Taehyung berjalan ke kantin,perutnya sudah lama berbunyi sejak keluar dari dorm miliknya.Kawan yang sebilik dengan dia pula telah keluar dahulu meninggalkan dia yang terbongkang di atas katil dan masih lagi tidur dengan nyenyak.
"Oit,mengelamun ke?" Jimin tiba-tiba sahaja muncul.Entah dari mana datangnya makhluk ni.
"Hish kau ni,buat aku sakit perut la.Nasib tak terburai usus aku" Taehyung memarahi Jimin.
Mana taknya,kalau usus perut dia terburai siapa nak bersihkan?.Jimin nak bersihkan memang harapanlah.Nanti acik cleaner jugak yang kena bersihkan.
"Kantin jom,geng dah ada kat sana" ajak Jimin.
"Awal gila diorang ada kat kantin,tiba-tiba jer rajin bangun awal.Kena sampuk ke?"
"Jap aku tanya kau,sekarang pukul berapa?" Soal Jimin,kening nya terangkat.
"Pukul 10:00am.Kenapa?.Jam tangan kau rosak eh?"
"Kebiasaannya kitaorang semua ni bangun pukul 9:00am.Kau yang selalunya bangun lambat"
"Oh ha'ah la,hehe lupa sudah"
"Makanlah lagi asam tu biar nyanyuk terus kan bagus" Jimin sudah mengekek ketawa.
"Apa-apalah,aku lapar ni.Kesian perut aku tau,huhuhu" sengaja dia membuat bunyi mahu menangis.Tagih simpati kut.
"Kita dah sampai kantin dah pun.Pergila order makanan" Jimin berjalan ke sebuah meja yang terletak di tengah kantin.
Meja itu riuh rendah,kelihatan beberapa budak lelaki bersembang sambil bergelak ketawa.Meriah sungguh.Bukan mudah untuk melihat pelajar sekolah gembira pada pagi hari.Selalu mesti sugul jer.
"Woi!.Bising gila korang ni" tegur Jimin.Dia mengambil tempat duduk di sebelah budak lelaki yang berambut hitam serta bersubang di sebelah kiri telinga.
"Yoongi,nak duit" tanpa rasa segan,Jimin menadahkan tangannya.Aegyo yang comel tidak lupa ditunjukkan.
Min Yoongi memandang rakannya yang tidak tahu malu itu.Apa dia ingat Yoongi itu bank bergerak ke apa.Mahu saja dihentakkan kepala Jimin itu ke atas meja.
"Kau ni asyik duit jer.Aku ni bukannya kaya mana pun.Bankrap la aku" Yoongi berterus terang.Tetapi part tak kaya mana tu dia tipu sikit.
"Jangan bagi duit kat dia!.Aku takkan terpedaya dengan aegyo kau Jimin" Jin menutup matanya dengan tangan.
"Kau ni duit,duit,duit.Dah tak ada benda lain lagi ke?" Namjoon menghirup air coffee yang berada di tangannya.
"Ala nak duit jer pun,bukan rumah.Namjoon,please" Jimin membuat aegyo yang lebih comel dari tadi,dia mengelip-ngelipkan matanya.
"Takpelah Namjoon,kau simpan ajalah duit kau.Biar aku yang bagi" Hoseok mengeluarkan dompetnya.Dia mengeluarkan beberapa helai not won kemudian dia menyerahkan duit itu kepada Jimin.
"Hoseok,huhuhu.Kaulah kawan aku sehidup semati.Bukan macam korang!.Kedekut taik hidung masin betul" Jimin membuat gaya seperti terkilan dengan perangai rakannya.
"Eleh,kita pun selalu bagi duit kat dia" Yoongi bersuara.Tidak berpuas hati dengan tuduhan Jimin itu.
"Oh ha'ahla.Thanks Yoongi" senyuman dibuat-buat dihadiahkan buat Yoongi.Tak reti bersyukur sungguh."Wei Jungkook mana?" Terpacul soalan itu daripada mulutnya.
"Dia kat United Kingdom,lepas seminggu baru dia balik" Jin terus menjawab soalan Jimin itu.
"Yah,apasal aku tak tau" kecil hati dia memikirkan Jungkook yang pergi meninggalkannya.Tak bagitahu pulak tu.
"Sebab kau tak tanya" Namjoon tersenyum lucu.
Taehyung membawa dulang makanannya dengan berhati-hati.Kalau tumpah,mahu menangis air mata darah dia.Kaki menapak ke arah meja kawan-kawannya yang dari tadi riuh rendah.
"I'm back!" Taehyung duduk di mencelah di antara Jin dan Namjoon.Tiba-tiba sahaja pulak tu.
"Woi!.Apa ni,sempitlah!" Namjoon menghimpit Jin.
"Nam Joon!.Aku nak jatuh ni,janganlah tolak!" Jin memegang hujung meja,cuba untuk mengimbangi badannya.
"Dah Tae ni besar sangat,kau duduk ajalah atas lantai" Namjoon terpaksa 'mengecilkan' badannya.
"Woah mengutuk depan-depan nampak.Penumbuk bagi baru tau.Dahla aku nak makan" Taehyung menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulutnya.Pergh!.Nikmat gila kau.
Akhirnya diorang semua menghamburkan ketawa masing-masing kecuali Taehyung.Kalau dia ketawa habislah tersembur nasi yang ada dalam mulut dia.Gelagat mereka berenam itu memang begitu,sering menghiburkan.
>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
Snowy:Mana pula hilangnya penulis yang gila itu?
Penulis:*Berdehem* Snowy saya dengar apa yang awak cakap..
Snowy:Huh *terkejut*..baguslah *tersenyum*..
Penulis:Best tak part yang ke dua ini?.Kalau nak tau selanjutnya.Tunggulah saya update..hehe
Snowy:Jangan lupa vote & comment ye *wink*
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...