룸메이트 | 25

8.2K 591 33
                                    

Miy Ra memakai baju sejuknya.Dia berjalan ke arah taman mini yang berdekatan dengan bangunan asramanya.Panas sungguh hatinya malam itu.Suhu hatinya itu mampu mencairkan sebatu aisberg yang berada di kutub utara mahupun di kutub selatan.

"Haish!" Miy Ra mengetap giginya.

Stres betul nampaknya.Siapa tidak stres jika mata sudah kuyu hendak tidur,telefone pula berdering.Nama si pemanggil di renung tajam.Terus sahaja diputuskan panggilannya.Selepas beberapa saat tiada gangguan,matanya mula kuyu kembali.Peti pesanan ringkasnya pula yang berbunyi.

Orang Gila (Seungyoon) :
Keluar dari bilik kau sekarang.Jumpa aku dekat taman yang berdekatan dengan asrama kau.Bawak peti first aid kit sekali.Thanks sayangku.Muahhhh~

Miy Ra membeliakkan matanya.Siap bagi flying kiss bagai.Haish,panas betul hatinya.Stress Miy Ra dengan perangai Seungyoon yang suka mencari masalah dengannya.Nak tak nak dia harus pergi.Eun Hee pula kebetulan tiada di dalam bilik.Senanglah dia mahu keluar.

Dari jauh lagi Miy Ra sudah nampak akan kelibat Seungyoon yang sedang menguis-nguis pasir menggunakan kakinya.Pelik juga dia melihat perangai Seungyoon malam itu.Selalunya belum sempat ditegur Seungyoon sudah dapat membau kedatangannya.Ini tidak.Berangan agaknya.

"Jagiya!" secara tiba-tiba Seungyoon menoleh ke arah Miy Ra.Dia tersengih.

Okay aku tarik balik kata-kata aku tadi.Perangai dia tak pelik malam ni.

"Sejak bila aku jadi JAGIYA kau?!.Kau jangan macam-macam" Miy Ra mengetuk kepala Seungyoon menggunakan peti first aid kit yang dibawanya.

Seungyoon mengaduh kesakitan.Hebat juga penangan peti first aid kit itu.Tanpa dia sedari,Miy Ra telah pun duduk disebelahnya.Seungyoon memandang wajah Miy Ra.Rindu pula dia hendak bermanja dengan gadis itu.

"Aku nak tanyalah.Jam dinding bilik kau rosak eh?.Kalau rosak aku boleh tolong belikan yang baru" perli Miy Ra kepada Seungyoon.

"Mana ada rosak.Jam tu berfungsi dengan baik tau.Kalau Miy Ra nak belikan yang baru apa salahnya.Seungyoon teringin nak beli but duit tak ada" balas Seungyoon mengada-ngada.Orang nak bermanjalah katakan.

Jawapan budak ni buat aku panas jer.

"Blahlah kau!.Malam-malam buta macam nii kau nak jumpa aku apa kes?!.Aku nak tidur pun tak senang kau tahu tak!" Miy Ra menengking Seungyoon.Marah benar dia.

"Alah,ada sebab lah aku suruh kau keluar.Sebabnya.......ni hah" Seungyoon menunjukkan pipinya yang lebam.Bibirnya juga luka.

Miy Ra terdiam seketika.Diteliti muka Seungyoon yang lebam-lebam itu.Nampak sangat ada aksi tumbuk-menumbuk yang berlaku.Seungyoon pula sudah memuncungkan bibirnya.Baru ingat nak bermanja,lain pula yang jadi.Tengkingan pula yang dia dapat.

"Kau gaduh ke?" soal Miy Ra.

"Eh taklah,lantai bilik air licin sangat.Tu yang tergolek tu" Seungyoon menyilangkan tangannya.

Sempat pulak dia perli aku.

"Jadi kau nak aku rawat kau lah ni?" Miy Ra menyoal lagi.

Seungyoon menganggukkan kepalanya.Miy Ra tahu Seungyoon masih merajuk.Salah dia juga,masa orang hendak lepaskan penat masa itu juga dia hendak jumpa.Siapa yang tidak mengamuk kalau begitu.Jumpa pula lewat malam,memang sah-sahlah dia mengamuk.

Miy Ra mencuci bibir Seungyoon yang luka itu.Nampak sangat Seungyoon tengah tahan sakit.Matanya pula sebelah terbuka sebelah tertutup.Aduhan sakit lelaki yang berambut coklat itu langsung tidak diendahkannya.Apa yang dia tahu,dia mahu pulang cepat ke biliknya.

"Okay siap" peti fist aid kit ditutup dan di kunci rapat.

"Miy Ra,bibirnya sakiiitttt" Seungyoon mengadu kesakitan.

"Siapa suruh kau bergaduh?.Aku tak suruh kan"

"Janganlah cakap macam itu,sembuhkanlah bibir nii" Seungyoon menggoncang-goncangkan bahu Miy Ra.Rimas Miy Ra dibuatnya.

"Haish,kau nak aku buat apa?" penat dia melayan Seungyoon malam itu.

"Give me a.......................................kiss"

Dush!.Seungyoon jatuh terjelompok di atas tanah.Peti first aid kit datang pula menerjah kepalanya.Miy Ra menjeling Seungyoon seketika.Dia berdiri betul-betul di hadapan Seungyoon yang masih lagi terbaring di atas tanah.

"A kiss?.Don't talk to me like that if you want to live" amaran keras sudah dikeluarkan.

Salah kacau sudah.

Seungyoon hanya mampu mendengar derapan tapak kaki Miy Ra yang sudah pun pergi meninggalkannya seorang diri.Salah kacau anak dara orang pula.Bahananya dia yang dapat.Kakinya pula sakit akibat terkena bucu bangku yang didudukinya sebentar tadi.

"Macam mana aku nak balik dorm ni?" soalnya sambil menggarukan kepala.

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Yowwwwwww,yeah!holiday~Sorry sebab part ni pasal Miy Ra dengan Seungyoon je.Syaf tak tahu kenapa tapi Syaf suka diorang berdua.Okay2 don't worry,part yang seterusnya kita akan kembali kepada couple utama Hyu Na dan Jungkook/Kookie.Thanks kepada yang vote and comment story nii.Comment anda sangat memberi semangat untuk Syaf sambung story nii.Gomawo.Oh,follow me on twitter please~@Minttaekie.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now