Di meja makan BTS:
Jin dan Jimin sedari tadi asyik memandang Taehyung yang sedang 'menggedik' dengan seorang pelajar perempuan.Khusyuk betul mereka berdua melihat gelagat kawan mereka yang agak menjengkelkan itu.
Yoongi pula sudah lena dibuai mimpi.Kepalanya disandarkan di bahu Namjoon.Hoseok pula menggeleng-gelengkan kepalanya melihat perangai Yoongi yang mudah sangat tertidur.
Hoseok masih lagi ingat kisah Yoongi yang hilang entah ke mana.Satu hari mereka semua tidak nampak batang hidung Yoongi.Di telefon,Yoongi tidak jawab.Sikit saja lagi mereka semua nak melaporkan kehilangan dia kepada polis.
Di Dalam Dorm Jin & Yoongi:
Tiba-tiba sahaja Jin menjerit.
"Aaarghhh!!!!" Jin menjerit sekuat hatinya.
Jimin,Namjoon,Jungkook dan Hoseok terus saja mencari dari mana datangnya jeritan Jin itu.Taehyung pula pada ketika itu keluar 'date' dengan girlfriendnya.
"Jin!.Kenapa kau menjerit?" Hoseok menanyakan soalan itu,muka dia kelihatan risau.
"T..tu.." Jin menunjukkan jarinya ke arah badan yang sedang terbaring di belakang sofa.
Tangannya terketar-ketar.Namjoon menjengukkan kepalanya di belakang sofa.Serta-merta mata dia terbeliak.
"Ma..mayat!!" Nam Joon melompat dari sofa.Dia terus memeluk Jimin yang sedang berdiri tegak di sebelah Jungkook.
Jimin terkejut dengan perlakuan Namjoon.Bagaikan dijangkiti virus daripada Namjoon,Jimin turut ketakutan walhal dia langsung tidak mengetahui perkara apakah yang membuatkan rakannya yang seorang itu ketakutan.
Selepas beberapa saat Jimin berpelukan dengan Nam Joon,dia tersedar sesuatu.Kenapa aku takut jugak ni?.Jimin mengerutkan dahinya.
"Namjoon,apahalnya ni?" Jimin bertanya.
"Ad..ada..ma..mayat" Namjoon mengeratkan lagi pelukannya.
"Ma..mayat?!.Arggghhhh!!!" Jimin menjerit sekuat hatinya.Dia dan Namjoon berpelukan.
Jungkook pula sudah ketawa terbahak-bahak.Bukan senang nak melihat Jimin dan Namjoon berpelukan.Dia mengeluarkan telefonnya,saat ini harus diabadikan dan dipotretkan.
Snap!.Jungkook sudah tersenyum meleret.Selepas itu dia memasukkan semula telefonnya ke dalam poket seluar."Ini bukan mayatlah" Hoseok berkata.
Sewaktu Jimin,Namjoon dan Jungkook sibuk membuat hal sendiri,dia dan Jin pula sibuk mengalihkan sofa.Tak boleh diharap sungguh,hati kecil Hoseok bersuara.
"Seperti ku kenal orang ini..tapi dimana ya?" Jungkook menggaru-garu kepalanya.
"Ini..Yoongi!!!" Jimin meleraikan pelukannya daripada Namjoon.Dia bergegas ke arah Yoongi yang sedang terbaring diikuti Namjoon dan Jungkook.
Namjoon sudah pun jatuh terduduk di sebelah Yoongi.Dia mula mengalirkan air matanya.Hatinya memang mudah tersentuh.Sensitif ya amat.
"Tak sangka Yoongi,isk..isk..hidup kau singkat..isk..isk..wuarghhh!!" Namjoon menangis dan meraung.
"Ha'ah Yoongi..isk..isk..Aku harap kau bersemadi dengan aman..isk..isk..Aku sayang kan kau kawan..isk..isk" Jungkook merenung Yoongi dengan mata yang penuh dengan kesayuan.Hati dia hiba mengenangkan nasib rakannya itu yang mati muda.
"Huwargghh..huwarghhh" Namjoon dan Jungkook meraung.
Tersedu sedu mereka berdua menangis.Jin dan Hoseok pula mengeluh.
Tak sangka sebangang-bangang Taehyung,lagi bangang dua ekor manusia yang berada dihadapan mereka ini.Jin menarik telinga Namjoon dengan kuat.Dia hendak memberikan 'kasih sayang'nya kepada Namjoon.
"Meh sini sayang.Kenapa nangis sayang?" Jin memulas telinga Namjoon.Perkataan SAYANG ditekankan.
Namjoon segera mengelap air matanya.Kini hanya kesakitan yang dia rasai.
"Aku nangis..sebab..Yoongi dah mati" Namjoon menjawab.Dia cuba melepaskan tangan Jin dari terus 'melekat' di telinganya.
"Mati tengkorak kau!.Cuba kau tengok,dia masih bernafas lah!" Jin menolak kepala Nam Joon dan dalam pada waktu yang sama juga tangan Jin terlepas dari telinga Namjoon.
"Aduh!!.Jin apa ni?!.Sakitlah!!" Namjoon memegang telinganya yang merah.
Jungkook menelan air liurnya.
Gerun juga kalau telinganya yang comel itu di tarik.Dia perasan dari tadi Hoseok memandangnya."Hoseok,janganlah marah.Feeling sikit pun takkan tak boleh,heeee" Jungkook berkata sambil mengelap air mata palsunya.
Baru sahaja Hoseok nak bercakap,Yoongi sudah pun bangun dari tidurnya.Dia masih lagi mamai.Dia menggosokkan matanya.Kawan-kawan yang sedang mengelilingi dirinya dipandang pelik.
"Kenapa dengan korang ni?.Bising betul.Nak belanja aku makan ke apa?" Yoongi bercakap sambil menguap.Matanya digosok sekali lagi.
Apabila mereka mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yoongi,semua menepuk dahi.
Yoongi pula sudah tersengih seperti kerang busuk apabila melihat muka kawan-kawannya yang sedang merenung dirinya.
Dammit!.Habislah aku dibelasah dengan diorang semua ni.Air liur ditelan dengan payah.>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
Penulis:Saya nak memohon maaf jika cerita yang saya buat ni agak bosan.미안해 *bow*
Snowy:Yeyeye.Maafkanlah dia ye.Dia memang camtu.Kadang-kadang otak dia tak berfungsi..
Penulis:Snowy ni sibuk jer!.Huh entah-entah otak dia yang tidak berfungsi <( ̄ ﹌  ̄)>
Snowy:Baiklah semua,abaikan sahaja penulis yang mereng itu.Kalau rajin vote & comment la selalu ♡
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...