BAB 3

4.6K 119 0
                                    

Hazwani meletakkan telefon bimbit dan beg dompetnya di atas meja.Berusaha untuk dia
meloloskan diri daripada rumah.Tak apalah sekali-sekala lari daripada rumah bukannya dosa
pun.Lagipun hati sedang tak tenteram dan fikiran bercelaru.Permintaan keluarganya untuk dia
bernikah dengan orang yang tidak dikenalinya dirasakan agak melampau.

Kedua tangannya ditompangkan di bawah dagu sambil memerhatikan orang yang lalu lalang
dihadapannya.Moodnya untuk memesan makanan mati apabila menerima panggilan berkali-kali
daripada abangnya.

‘Biar semua orang dalam rumah tu risau aku tak ada.Nak sangat kahwinkan aku kan.Hah padan
muka’,Hazwani mematikan telefon bimbitnya kerana terlalu rimas dengan panggilan tersebut.

Sejak kebelakangan ini Hazwani lebih banyak mengelamun dan menyendiri.Hazwani menyelinap
keluar daripada rumah pada hari ini pun hasil desakan rakan-rakannya,Amelia dan Dania yang
beria-ia mahu mengetahui apa yang sedang terjadi.Tetapi apabila Hazwani telah tiba di tempat
yang dijanjikan,batang hidung mereka tidak kelihatan.

Lelaki yang duduk bertentangan dengan Hazwani dipandangnya lama.Cara lelaki itu menikmati
maknan dihadapannya amat menarik perhatian Hazwani.Walaupun agak berumur tetap sahaja
nampak bergaya.Mungkin sudah berpunya itu yang diandaikan oleh Hazwani.Alangkah indahnya
jika dia bias memiliki lelaki itu.Tidak perlulah dia berkahwin dengan orang yang langsung tidak
dikenalinya.

“Wannn”,jerkahan Amelia mengejutkan Hazwani daripada terus memerhatikan lelaki tersebut.

Amelia dan Dania mengambil tempat dihadapan Hazwani menghalang pandangan Hazwani
terhadap lelaki itu.Dia cuba mengintai dari celahan Dania dan Amelia untuk mencuri lihat lelaki itu.

“Oii,kau ni terintai-intai asal?”,Dania menepuk kuat bahu Hazwani.

Hazwani segera membetulkan posisi kedudukannya dan mengusap bahunya yang sakit ditepuk
kuat oleh Dania.Niatnya untuk terus memerhati lelaki itu terbantut apabila Amelia sudah
memanggil pelayan untuk memesan makanan.Dasar perempuan memang tak boleh lepas daripada
makanan.

“So apa masalah kau sekarang ni?”,soal Amelia sejurus sahaja usai memesan makanan.

“Kita ni baru habis SPM kan?”,soalan Hazwani dibalas dengan anggukan serentak oleh Amelia dan
Dania.

“Kita ni masih muda kan?”,Amelia dan Dania mengangguk lagi.

“So apa yang anda berdua rasa apabila anda berdua tiba-tiba sahaja dipaksa untuk bernikah
dengan orang yang korang langsung tak kenal and tak cinta?”

“Ohh wait,kau jangan cakap kau dah nak kahwin,Wani.”
“Namapaknya macam tulah.”
“Wann kau patutnya bersyukur yang family kau nak kahwinkan kau awal macam ni.Aku kalau minta
kahwin awal macam ni,memang kena halau daripada rumah lah”,Dania menghirup minuman yang
telah lama sampai.

“Kau tak faham Nia.”

“I guess kan lebih baik kau ikut je rancangan family kau tu.Untung badan dapatlah suami kaya
raya”,Hazwani menjulingkan mata ke atas.Memang sejak daripada zaman sekolah Amelia
mengidamkan mendapat suami yang kaya raya.

“Aku pun rasa benda yang sama babe.Dapatlah juga aku tumpang sekaki kesenangan kau”,Dania
beria-ia menyokong Amelia.Memang mereka berdua akan sekepala bila sebut bab perkahwinan.

