Aduh,sakit perut aku.Kuat gila budak ni!.
Jungkook terus sahaja menarik tangan Hyu Na kebelakang.Kalau dah jumpa Jungkook memang takkan terlepaslah jawabnya.Lagipun dirinya memerlukan penjelasan daripada gadis itu.
Selagi aku tak tahu kenapa kau ada dalam dorm aku,jangan harap aku bagi kau lepas.
Jungkook terus sahaja menolak badan Hyu Na ke dinding.Hyu Na pula bertungkus-lumus memijak kaki Jungkook.
"Apa ni?!.Lepaslah!!.Tolong!!!" Hyu Na cuba menolak badan Jungkook jauh darinya.Dia tak lepas-lepas meminta tolong.
"Woi budak,lebih baik kau jawab dulu soalan aku!.Kau buat apa kat dalam dorm aku ni!!" Jungkook sudah hilang kesabaran.Matanya asyik merenung Hyu Na sahaja.
"Ni dorm sayalah!.Apa yang awak buat kat sini?!" Hyu Na terus sahaja menampar pipi Jungkook.
Dia menolak badan Jungkook dengan kuat sehingga Jungkook jatuh rebah ke lantai.Jungkook mengaduh kesakitan.
Ambik kau!.Gatal sangat nak rapat dengan aku kan.Kau rasakan.
Hyu Na sudah tersenyum puas.Puas kerana dia dapat membalas dendam terhadap perbuatan Jungkook kepadanya.
"Aduh,apa kau ni!.Sakitlah" Jungkook sudah mengusap-ngusap pipinya.Sakit mungkin.
"Awak pulak jawab soalan saya.Apa yang awak buat dekat sini?" Hyu Na berdiri dihadapan Jungkook yang sedang duduk bersila di atas lantai.Dia bercekak pinggang.
Jungkook menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Otaknya makin lama makin pening dengan situasi yang sedang dialaminya itu.Hyu Na pula masih lagi bercekak pinggang.Matanya asyik merenung wajah Jungkook sahaja.Nak kata comel?.Bolehlah.
Kalau setakat comel tapi perangai macam gengster buat apa?.Naik menyampah aku!.
Jungkook mencebik.Kalau diikutkan hati,mahu saja dia tumbuk gadis dihadapannya itu.Berlagak kuat,padahal lembik.
"Ni dorm aku,kau yang tiba-tiba jer ada kat sini" Jungkook bangun dari tempat duduknya.Dia menggeliat.
Hyu Na terdiam.Dia dah kehabisan kata-kata.Ekor matanya hanya melihat gelagat Jungkook yang kini selesa baring diatas katil.
"Kita bincang hal ni esok jelah.Aku dah ngantuk sangat ni.Kau tidur atas lantai jelah" Jungook berkata dalam nada yang mendatar.Mukanya ditutup dengan bantal.
Hyu Na mendengus kegeraman.
Patutnya dialah yang tidur atas katil itu.Masakan gadis sepertinya tidur di atas lantai.Budak ni!.Tunjuklah gentleman sikit.Ini tak,boleh pulak dia suruh aku tidur atas lantai.Kenapalah nasib aku ni malang sangat.
Hyu Na mengambil selimut yang dibuang Jungkook seketika tadi.Dia membentang selimut itu di atas lantai.Bantal pula dia 'curi' senyap-senyap.
Lantai pun lantai jelah,nasib baik dia tak halau aku keluar.Kalau tak memang aku cekik dia sampai mati dekat sini.
"Kalau kau nak tidur tutup lampu tu" Jungkook mengarah.
"Apesal kena tutup pulak?.Setahu saya yang bayar bil eletrik setiap bilikkan pihak sekolah.Bukannya awak" Hyu Na menjawab.
Cuak dia dengar perkataan 'tutup lampu'.Terus sahaja dia tukar posisi,dari bangun ke duduk.
"Kau ni kenapa?.Aku suruh tutup lampu pun susah" Jungkook bangun dari tempat perbaringannya.Dia memandang Hyu Na yang juga sedang duduk.
Hyu Na memeluk lututnya.Mukanya di tundukkan.
Apa aku nak jawab ni?.Terus terang jer lah,kalau aku tipu lagi susah nanti.
"Sebenarnya...sa..saya..ta..takut gelap" Hyu Na berkata.Suaranya tersekat-sekat,takut punya pasal.
"Takut gelap?.Hahahahahaha!
lawak kau hebatlah"Jungkook ketawa terbahak-bahak.Berair mata dia."Kalau awak nak tahu,saya ni bukannya jenis orang yang suka buat lawak malam-malam buta macam ni" Hyu Na menyilangkan tangannya.Pipinya dikembungkan.
Jungkook berhenti ketawa sebaik sahaja melihat Hyu Na mengembungkan pipinya.Dia mula teringatkan seseorang yang sudah lama hilang dari hidupnya.
"Dahlah,aku nak tidur.Kalau kau tak nak tutup lampu,kau punya pasal lah" Jungkook berkata dalam nada yang dingin.Raut wajahnya berubah.
"Hurm okay" Hyu Na menjawab dalam nada yang perlahan.Dia baring semula diatas selimut.
Kenapa dengan dia?.Tiba-tiba jer berubah.Takkan datang bulan kut?.Ish takkanlah.
Jungkook terus sahaja menutup matanya.Dia tidur kerana kepenatan.Kenangan lama pula mula menerjah dirinya.
Kenangan lama yang amat menyakitkan.
>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
Yow guys,i'm back (●⌒∇⌒●)..Seperti yang Snowy/Syaf janjikan..this is for you guys ^^..Kisah hidup Jungkook yang sedih akan datang dalam part yang seterusnya..haha,tapi kalau tak sedih miane..okay,enjoy yourself guys..l luv u alls :3..vote and comment ♥ ♥
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...