BAB 13

4.2K 111 0
                                    

HAZWANI'S POV

Rasanya aku ada masalah besar sekarang ni.Kalau balik rumah mama sah dia suruh aku masak.Aku dahlah hancur bab masak memasak ni.Allahhhh tulah dulu ibu ajak masak kau malas.Sekarang padan lah muka.

Aku segera mencari telefonku di dalam beg tangan.Aku perhati Afiq begitu asyik memandu sambil menyanyi kecil mengikit rentak lagu yang dipasang.Tak ku duga suami aku begitu kacak apabila dilihat sebegini.

Tujuan aku cuma satu sekarang,memgadu pada babes akulah sekarang ni.Sebaik sahaja membuka aplikasi whatsapp aku menerima beratus ratus mesej.Almaklumlah semalam seharian aku tidak memegang telefon akibat kesibukan dengan majlis aku.Dan inilah habuan untuk aku..Aku menaip laju di dalam satu group whatsapp.

Hazwani Izzati
Babe!

Dania Maisara
Yes babe.How your last night?Fun?

Amboi minah ni.Tahulah belum kahwin sibuk tanya malam orang.

Hazwani Izzati
Fun babe.Tak sangka tua-tua pun berbisa hahaha😂

Nurul Amelia
Uish ni yang buat aku tak sabar nak kahwin ni.Nak suruh Adib masuk minang cepat-cepatlah.

Dania Maisara
Untunglah masing-masing dah berpunya.Aku sorang je yang masih solo molo apollo.Hah apahal kau ni Wani?Mana cik abang?Tak layan ke?

Hazwani Izzati
Ada ni haa kat sebelah tengah drive.Babe aku ada masalah besar ni.

Aku perasan bahawa Afiq cuba-cuba untuk membaca mesej aku.Aku menjelirkan lidah kepada Afiq.Tanpa diduga Afiq menarik pipi aku lembut.Walaupun lembut tetapi cukup sakit.

Dania Maisara
Ni konfem otw balik rumah mentua.Aku tahu masalah kau.Konfem kau tak reti masakkan.Hahaha aku kenal kau lah Wani.Dari dalam perut aku dah tahu.

Nurul Amelia
Haah babe.Itu jela masalah terbesar kau kan.Ahhh ko layan je mak Afiq tu.Nanti dia ajar lah.

Wahhhh nampaknya soal tak reti masak ni amat mudah bagi mereka.Almaklumlah aku sorang je antara kami bertiga yang tak reti masak.Tapi kalau bab artis aku yang palinh expert.

Hazwani Izzati
Senanglah cakapkan.Aku ni yang kena hadap.Please tolong aku.

Aku tidak sempat untuk membaca whatsapp yang seterusnya kerana Afiq memberitahu aku bahawa kami telah tiba di rumah keluarganya.Rumahnya memang agak besar.Almaklumlah Afiq Asyraf ni anak Tan Sri.Jadi tidak hairanlah rumahnya seakan istana.Walaupun beberapa kali juga aku pernah ke sini aku masih terpegun melihat keindahan rumah keluarganya.

"Sayang apa ternganga tu.Bagi salam.Abang nak angkat barang dari boot ni",aku bagi salam?Oh no!Malu doh.

Dengan keadaan terpaksa namun ku relakan melangkah menuju ke pintu utama.

"Assalamulaikum",aku menjerit nyaring.Ni kalau bibik tak dengar juga memang aku korek telinga bibik tu sampai putus.

Beberapa kali aku memberi salam akhirnya pintu terbuka daripada dalam.Ohhh leganya melihat bibik di muka pintu.Walaupun agak lama untuk bibik membuka pintu namun aku lega bahawa penderitaan kaki ku hakal berakhir.

"Ouh Puan Hazwani rupanya.Masuklah dulu.Saya panggilkan Puan Sri di atas ya",pembantu rumah Afiq sudah mengenali aku.Keluarga Afiq cukup bijak kerana mengupah orang tempatan sahaja untuk bekerja dengan keluarganya.Alasannya kerana orang tempatan lebih mudah untuk bergaul berbanding dengan warga asing.

Aku melihat Afiq bermandi peluh mengangkat barang-barang daripada bonet kereta.Apa salahnya aku sebagai isteri mithali membantu suami.

"Abang meh Wani angkat beg ni masuk",aku sudah mencapai beg kepunyaan Afiq tetapi dihalang keras oleh Afiq.

"No sayang.Wani masuk biar abang sendiri yang angkat.Nanti abang mintak tolong Pak Rudy angkatkan beg-beg ni."

"Haish degilkan."

"Wani...Afiq...Kenapa tak masuk lagi ni?"kelihatan mama menjerit memanggil aku dan Afiq dari muka pintu.Aku segera mendapatkan mama dan menyalaminya.