“Aku rasa korang berdua ni dah jauh mengarut ni.Aku sibuk cerita masalah aku kena kahwin awal
macam ni,kau berdua sibuk dengan suami kaya-raya.Kaya-raya ke miskin ke handsome ke apa aku
tetap tak nak.Aku masih nak enjoy.Ada faham?”,Hazwani terus mengadu mengharapkan mereka
berdua dapat membantunya untuk menyelesaikan kemelut yang amat rumit ini.

“Alah kau ni,kau pasti boleh.Dulu kau juga yang cakap nak bercinta lepas nikah kan?So….”

“So sekarang aku langsung tak kenal dia.Ada faham?”

“Lepas kahwin boleh kenal apa”,celah Dania pula menambahkan kerungsingan di fikiran Hazwani.

“Kau buat apa nak pening-pening?Just go with the flow.Kami akan sentiasa ada di belakang
kau”,Amelia mengusap bahu Hazwani membuatkan gadis itu hanya tersenyum kelat.

“Tapi kalau yang macam kat belakang tu,aku nak lah juga.Makan pun ayu sopan santun je.Lelaki
melayu terakhir gitu.”

Amelia dan Dania memalingkan pandangan mereka ke arah yang ditunjukkan oleh Hazwani.Mereka
terpegun seketika dengan ketampanan jejaka tersebut walaupun kelihtan agak berumur.Lelaki
yang leka dengan telefonnya dipandang lama oleh mereka.

“Oi oi aku cap dia dulu eh.Pantang nampak yang handsome pandang tak lepas.Bawa-bawalah cari
sendiri lah ye”,Amelia dan Dania menarik muka masam.Belum puas mreka memandang jejaka
tersebut.

Tidak lama kemudian muncul seorang wanita yang berpakaian agak seksi datang menghampiri
lelaki tersebut membuatkan hati Hazwani menjadi panas.Baru sahaja hendak mengerush lelaki itu
rupanya sudah berpunya apalah nasib badan.

“Dah-dahlah berangan memiliki lelaki macam dia tu Wani.Nampak tu,she’s more sexy than
you”,kata-kata Dania menyebabkan Hazwani segera beredar daripada situ.

Langkahnya longlai menuju ke tempat meletak kereta.Hatinya masih bercelaru dan berbelah
bahagi.Berbelah bahagi antara permintaan keluarga dan kemahuan sendiri.Rasa hatinya tidak
sanggup untuk melukakan hati keluarganya apabila dia memilih untuk mengikut kemahuan sendiri.

Bunyi decitan tayar kereta mengejutkan Hazwani daripada lamunannya.Hazwani dengan segera
menarik seorang wanita yang agak berumur daripada hamper dilanggar oleh keret tadi sehingga
mereka berdua terjatuh ke tepi.Kepala Hazwani mula mengeluarkan darah apabila kepalanya
terhantuk di bonet kereta yang berdekatan.

“Ya Allah,nak maafkan mak cik.Ya Allah kepala kamu berdarah ni”,wanita tadi kelihatan agak risau
dengan keadaan Hazwani yang sedang berusaha untuk menahan kesakitan yang dialami.Namun
Hazwani hanya mampu tersenyum.Hatinya berasa lega apabila dapat menyelamatkan nyawa
wanita itu.

“Saya ok je aunty.Janji aunty selamat.”
“Ya Allah nak,kamu dah macam ni pun kamu kata masih ok.Mari aunty bawa kamu ke klinik”,wanita
tersebut cuba untuk memapah Hazwani bangun daripada terus terbaring tetapi ditolak lembut oleh
Hazwani.Hazwani cuba untuk bangun dengan susah payahnya.

“Tak apa aunty baliklah dulu.Saya ok jangan risau.”

“Takkan aunty nak biarkan kamu dekat sini sorang-sorang.”

“Tak apa aunty,nanti saya call kawan saya.”

Wanita tua iu berasa serba salah untuk menginggalkan Hazwani.Sudahlah kerana untuk
menyelamatkannya,gadis itu sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri.Hazwani dipandang lama
oleh wanita itu.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now