BAB 12

4.5K 101 0
                                    

HAZWANI'S POV

Hari ni hari kedua aku menjadi isteri orang.Aku masih tak sangka aku dah menjadi isteri orang dalam usia aku masih berumur 18 tahun.Suami aku?Aku masih tak tahu apa pekerjaan dia.Tapi aku lihat kehidupannya agak mewah.Aku cuma boleh mengagak dia bekerja di pejabat-pejabat biasa sahaja dan aku tidak boleh menimbulkan sebarang spekulasi pasal pekerjaan dia.

Aku lihat suami aku telah tidur usai aku mandi.Aku hanya mampu berdoa aku masih boleh bertahan jadi isteri dia.Aku berdoa agar aku boleh jatuh cinta pada suami aku.

Teguran Afiq mematikan lamunan aku di balkoni bilikku.

"Eh abang",aku melemparkan senyuman manis kepada Afiq.

"Kenapa Wani termenung?Ingat pasal semalam ke?"

"Tak adalah Wani penat je.Pasal semalam tu Wani mintak maaf ya abang",aku masih diselubungi rasa bersalah mengenai semalam.Mana tidaknya aku rasa amat berdosa apabila lelaki lain cuba menyentuh aku.

Afiq mengambil tempat di sebelah aku.Aku kerap melarikan anak mata aku tatkala dia cuba memandang anak mata aku.Afiq tersenyum sahaja melihat aku yang kurang selesa apabila bertentangan mata dengannya.

"Wani sayang,abang tak pernah ambil hati.Cuma abang nak tahu siapa laki tu?"Afiq memegang tanganku.Aku hanya membiarkan sahaja.

"Dia...dia...dia classmate Wani.Dia selalu cakap dia suka Wani.Tapi demi Allah Wani tak pernah ada hati kat dia."

"Betul ea Wani tak ada hati?",aku hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan suami ku itu.

Afiq menarik aku ke dakapannya.Aku sendiri tidak mengerti kenapa aku berasa selesa berada di dakapannya.Aku membalas semula dakapan Afiq.Ya aku makin yakin dengan perasaan aku.Semoga perasaan aku kekal macam ni sampai bila-bila.

"Wani,sebelum abang outstation minggu depan jom balik rumah mama.Kesian mama dah whatsapp abang bila kita nak balik sana."

"Baik abang.Wani ikut je.Nanti Wani beritahu ibu kita balik rumah mama",aku semakin erat memeluk Afiq.

Aku tahu aku benci Afiq sebelum aku berkahwin dengan dia.Tapi selepas kami diijab kabulkan aku pesan pada hati dan diri sendiri untuk cintakan suami aku.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

"Ibuuuu!!"melilau mataku tercari-cari ibu ubtuk memberitahu yang aku akan pulang ke rumah keluarga Afiq.Namun bayangan ibu langsung tidak ku temui.

Aku berjalan ke sekeliling rumah untuk mencari ibu.

"Waniiiii ibu kat taman ni",aku lihat ibu asyik bermain-main dengan bunga-bunga yang ditanamnya.

"Apa Puan Rosnina ni buat?Penat anakanda mencari ibunda",aku acah-acah merajuk di hadapan ibu.

"Macam tak tahu ibu ni suka bergurau dengan pokok-pokok ni.Nak bergurau dengan anak perempuan sorang pun dok terperap je dalam bilik dengan laki.Apa jela yang dia buat",puh sentap 30 tahun beb ibu cakap macam tu.

"Alah ibuuu...majuk pulak hunny bunny kita ni.Wani nak cakap ni",ibu masih sibuk merebonding pokok-pokok kesayangannya.

"Hah apa?"

"Petang ni abang Afiq ajak Wani balik rumah mama dia."

"Hah baguslah tu.Ingat pesan ibu.Kat sana jangan malas.Wani tu menantu so kena rajin ye.Kalau mama Afiq ngadu kat mama Wani malas siap Wani mama kerjakan",aku suka mendengar nasihat daripada ibu.Walaupun kedengaran agak tegas tetapi cukup lembut.

"Ibu jangan risau.Wani kan menantu yang baik.Sedihlah nak tinggalkan ibu",aku memeluk ibu.Rasa sayu untuk tinggalkan ibu sedangkan aku suka ria balik rumah mak mentua.

Ibu mengusap kepalaku lembut.Kasih sayang ibu mengalir ke dalam diriku melalui sentuhannya.Sungguh aku hiba untuk berjauhan dengan ibu.

"Wani dah besar.Wani dah ada suami.Walaupun Wani dah kahwin Wani tetap anak manja ibu.Jangan lupa jaga Afiq elok-elok ye nak.Walaupun Wani tak suka Afiq.Cuba sayang dia.Hormat dia sebagai suami Wani.Ada masalah selesaikan elok-elok",panjang lebar nasihat ibu yang tetap ku simpan di dalam kepala.Nasihat ibu amat berguna kepada ibu.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

AFIQ'S POV

Kasih sayang anak dan ibu memang tak boleh dinafikan lagi.Aku hanya mampu melihat kemesraan Wani dan ibunya.Aku tahu Wani seorang anak yang manja.Aku janji aku akan manjakan Wani sepertimana ibunya memanjakannya.

"Abang janji.Apa jadi sekalipun abang tetap jadi pelindung Wani."

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

"Sayang!Dah siap belum?"aku amat memahami bahawa Wani seorang yang bersiap agak lambat.Normallah anak muda sekarang.Yang aku nikahi ni belum berapa dewasa lagi.Jadi akulah yang bertanggunggjawab mendewasakan dia.

"Sabarlah abang.Tudung Wani ni awning tak betul!"jerit Wani dari dalam bilik.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala.Ibu di sebelah juga turut menggeleng.

"Sabarlah Fiq.Anak ibu tu memang kalau bersiap 2 3 jam baru siap."

Aku hanya mampu tergelak kecil.Walaupun baru 2 hari merasai menjadi suami orang tapi aku semakin merasai nikmat-nikmat berkahwin.

"Hah Wani dah siap ni."

Dasar belum matang isteri aku ni.Aku memandangnya ke atas dan ke bawah.Serba serbi hitam.Mata aku pun naik juling melihat isteri aku memakai baju seliar tudung semunya hitam.

"Sayang dah tak ada baju lain ke nak pakai?Kenapa hitam lagi?"

"Wani suka lah.Hipster gittew",Wani tergelak kecil dan masya Allah manis dan bahagia aku melihat dia boleh ketawa di hadapan aku.

"Lepasni abang tak nak sayang pakai semua hitam ea.Pakai warna-warni sikit.Ni satu arahan tau."

"Dengat tu ea anak ibu.Suamiiii suamiiiii",ibu seakan-akan menyokong kataku.Aku lihat Wani mula muncung.Tapi itulah salah satu kenapa aku berkahwin dengan dia.Supaya Wani berubah.Bukannya perangai Wani yang teruk.Tetapi Wani terlalu obses dengan hipster.Jadi aku sebagai suami mesti mengubah Wani menjadi matang dan lebih dewasa kerana keluarga menganggap hipster ini hanyalah untuk kanak-kanak.

"Dah sayang masuk kereta.Abang angkat barang ni semua.Apa jelah yang dia bawak dalam ni",ya ini satu perintah daripada aku membuatkan Wani cepat-cepat menyalami dan memeluk ibunya.Sungguh lama Wani memeluk ibunya.Ya aku faham kenapa.

Setelah Wani beredar aku segera menyalami ibu dan mengucapkan selamat tinggal.Aku berjanji pada ibu untuk menjaga Wani dengan baik seperti mana keluarganya menjaga Wani.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now