"Abang Afiq tu kan ma Wani nak tolong pun dia tak bagi",nampaknya aku sekarang ni cuba memancing perhatian mama.Ehh acah-acah menantu mithali padahal masak pun tak reti.

"Hah startlah tu nak mengadu dengan mama",aku tergelak kecil melihat muka Afiq yang sedang menahan panas.

Mama mengajak aku masuk ke dalam membiarkan Afiq di luar.Walaupun baru dua hari bergelar menantu kepada Puan Sri Anne tapi aku cukup selesa bersamanya.Kerana bukan sekali dua sahaja aku bertemu dengannya.Boleh dikatakan tiap-tiap minggu Afiq akan menjemput aku ke rumah keluarganya.

Betullah orang cakap kita buat baik pada orang mesti di balas baik.Aku buat baik kat mama Afiq tup tup dapat kahwin dengan anak dia.Dahla handsome.Ehhh handsome ke?Adalah rupa untuk buat hati aku bergetar setiap kali dekat dengan dia.

"Wani",mama sudah boleh memanggil nama ku Wani.Dulu kemain kaku asyik panggil Zati je.Bukannya apa aku kurang gemar dengan panggilan Zati.Tapi bengap jugak aku ni.Aku yang kenalkan diri aku dulu sebagai Zati.Nasib mak mentua dah reti panggil nama manja.

"Yes ma",sebagai menantu yang baik lagikan terunggul aku menjawab panggilan mama dengan lembut dan senyuman yang manis yang mampu memcairkan hati abang Afiq.Auch gatal sangat sekarang.

"Memandangkan Wani ada ni teman mama masak.Mama teringin juga nak rasa air tangan menantu mama",berdesup kejung aku di situ.What the hell?Tak sangka sangkaan aku sikit pun tidak meleset.Benda ni wey?Masak?Jahanam doh.

"Errr Wani...emmmm",aku tidak tahu untuk membalas apa-apa.

Mama segera menarik lenganku ke dapur.Aku tidak ada pilihan lain.Terpaksa lah acah-acah tahu masak nampaknya.

"Wani tahu tak makanan fav Afiq ape?",aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.Memang patutlah aku tak tahu.Aku baru jadi bini dia semalam takkan nak tahu semuanya.

"Tak apa mama faham.Lagipun perkahwinan ni diatur bukan atas kehendak Wani.Tapi mama ucapkan terima kasih banyak-banyak",mama tiba-tiba memelukku.Aku membalas kembali pelukan wanita tua walaupun aku sendiri tidak tahu kenapa mama mengucapkan terima kasih kepada aku.

"Kenapa mama cakap terima kasih kat Wani?",mama meleraikan pelukannya.

"Mama tahu susah untuk Wani kahwin dengan lelaki yang umurnya jauh beza daripada Wani.Tapi mama terlalu bersyukur kerana ada juga perempuan yang sanggup terima anak mama yang dah tua terlajak tu."

"Hahaha mama ni.Abang Afiq baru 30 tak ada makna tuanya",aku tergelak kecil.Terpaksa gelak cover ni oi.Kalau tak mahu aku gelak kuat-kuat ni.

"Wani gelakkan mama pulak",mama mencuit hidung aku.

"Ma,Wani cuba untuk sayang abang Afiq.Jangan risau anak mama tu sihat walafiat selagi Wani ada di sisi dia",ni kalau aku biarkan memang jadi drama tv3 pukul u ni kang.

"Mama emo sangat Wani bila Wani cakap Wani cuba sayang Afiq tu.Ni kalau mama cakap lagi tak makan tengah hari kita kang",aku lega melihat mama tergelak kecil.Sekurangnya aku telah melegakan hati wanita itu.

Apabila mama sudah mula mengeluarkan bahan-bahan masakan aku hanya mampu tercegat memerhati.Sumpah nak nangis weyh tak reti masak ni.

"Kenapa diri je tu?Tolong potongkan apa yang patut untuk mama",aku rasa inilah masa yang sesuai untuk berterus-terang dengan mama bahawa aku memang tak reti memasak.

"Wani sebenarnya....",aku masih teragak-agak.

"Kenapa ni Wani?"

"Wani tak reti masak."

"Apa?!"aku terkejut mendengar teriakan mama

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

"Mama tak kira.Afiq mesti hantar Wani tiap-tiap hujung minggu ke rumah mama.Belajar masak",apa?Habislah aku kalini.Tulah sebelum kahwin tak nak cakap awal-awal.

"Walaupun Afiq outstation Wani kena tetap datang rumah mama.Faham?"sambung mama lagi.

Apa yang aku boleh buat sekarang ikut sahaja kehendak mama.Aku lihat Afiq pun gerun dengan mamanya.Baru aku tahu begini rupanya mama saat marah.Allah aku rasa sungguh berdosa.Kerana aku Afiq pun turut dimarahi oleh mama.Nasib Afiq seorang anak yang baik san tidak melawan kata-kata mama.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now