BAB 1

10.6K 162 1
                                    


Orang panggil aku dengan nama Haz,Wani,Zati dan macam-macam lagilah.Ada juga yang panggil aku sis,tu pun peniaga online.Kunun ambil hati aku lah tu.Nama sebenar aku Hazwani Izzati binti Azman.Aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan yang besar pada bulan 11 tahun lalu iaiti Sijil Pelajaran Malaysia ataupun SPM.baru habis menduduki peperiksaan ini aku mahulah juga beritrirehat dirumah memandangkan setahun aku berusaha keras untuk menghadapi SPM.

Sesuaidengan tajuk novel ni,aku memang tak lari dengan perkataan hipster.Memang sudah menjadi kebiasaan remaja kini dengan trend-trend hipster.Ramai INSTAFAMOUS yang telah dilahirkan di social media berikutan trend ini.Kebanyakan daripada mereka bermula apabila membuat Musically,tapi aku langsung tak pernah download binatang tu dalam telefon aku.Rasanya aku dah melalut jauh sangat ni.

Au menulis novel ini untuk menceritakan bagaimana boleh wujudnya PENGANTIN HIPSTER ini.Aku je yang hipster,suami aku suka benda yang formal je.Mungkin kedengaran agak klise tapi atku percaya 100%n yang kisah cinta aku dengan suami aku ni sebiji macam dalam drama petang-petang tu.Jadi kalau tak bosan,bacalah sampai habis.

♥♥♥♥♥

"Hazwani Izzati!!!",Dato' Azman memanggl anaknya yang masih memerap di dalam bilik.Hatinya dipagut kerisauan apabila melihat anaknya asyik mengurungkan diri di dalam bilik sejak tamat peperiksaan SPM.

Wani segera menapak menuruni anak tangga untuk segera mendapatkan ayahnya yang berada diruang tamu.Bimbang lambat-lambat nanti keluarlah suara Hitler dalam rumah ni.Wanilihat ayahnya khusyuk membaca surat khabar di ruang tamu sambil menikmati secangkir kopi yang aku amat pasti bibik yang membuatkannya.

"Yes Dad..Why are you shouting on me?",Wani melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan bapanya.

"Kau dah kenapa speaking bagai.Ayah ni mana lah reti sangat bahasa planet ni.Cubalah cakap bahasa melayu.Ke dah segan dah jadi orang melayu sampai dok sibuk nak speaking bagai?", Dato' Azman tetap bersahaja membelek surat khabar yang baru dibelinya pagi tadi.Banyak artikel-artikel menarik yang tertulis pada hari itu terutamanya untung rugi saham Malaysia.

"Bahasa planet tu bahasa inggeris la Ayah.Apa teruknya bahasa planet jadinya. ",Wani menekup mulutnya menahan gelak.

"Hujung minggu ni kawan baik ayah nak datang.Ayah nak Wani ada dekat rumah tak mahu merayap dengan Dania apa semua.Tolong beritahu ibu suruh masak sedap-sedap.Ayah tak nak bibik yang masak sebab kawan baik ayah tu biasa dengan masakan ibu je.Wani tolong ayah ye."

"Why ayah tak beritahu ibu sendiri?Ayah sendiri pun tahukan hujung minggu jelah Wani dapat keluar dengan Amelia dan Dania,takkanlah minggu ni nak cancel date dengan diorang?"

"Ibu Wani tu busy dengan persatuan wanita-wanita cantiknya tu.Mana ayah sempat nak jumpa ibu awak yang cantik tu.Ayah dah tak nak dengar apa-apa alasan lagi dah.Kalau selama ni ayah hanya izinkan Wani keluar dengan kawan-kawan Wani hujung minggu je,untuk minggu ni Wani boleh keluar 2 kali sahaja.Ingat tu",wani sekadar mengangguk faham arahan yang diberikan oleh Dato' Azman.Mahu melawan,Wani sedar bahawa dia hanyalah seorang anak sahaja.Ayurganya tetap dibawah telapak kaki ayah dan ibunya.

"Baiklah ayah,lepasni Wani cakap dengan ibu.Tapi kalau ibu tak nak masak,jangan salahkan Wani eh."

"Kalau ibu tak nak masak,Wani jelah yang masa.Apa salahnya sekali-sekala ayah nak merasa anak dara tunggal ayah punya masakan",balas Dato' Azman bersahaja membuatkan Wani berasa malu kerana dia akui selama ini dia jarang memasak di dapur.Hanya menolong bibik melakukan kerja-kerja rumah.Itu pun sibuk mengadu penatlah apalah.

"Sudahlah ayah,Wani nak masuk bilik dulu.Nanti kalau ibu dah balik,ayah suruhlah bibik panggil Wani untuk menyampaikan pesanan ayah kepada ibu tadi.Ayah jangn menghadap newspaper tu lama sangat.Rehat cukup ye."

Wani berlalu pergi meninggalkan ayahnya di ruang tamu.Hatinya berasa sedikit risau apabila mendengar bahawa rakan karib ayahnya mahu ke rumahnya hujung minggu ini.Entah dia sendiri tidak tahu mengapa.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now