룸메이트 | 36

947 90 7
                                    

Jeon Jungkook duduk di sebelah teman sebiliknya.Air mineral yang baru dibeli daripada mesin air dihulurkan.Dia tahu teman sebiliknya itu dalam ketakutan. 

Tangan kawannya yang sedikit menggigil itu digenggamnya erat.Mungkin masih lagi terkejut dengan kejadian yang terjadi tiga jam yang lalu.Air mineral yang dihulurkan sejak dari tadi tidak disambut.

"Minumlah dulu.Bibir kau dah kering sangat tu" Jungkook menegur.

Kepala digeleng.

"Hyu Na,janganlah degil.Minumlah air sikit" Eun Hee turut bersuara.

Kepala digeleng lagi.

"Muka kau pucat sangat ni.Minumlah sikit" Jungkook tidak berputus asa.Penutup botol dibukanya.Air tersebut dihulurkan.

Song Hyu Na mengambil juga air yang dihulurkan oleh Jungkook.Bibirnya yang kering akibat persekitaran hospital yang sejuk perlu dibasahkan kembali.Perlahan-lahan dia meneguk air mineral itu.Tekaknya yang sakit akibat kekurangan air juga sudah beransur pulih.

Sejak sampai di perkarangan Seoul National University Hospital,dia langsung tidak bersuara.Bila ditanya jururawat bertugas tentang perihal keluarganya,dia hanya menjawab sepatah.

Matanya hanya difokuskan pada pintu bilik pembedahan yang menempatkan satu-satunya ahli keluarganya.Air mata yang sudah dilap berulang kali,tumpah sekali lagi.Sakit.Hatinya sakit.

Sudah beberapa jam dia menunggu diluar bilik tersebut.Perasaan risau datang melanda dirinya.Macam mana kalau ahli keluarganya itu pergi meninggalkan dirinya?.Pada siapa lagi dia mahu bergantung harap?.

"Hyu Na,nah roti" Jimin mengambil tangan Hyu Na.Roti berperisa strawberri itu diletakkan di dalam tangan Hyu Na secara perlahan.

"Tak nak.Tak selera" roti tersebut diletakkan semula ke dalam tangan Jimin.

"Hyu Na,janganlah macam ni.Nanti kau sakit perut pulak" Miy Ra yang duduk berdiri tidak jauh daripadanya cuba memujuk.

"Tak nak" Hyu Na menolak lagi.

Jungkook yang masih setia disisi Hyu Na mengambil roti yang masih lagi dalam tangan Jimin.Dibukanya roti itu secara kasar.Rakan-rakannya yang lain hanya memerhati.

Tiada siapa mengajukan soalan atau menyoal tentang perbuatan Jungkook itu.Hanya seorang manusia saja yang tiba-tiba bersuara.Entah apa masalah manusia itu,hanya tuhan saja yang tahu.

"Wei,janganlah makan roti tu sorang-sorang.Aku pun lapar jugak" perut diusap.Wajah kesian ditayangkan.

"Aku nak bagi Hyu Na lah" Jungkook membesarkan sedikit matanya.Mahu menakutkan kawannya yang seorang itu.

"Kau ni Yoongi!.Teruk betullah!" Jin memukul belakang badan Yoongi dengan kuat.

Min Yoongi mengaduh kesakitan.

"Takpelah,bagi jelah roti tu dekat Yoongi" selepas sahaja menuturkan kata-kata itu,dia berlalu pergi.Meninggalkan rakan-rakannya yang masih duduk berkumpul dihadapan bilik pembedahan.

"Kau ni kan!" Namjoon menampar lengan Yoongi dengan kuat.
____________________________________

Prang!.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now