BAB 33(FINALE👏🏻)

5.4K 90 4
                                    

Wani menarik nafas sedalam-dalamnya.Bekas ibu mertuanya,Puan Sri Anne memberitahu Afiq akan pulang ke Malaysia pada hari tersebut.Jadi,tiada salahnya jika dia menyambut kepulangan Afiq dengan satu khabar gembira yang amat ditunggu oleh Afiq.Wani amat yakin dengan keputusan yang telah dipilihnya.

Balai ketibaan daripada antarabangsa sesak dipenuhi oleh manusia-manusia.Pastinya antara mereka menunggu orang yang mereka sayangi.Tidak kurang juga Wani,yang sedang menunggu orang yang bakal memimpin keluarganya kelak.

"Hmm lambatnya", Wani mendengus perlahan.

Jam yang dipakai di pergelangan tangannya dipandang berulang kali.Sudah 30 minit masa berlalu,namun bayang Afiq langsung tidak dilihat olehnya.Pasti ada sesuatu perkara yang mustahak sehingga Afiq lambat begini.Wani hanya berfikiran positif sahaja.

Derapan tapak kaki menarik perhatian Wani.Derapan tapak kaki itu semakin kuat kedengaran menandakan orang tersebut menghampirinya.Namun seketika kemudian,dia tidak mendengar derapan tapak kaki itu lagi.Lantas Wani memalingkan badannya ke belakang untuk mencari dan mendengar derapan itu semula.

Wajah Afiq betul-betul dihadapannya.Wani terdiam membisu.Tiba-tiba lidahnya menjadi kelu untuk mengeluarkan kata-kata apabila berhadapan dengan Afiq.

Afiq memandang Wani yang kini berada di hadapannya dengan lama.Dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kata-kata sebelum Wani memulakannya kerana dia takut dia akan kecewa dengan sebab kehadiran Wani ke sini.

" Emmm Wani..Wanii",teragak-agak untuk Wani memulakan bicaranya.Afiq hanya diam membisu sejak daripada tadi dan hanya memerhatinya sahaja membuatkan Wani kurang selesa.

"Kalau saya cakap awak tak marah kan?"

"Buat apa abang nak marah kalau sayang belum cakap apa-apa lagi", balas Afiq tanpa sebarang reaksi pada wajahnya.

" Emm",Wani agak sedikit kecewa dengan Afiq ketika itu.Fikirnya Afiq langsung tidak mahu melayaninya ketika itu.

Afiq diam tanpa berkutik seinci pun.Dia tetap cuba untuk menahan diri daripada bercakap dengan Wani.Wajah itu yang telah membuatkan jiwanya tertutup untuk mana-mana perempuan.Sudah semestinya Afiq tidak mahu mendengar perkara yang bakal menyakitkan hatinya daripada mulut gadis itu.

"Sebenarnya..Wani..Tak tahu macam mana nak cakap", dalam kereta tadi kemain dah susun ayat kemain baikkk punya,bila berhadapan dengan Afiq segalanya hilangkan bagaikan debu di dalam udara.

" Don't waste my time.Still lots of works can I do",Afiq terus berlalu pergi bersama beg bagasinya meninggalkan Wani yang masih belum mampu untuk menyuarakan tujuannya ke situ.

"Saya nak kahwin dengan awak!", jerit Wani tanpa menghiraukan ribuan mata yang sedang menonton mereka sekarang.

Langkah Afiq terhenti.Hatinya terdetik mungkin itu cuma suara perasaannya sendiri.Tetapi apabila Wani mengucapkan semula kata-kata itu cukup meyakinkan itu adalah suara milik Wani.

" Saya nak kahwin dengan awak.Saya tak nak lagi pisah dengan awak Afiq.Saya nak awak sentiasa berada di sisi awak sampai akhir nyawa saya",kedengaran bunyi tangisan di hujung bicara Wani.Air mata mula mengalir di pipinya.Nampaknya dia berjaya meluahkan isi perasaannya ketika itu walaupun ramai orang sedang berbisik sambil memandangnya.Biarlah apa kata orang,asalkan dia bahagia.

Afiq menghampiri Wani yang sudah tersedu-sedu menangis itu.Hendak dipeluk,mereka bukan suami isteri lagi.Jadi,terpaksalah menahan sabar sehingga nikah balik nanti.Hehehehe.

"Pandang mata abang."

Wani melakukan seperti yang disuruh oleh Afiq.Cairan jernih juga mula menuruni dinpipi Afiq.Dia masih takut untuk mempercayai itu semua sama ada hayalan ataupun realiti.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now