Sementara itu.....
Di Dalam Dorm Yoongi & Jin:
"Jungkook,cepatnya kau balik.Pergilah lama lagi" Jin menyindir.
Mana tidaknya,Jungkook pulang dari UK tanpa membeli buah tangan untuk dirinya.Apalagi,merajuklah.Seminggu duduk sana satu buah tangan pun tidak dibelikannya.
"Alah,aku mana sempat nak pergi beli.Kau kan tau omma aku macam mana" Jungkook tersenyum.
Sebenarnya diorang semua ni dalam satu group yang digelar BTS.Group itu diwujudkan kerana mereka semua berkawan baik sejak dari tingkatan satu.Lagipun diorang semua merupakan anak orang berada,muka pun boleh tahan.Nak kata diorang ni 'Kingka' sekolah,rasanya diorang ni lebih kepada 'Idol' sekolah.
'Kingka' sekolah dimonopoli oleh group Winner.Ahlinya terdiri daripada lima orang.Suka mencari pasal dengan budak perempuan itulah kerjanya.Suka bergaduh sesama group pelajar lelaki yang lain.Popular sebab keganasan dan rupa sahaja.Jadi maknanya,group yang boleh dikatakan menguasai sekolah itu adalah BTS dan Winner.
"Kau suka bagi alasan" Jin membuat muka 'mendung'nya. Cuma kilat dengan guruh jer yang tak keluar lagi.
Jungkook mengabaikan sahaja Jin yang berada di sisinya.Yoongi yang sedang tidur berbantalkan peha Jungkook ditenung Jin.Jungkook pula bermain-main dengan rambut Yoongi.
"Yoongi,bangunlah" Jin sengaja mengejutkan Yoongi yang sedang lena tidur.
"Malas" Yoongi berkata perlahan.
Baru sahaja Jungkook mahu bersuara,pintu bilik diketuk dengan ganas.Terkejut dia,Jin pula bangun dari tempat duduknya.Dia memulas tombol pintu.Bukak-bukak sahaja wajah Miy Ra terpacul di muka pintu.Wajahnya dibengiskan.
"Tepi!" Miy Ra meluru masuk.Jin yang berada di tepi pintu ditolaknya.
"Aduh!" Jin mengerang kesakitan,kepalanya terhantuk dinding.
Jin yang mengerang kesakitan langsung tidak dipedulikannya.
Jungkook pula hanya melihat Miy Ra yang sedang berdiri di hadapannya."Kau ni!!!!" Miy Ra menarik telinga Jungkook dengan kuat.
Yoongi yang sedang tidur terus sahaja terbangun.Kepalanya ditolak Miy Ra.Bangun-bangun sahaja dia melihat Miy Ra menarik telinga Jungkook.
"Miy Ra,sakitlah!!" Jungkook cuba melepaskan dirinya dari Miy Ra.
"Miy Ra kau ni dah kenapa?" Jin bertanya.
"Jungkook,aku nak tanya kau ni.Apa yang kau dah buat dekat Hyu Na?!!" Miy Ra memulas telinga Jungkook dengan kuat.
Ni guruh dah datang...
Jin pergi ke arah Yoongi yang sedang berdiri tegak melihat adegan drama yang sedang berlangsung dihadapan matanya.Tangan Yoongi ditariknya.Lebih baik mereka berdua keluar sebelum terjadi apa-apa.
"Aku mana ada buat apa-apa" ujar Jungkook.
"Kalau kau tak buat apa-apa macam mana dia boleh pengsan dalam bilik air?!!" Miy Ra meninggikan suaranya.
Yoongi dan Jin tersentak mendengar kata-kata yang baru sahaja dikeluarkan Miy Ra.
Terbeliak mata mereka bertiga.Terkejut dengan kata-kata yang baru dikeluarkan oleh Miy Ra.Dari pagi tadi lagi aku kurung dia,sekarang ni dah petang.OMG!!!.
Muka Jungkook terus sahaja berubah.Memang matilah dia dikerjakan Miy Ra.
"Ikut aku sekarang jugak!!" Miy Ra terus sahaja menarik Jungkook keluar bersamanya.
Di Dalam Dorm Jungkook & Hyu Na:
"Kau tengok apa yang kau dah buat!" Miy Ra menunjukkan jarinya ke arah Hyu Na yang sedang berbaring di atas katil.
Jungkook terus sahaja meluru ke arah Hyu Na.Dilihatnya muka Hyu Na yang pucat itu.Jin dan Yoongi pula berada di sampingnya.
"Dia pengsan ke?" Jungkook bertanya.
"Aku rasa dia pengsan" Yoongi menjawab.
Jin pula mengalihkan pandangannya ke arah Miy Ra yang merenung mereka bertiga.Mata Miy Ra berkaca-kaca.
"Miy Ra,janganlah nangis.Dia pengsan jer,dia bukannya mati pun" Jin memujuk.
Miy Ra yang mendengar pujukan Jin hanya melihat ke lantai.Yoongi pula sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Apa yang kau dah buat sebenarnya ni?" Yoongi bertanya kepada Jungkook.
"Aku cuma kurung dia kat dalam bilik air jer" Jungkook berkata perlahan namun masih lagi dapat didengari Yoongi.
"Hah!.Sejak bila kau kurung dia?" Yoongi bertanya lagi.
"Dari pagi tadi lagi" Jungkook berkata dalam nada yang perlahan.
"Apa?!.Gila lah kau ni" Yoongi menarik nafas yang dalam.Nasib baik tidak mendarat tangannya di wajah Jungkook.
Jungkook pula diam membisu.Hyu Na yang masih lagi tidak sedarkan diri dikejutkannya.
"Hyu Na,bangunlah" Jungkook menggoncang-goncang sedikit badan Hyu Na.
Selepas beberapa saat berlalu akhirnya Hyu Na tersedar dari pengsannya.Dia melihat Jungkook yang sedang memandangnya.
"Apa yang dah jadi?" soal Hyu Na.
Tiba-tiba sahaja Jungkook memeluk Hyu Na erat.Yoongi,Jin dan Miy Ra pula masing-masing terkejut dengan tindakan refleks Jungkook.
"Pabo!.Jangan buat aku risaulah" Jungkook berkata di telinga Hyu Na.
Hyu Na terdiam.Badannya kaku.Jungkook pula sudah melepaskan pelukannya.
>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
Anneyonghaseyo,macam mana part ni?Haha..kalau bab2 sweet ni Syaf mmg tak tahu ^3^..thanks for the vote and comment..love u XD..stay tuned for the next part >3<..enjoy yourself ^_^ vote & comment ♥ ♥
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...