BAB 30

3.7K 67 5
                                    

9 tahun kemudian..

Seorang pelajar lelaki begitu bosan menunggu ibunya menanda buku-buku muridnya.Tab yang diberi oleh ibunya telah kehabisan bateri menambahkan kebosanan pelajar lelaki itu.

"Ummi,lambat lagi ke?Zarul ocan ni", Zarul menggoyankan tangan kiri ibunya yang masih tidak menghiraukannya.

Wani memandang anaknya.Kadang-kadang berasa kasihan juga kepada anaknya itu terpaksa menunggunya terlalu lama di dalam bilik guru.Kalau ada ayahnya,pasti ayahnya yang akan menjemputnya setiap hari.Menyebut soal ayah,dada Wani menkadi sebak mengingatkan Afiq.Apa khabar agaknya lelaki itu sekarang.

" Ummi dengar tak Zarul cakap ni?",rengekan Zaeul menyedarkan Wani daripada lamunannya.

"Dengar sayang.Kejap lagi kita balik ye.Ummi banyak kerja ni.Zarul boleh faham ummi kan?", Wani mengusap rambut anaknya itu.Zarul mewarisi bentuk rambut persis seperti Afiq.Afiq bapanya sudah pasti Zarul ada sedikit persamaan dengannya.

Zarul hanya muncung sedepa.Tangannya disilangkan ke dada.Wani hanya tergelak kecil melihat rajuk Zarul itu.Bagi coklat tu elok baliklah tu.Macam ummi dia juga.

" Eh Hannan",teriak Zarul memanggil rakannya yang berada di luar bilik guru tersebut.

"Kawan Zarul ke?"

"Haah ummi.Zarul panggil dia eah?", tanpa menunggu persetujuan daripada Wani,Zarul segera mendapatkan Hannan yang masih di muka pintu.

Hannan dan Zarul berjalan seiringin menghampiri Wani.Wajah anak gadis itu persis dengan seseorang yang amat dikenalinya tapi otaknya ketika itu tidak dapat memproses siapakah orang tersebut.

Hannan menghulurkan tangan mahu bersalaman dengan Wani.Wani membalas semula huluran tangan itu dengan ikhlas.Hannan mengucup tangan Wani membuatkan wanita itu berasa seolah-olah dia mempunyai anak perempuan.

"Nama siapa sayang?", soal Wani kepada gadis genit itu.

" Nama kita Hannan Safura.Cikgu Wani tak marahkan Hannan kawan dengan Zarul?",soalan gadis itu menyebabkan Wani tergelak.Soalan yang dirasakannya mencuit hati itu benar-benar menghiburkannya petang itu.

"Sedap nama Hannan.Ehh kenapa pula cikgu nak marah?Kalau Hannan suka anak cikgu pun cikgu tak kisah", Wani mengelus lembut wajah Hannan.Dia merasakan dia amat rapat dengan gadis itu.Wani sendiri tidak tahu mengapa.

" Cikgu ni buat Hannan malulah",nampak sangat gadis itu ada memendam rasa terhadap Zarul.Manakan tidak,merona merah wajah Hannan apabila Wani berkata begitu.

"Cikgu gurau jelah sayang.Hah ni mana parents kamu?Kenapa tak balik lagi?Dah nak pukul 3 ni", Wani mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di dalam bilik guru tersebut.

" Ayah kata nak jemput Hannan lepas dia baru balik daripada U.K,tapi sampai sekarang tak sampai-sampai.Hannan penatlah cikgu",riak Hannan jelas terpancar bahawa gadis itu cukup kecewa dengan bapanya.

"Kalau macam tu cikgu teman sampai ayah Hannan datang ok?Zarul ok kan?", Zarul yang sedang bermain kukunya tersentak apabila namanya disebut.

Zarul hanya mengangguk menyetujui rancangan ibunya.Wani lantas mengemas meja kerjanya lalu mencapai beg tangannya untuk segera beredar daripada situ.

Mereka bertiga berjalan bersama menuju pondok bas di hadapan sekolah.Hannan dan Zarul begitu asyik berbual dan bergurau.Kadang-kadang Wani juga turut tertawa bersama mereka apabila ada gurauan mereka yang berjaya mencuit hati Wani.

" Cikgu",panggil Hannan kepada Wani.

"Ye kenapa Hannan?"

"Ayah selalu cerita dulu ada sorang perempuan ni cantikkk sangat yang pernah ada dalam hidup dia.Tapi kan cikgu perempuan tiba-tiba pergi sebab dia tak percaya ayah.Kesian kan kat ayah?"

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now