Di Dalam Dorm Jungkook & Hyu Na:
Bosannya asyik terkurung dalam bilik ni.Huwarghhh!.
Hyu Na duduk di atas lantai.Dia mengeluh kebosanan.Jungkook yang sedang berbaring di atas katil diperhatikannya.Dia sedang menonton rancangan komedi yang sedang ditayangkan televisyen masa itu.
"Hahahaha" Jungkook ketawa.Lucu dengan perbuatan badut yang sedang dilihatnya.
"Apa yang lawaknya?" Hyu Na menyindir.
"Diamlah monyet,aku nak fokus ni" Jungkook berkata.Tidak sampai beberapa saat dia ketawa lagi.
Asyik monyet jer.Dah tak ada haiwan lagi ke kat atas dunia ni selain monyet?.
"Awak ni asyik monyet jer,kesian monyet tu" Hyu Na membalas.
Jungkook menjeling Hyu Na dari atas katil.Televisyen terus sahaja ditutup memandangkan rancangan yang sedang ditontonnya sudah tamat.
Jungkook turun dari katilnya.Dia duduk di atas lantai berhadapan dengan Hyu Na.Telefonenya di keluarkan.
"Awak dah kenapa duduk depan saya?" Hyu Na menjarakkan sedikit dirinya.
"Aku nak bagi kau peraturan aku" Jungkook menghulurkan telefonenya kepada Hyu Na.
Hyu Na mengambil telefone yang di hulurkan Jungkook.Dia membaca satu persatu peraturan yang telah dicipta oleh manusia yang bernama Jungkook.
Matanya membulat.
"Awak gila ke apa?.Tak nak saya ikut peraturan awak" Hyu Na memulangkan kembali telefone Jungkook.
"Kalau tak nak ikut,kau tidur kat luar selama-lamanya" Jungkook senyum sinis.Dia menjongket-jongketkan keningnya.
"Macamlah awak berani halau saya keluar" Hyu Na berkata.Dia memeluk lututnya.
"Ambik beg kau,keluar sekarang jugak" arah Jungkook.Mukanya ditegaskan.
Biar betul!.Gila punya orang!.
"Okay,saya ikut peraturan awak" Hyu Na mengalah.Tiada gunanya dia melawan 'Prince Charming' sekolahnya itu.
"Bagus,okay biar aku terangkan" Jungkook tersenyum menang.
"Peraturan yang pertama,setiap hari Sabtu dan Ahad kau kena bersihkan bilik ni.Mop,sapu sampah,cuci tingkap,cuci bilik air dan basuh baju aku.Kalau kau tak buat,serta-merta aku tendang kau keluar dari bilik aku" Jungkook berkata.
"Peraturan yang kedua,setiap hari kau kena kejutkan aku bangun tidur dengan cara yang berhemah.Kalau kau simbah aku macam hari ni ,aku campak kau keluar tingkap"
"Peraturan yang ketiga,jangan sentuh barang aku sesuka hati.Kalau nak sentuh kena mintak izin aku dulu,kalau kau buat jugak aku denda kau buat kerja rumah aku selama seminggu"
"Peraturan yang keempat,dalam almari yang kat tepi meja belajar aku tu ada banyak makanan ringan.Kalau kau curi,aku cium kau"
"Peraturan yang kelima dan yang terakhir,kau kena jadi orang suruhan aku selama kau bersekolah kat sini.Kau kena ikut semua peraturan aku,kalau kau ingkar habislah kau aku kerjakan" Jungkook tersenyum puas.
"Yah!.Awak gila ke?!.Ingat saya ni apa?!" Hyu Na meninggikan suaranya.
Memang taklah aku nak ikut peraturan kau macam tu.Ish!.sakit hatiii!.
"Eh,tak boleh melawan kalau tak...." Jungkook menunjukkan jarinya ke arah pintu bilik."Keluar dari sini" sambungnya.
Aish!.Ini budak!!.
"Okay!.Saya ikut semuanya" Hyu Na menyilangkan tangannya.
"Good,sekarang pergi belikan aku makanan tengahari" Jungkook mengarah.Dia juga menyilangkan tangannya.
"Aish,childish betullah" Hyu Na bangun dari tempat duduknya.
"Nah duit,hati-hati jalan" Jungkook menghulurkan Hyu Na beberapa helai wang kertas.
Hyu Na mengambil duit yang dihulurkan Jungkook.Dengan langkah yang malas dia keluar dari bilik.
"Hahahaha,memang padan muka kau Song Hyu Na" Jungkook ketawa terbahak-bahak.
Kau tunggu jelah nasib kau.Aku takkan biarkan kau bersenang lenang duduk sebilik dengan aku.
Jungkook duduk di atas sofa biliknya.Telefone Hyu Na yang berada di atas meja belajarnya di ambil.
"Minah ni,telefone pun lupa nak bawak.Memang sah lembap" Jungkook membebel sendirian.
Hatinya tertarik untuk 'menyelongkar' benda-benda yang berada di dalam telefone Hyu Na tetapi otaknya membantah.Matanya hanya merenung telefone Hyu Na yang sedang berada ditangannya.
"Inikan privasi dia,buat apa aku nak sibuk" Jungkook meletakkan semula telefone Hyu Na di atas mejanya.Dia duduk kembali di atas sofa.Lama kelamaan dia pun tertidur.
>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
Hello guys ^_^ sorry sangat Syaf tak update semalam sebab Syaf ingat nak rehat dulu.Mungkin hari Sabtu Syaf update lagi (●⌒∇⌒●) tapi tak confirm lagi lah..okay macam2 betullah Jungkook ni..haha..thanks kepada yang vote dan yang rajin comment..^3^ ..okay..panjangnya lah Syaf tulis ni..haha.Vote and comment ♥ ♥
♥ Cover Book By @KyungsooMyrae ♥
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...