawab Hyu Na pendek.Kalau bercakap dengan Jungkook tak perlu panjang-panjang.Tak penting pun.

"Huh?Nama kau monyet..haha..funny seh" Jungkook bangun dari katilnya.Dia berlalu masuk ke dalam bilik air.

Hyu Na hanya melihat kelibat Jungkook masuk ke dalam bilik air.Tangannya disilangkan.Hyu Na akan menyilangkan tangannya apabila dia perlu berfikir atau marah.Memang tabiat dia.

Hurm.Monyet dengan aku pun tak dapat beza ker?.Ke dia tu buta?.Apa nama dia?.Jungkook.So maknanya dia a.k.a Jungkook tu buta ataupun dia tu pekak.

Hyu Na mengeluh buat kali keduanya.Bantal-bantal yang bersepah di atas lantai dikutip.Selimut yang digunanya malam tadi diletakkan kembali ke tempat asalnya.

Katil Jungkook di kemasnya.Dia menepuk-nepuk sedikit bantal Jungkook.Selimut juga diletakkannya kembali.

"Dia tu putera apa?.Putera sampah ke?" Hyu Na membebel.

Sambil itu begasi Jungkook yang ditinggalkan dihadapan pintu diletakkan di tepi katil.Dia meneliti setiap sudut bilik itu.

Bersepahnya,ni bilik ke tempat pembuangan sampah??.

"Memang sah-sah dia tu 'Putera Sampah'.Bilik pun bersepah" Hyu Na menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sampah sarap yang merupakan kertas,botol dan plastik makanan semua di kutipnya.Dia membuang sampah itu ke dalam tong sampah hitam yang berada di luar bilik.

Tanpa dia sedari,Jungkook yang berada di dalam bilik air mendengar setiap bebelannya.

Putera sampah ye.Kau tunggu kau.Song Hyu Na,aku akan buat kau menderita,bwuahahaha (evil laugh).

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Hello guys!.Jungkook tu putera sampah ke?.Kejam betul Hyu Na dalam story ni,wehehehe.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now