룸메이트 | 08

9K 730 30
                                    

Flashback:Jungkook

Jungkook menaiki basikalnya.
Tujuannya hanya satu,dia ingin pergi bertemu dengan seseorang.Dua lolipop yang berperisa strawberri digenggam erat oleh tangan kecilnya.

Dia mengayuh basikalnya yang berwarna biru itu.Senyuman sentiasa terukir diwajahnya,tidak pernah pudar walaupun sesaat.

Cuaca pada hari itu sangatlah redup,matahari serba sedikit terlindung di belakang awan.
Jungkook menikmati udara segar yang langsung tidak tercemar itu.

Selepas beberapa minit mengayuh basikalnya,akhirnya dia sudah sampai di destinasinya.Basikalnya dia letak berhampiran dengan pondok telefon awam.

Matanya melilau mencari kelibat seseorang.Dia sekarang ini berada di sebuah taman permainan.Sedang dia sibuk mencari kelibat orang yang ingin dia temui,ada sepasang mata yang memerhatikannya.

"Urm..awak" Seorang budak perempuan menegurnya.Dia tersenyum kecil.

Jungkook berpaling ke belakang.Matanya langsung tidak berkelip.Terserlah kecomelan budak perempuan yang menegurnya itu.

"Urm..hai" Jungkook berkata malu-malu.Tangannya diletakkan di belakang leher.

"Nama awak apa?" Budak perempuan itu bertanya.Anak kecil itu langsung tidak berasa malu.

"Nama saya Jungkook,awak?" Jungkook memandang ke tanah.Masih malu.

"Jungkook?.Saya suka nama awak.Nama saya Jina" Jina menghulurkan tangan kecilnya.
Tangannya yang sebelah lagi memeluk erat sebuah anak patung.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now