Di Dalam Dorm Miy Ra & Eun Hee:
Miy Ra keluar dari bilik air.
Rambutnya yang basah di lap menggunakan tuala."Cepat kau mandi" tegur rakan sebiliknya,Eun Hee.
"Cepat ker?.Aku rasa lama lagi adalah" Miy Ra membalas.
Dia kini sedang duduk di meja belajarnya.Hair Drayer di pasang.Tangannya ligat menggerakkan hair drayer itu ke kiri dan ke kanan rambutnya.
"Kau tak mandi ke?" tanya Miy Ra.
"Aku kan bangun awal,mestilah aku dah mandi" jawab Eun Hee.
Eun Hee teringat sesuatu.
"Oh yelah,Miy Ra.Tae ajak lepak kat shopping mall.Kau nak pergi tak?" ajak Eun Hee.Dia sedang menyikat rambutnya.
"Hurm..." Miy Ra ragu-ragu.
Miy Ra teringat pesanan ringkas yang dihantar oleh 'dia' kepadanya semalam.
Apa aku nak jawab ni?
"Erm,sorrylah Eun Hee.Aku tak dapat ikutlah" Miy Ra menutup suis hair drayer.Dia duduk di atas katil Eun Hee.
Eun Hee juga mengambil tempat duduk di sebelah Miy Ra.Dia memgusap lembut tangan Miy Ra.
"Kau ada masalah ke?" Eun Hee memandang wajah Miy Ra.
Miy Ra mendiamkan diri.Wajahnya ditundukkan.Dia tidak sangka bahawa kawannya Eun Hee boleh membaca riak wajahnya.
"Miy Ra,please.Kau dengan aku dah berkawan lama dah" Eun Hee merayu.Tangan Miy Ra digenggam erat.
"Aku okaylah,janganlah risau" Miy Ra mengukirkan senyuman.Tangan Eun Hee di lepaskannya.
Eun Hee juga turut tersenyum.Dia mengusap-ngusap kepala Miy Ra.Mereka berdua bagaikan adik beradik kandung.Susah senang sentiasa bersama.
"Okaylah kalau macam tu.Aku keluar dulu tau" Eun Hee bangun dari tempat duduknya.
Beg selimpang yang tersangkut di almarinya diambil.Sejurus itu,dia terus sahaja keluar dari bilik meninggalkan Miy Ra seorang diri.
Maafkan aku Eun Hee,aku terpaksa tipu kau.
Miy Ra mengambil handphone yang berada di atas katilnya.Dia menyemak peti pesanan ringkasnya.Nampaknya si 'dia' telah menghantar pesanan ringkas yang kali kedua.
From:X
To:Miy RaMemandangkan yang hari ni cuti,aku nak jumpa kau kat tasik xxxxx.
Miy Ra mengeluh.Dia terus sahaja bersiap-siap untuk pergi ke tasik yang dimaksudkkan oleh si 'dia'.Dia hanya memakai seluar jeans dan T-shirt sahaja.
Di Tasik XXXXX:
Miy Ra turun dari teksi selepas mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi tersebut.
Matanya di toleh ke kiri dan ke kanan,mencari kelibat si 'dia'.Baru sahaja dia ingin melangkah,tangannya ditarik oleh seseorang.
Dan seseorang itu adalah si 'dia'.Dia membawa Miy Ra ke tempat yang tersembunyi dari orang ramai.
Miy Ra pula hanya membuntuti si 'dia'.Jikalau dia melawan habislah riwayatnya.
Si 'dia' melepaskan tangan Miy Ra.Dia terus sahaja duduk di atas tanah yang berlapikkan rumput itu.
Miy Ra masih lagi berdiri.Dia melihat ke arah tasik.
"Duduk" arah si 'dia'
Miy Ra mengikuti arahan si 'dia'.Dia duduk di sebelah si 'dia'.
"Kenapa kau panggil aku datang sini?" tanya Miy Ra.
Seperti biasa dia menggunakan suara dinginnya apabila bercakap dengan si 'dia'.
"Saja" pendek sahaja jawapan si 'dia'.
Miy Ra mengetapkan bibirnya.Dia tidak berpuas hati dengan jawapan si 'dia'.
Apa masalah dia ni!.Kalau aku tahu baik aku ikut Eun Hee tadi!
Miy Ra memasamkan mukanya.
"Tak payah lah nak buat muka,senyum kan lagi baik" si 'dia' tersenyum memandang wajah Miy Ra yang masam.
Miy Ra hanya membiarkan kata-kata si 'dia' berlalu.Tak hingin dia nak ikut cakap si 'dia' kalau tidak disebabkan 'benda' itu.
"Aku nak balik" Miy Ra bangun dari tempat duduknya.
"Teman aku" si 'dia' terus sahaja menarik tangan Miy Ra untuk duduk bersamanya.
"Kalau tak aku akan bocorkan 'benda' tu" si 'dia' mengugut.
Dengan rasa tak rela,Miy Ra kembali duduk di sebelah si 'dia'.Dia menjeling si 'dia'
"Kenapa kau jeling aku?" tanya si 'dia' masih lagi tersenyum.
"Sebab aku benci kau" Miy Ra menjawab.
Si 'dia' tertawa kecil mendengar jawapan Miy Ra.
Benci?.Aku akan buat kau lagi bencikan aku Park Miy Ra.
>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<
Author's Note ;
Anneyonghaseyo guys ^3^ Syaf sambung part ni untuk ucapkan thanks kepada seseorang (o⌒.⌒o) dan Syaf hope orang tu baca..okay,jeng x3..siapakah si 'dia' dan 'benda' apa yang Miy Ra tak nak orang lain tahu?Hurm..apa ye...kalau tu kenalah tunggu (^ω^)thanks sbb vote and comment story Syaf..Gomawo semuanya *bow* Syaf sayang korang semua!Vote and comment ♥ ♥
YOU ARE READING
MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]
FanficSong Hyu Na ialah seorang gadis yang selalu berpindah sekolah. Kali ini sudah kali ke-20 dia berpindah sekolah. Kehidupannya hanya seperti gadis biasa yang lain, tetapi gadis yang biasa boleh menjadi luar biasa. Kisah hidupnya yang dahulu langsung t...