룸메이트 | 34

1K 78 13
                                    

Hari yang dinanti telah pun tiba.Hari yang akan menentukan segalanya.Hari sama ada Song Hyu Na dapat membawa balik semula Kang Seungyoon untuk bertemu dengan ibunya atau sebaliknya.Cuaca pada pagi itu sedikit sejuk.Suhu di bandar maju itu turun beberapa darjah.Jalan raya kelihatan lengang kerana hari minggu.Kebanyakan penduduk berehat di rumah setelah lima hari bekerja.

Song Hyu Na menggeliat.Rambutnya yang kusut masai akibat berguling-guling di atas katil untuk tidur semula setelah terjaga dikemaskan semula.Jam loceng yang diletakkan bersebelahan katilnya dilihat sekilas.Jam menunjukkan waktu 9.30 pagi.

Dia bingkas bangun untuk ke bilik air.Mahu membersihkan diri sebelum bertemu dengan abang tirinya.Park Miy Ra telah memberitahu rancangan bernasnya kepada Hyu Na dua hari sebelum rancangan tersebut dilaksanakan.Mula-mula Hyu Na menolak,tidak mahu berjumpa dengan Seungyoon di tempat awam.Risau Seungyoon bertindak ganas terhadapnya.

"Kalau awak jumpa dia dekat tempat awam,dia takkan berani pukul awak.Percayalah cakap saya ni" Miy Ra memujuk Hyu Na untuk mengubah keputusannya.

"Kalau dia berani jugak nak pukul saya?.Macam mana?" Hyu Na menggigit bibir.Masih ragu-ragu dengan cadangan kawan baiknya itu.

Park Miy Ra mengeluh di seberang talian.

"Macam nilah.Kalau awak takut sangat nak jumpa dia,kitaorang semua teman awak.Tapi awak kena jumpa dia sorang-sorang.Kitaorang duduk dekat meja lain.Kalau dia nak pukul awak,saya suruh Jungkook tumbuk dia.Amacam?.Setuju?" Miy Ra memberikan cadangan.

Giliran Hyu Na pula mengeluh.Apa nak jadi,jadilah.

"Okay,saya setuju"

"Orait,jumpa hari Sabtu nanti dekat White Coffee House pukul 10.30 pagi.Jangan lambat!" pesan Miy Ra sebelum talian diputuskan.

Disebabkan cadangan Miy Ra yang dirasakan agak bagus itu,akhirnya Hyu Na setuju juga.Kawannya itu memang pandai memujuk orang.Ada sahaja idea dia untuk memaksa seseorang mengikuti rancangannya.Gadis seperti Miy Ra itu memang jarang dia jumpai.Macam manalah si Eun Hee itu boleh berkawan dengan Miy Ra.Seorang yang dirasakan agak tegas dan seorang yang suka main-main.Aneh.

Hyu Na yang tersenyum lucu dihadapan pintu bilik air tidak sedar yang Jungkook sudah pun bangun daripada alam mimpinya.Remaja lelaki itu menggosok matanya secara kasar.Buka saja mata,dia melihat Hyu Na duduk tersengih di hadapan pintu bilik air.Hairan dia dibuatnya.

"Apa yang kau buat depan pintu bilik air tu?" tegur  Jungkook yang masih lagi berada di atas katil.Rambutnya yang kusut dibiarkan saja.

Hyu Na tersedar daripada lamunannya.

"Tak ada apa-apalah" terus gadis itu meloloskan diri ke dalam bilik air.

"Gila" Jungkook kembali rebah ke atas katil.
____________________________________

Hyu Na berjalan beriringan dengan Jimin untuk ke White Coffee House.Pelik juga sebenarnya gadis itu apabila Jimin tiba-tiba sahaja muncul dihadapan pintu biliknya.Buka saja pintu bilik,Park Jimin menghulurkan 'hot chocolate'.Alasannya dia tidak mahu Hyu Na kesejukan di pagi hari.Tersengih-sengih dia ketika Hyu Na memandangnya dengan pandangan yang pelik.

Sudahlah diberinya Hyu Na 'hot chocolate',dia juga menawarkan diri untuk menemani gadis itu.Makin hairan Hyu Na dibuatnya.Macam ada udang disebalik batu saja.Disebabkan Hyu Na tidak mahu berjalan sendirian,dia terima juga tawaran Park Mochi itu.Ada teman berbual,tidaklah dia bosan sangat.

"Kenapa tiba-tiba baik semacam ni?" Hyu Na membuka bicara.Asyik senyap sahaja,bosan jadinya.

"Tak apa-apa.Sekali sekala" Jimin menjawab sambil menggentel-gentel hujung bajunya.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now