BAB 26

3.3K 69 0
                                    

Deruan motosikal kedengaran di hadapan pintu pagar rumah mereka.Wani mengagak itu ialah posmen yang kerap datang menyampaikan surat-surat tawaran belajar yang diterimanya.

Usai posmen itu berlalu pergi,Wani segera mendapatkan surat-surat tersebut.Dibelek satu persatu surat-surat itu.Wani hanya mengabaikan surat tawaran sambung pelajaran yang diterimanya.Tetapi,ada satu surat yang cukup menarik perhatiannya.

Gam pada sampul surat dibukanya perlahan.

"Ya Allah!" hanya itu yang mampu diucapkan Wani ketika melihat isi kandungan surat tersebut.Bukan surat.Tetapi gambar!

"Wani!You keluar sekarang!", suara seorang wanita menjerit seperti hendak hilang anak tekak di hadapan pintu pagar rumahnya.Surat tersebut di tinggalkan di atas meja sahaja.

" Ouh cik Lily kenapa ya datang?",baru Wani perasaan,wajah Lily dan wajah wanita di dalam gambar tadi adalah sama.

"Tak payah you nak buat baik dengan I.Mana bakal suami I?", lagak sungguh penampilan Lily haritu.Dengan baju senteng skirt senteng separas peha berwarna kuning.Dengan kaca mata hitam dan beg tangan yang cantik tergantung di tangannya.

" Bakal suami?",soal Wani kehairanan.

"Stop pretending Hazwani.You dah dapat kan semua gambar tu?",soalan daripada Lily cukup mengejutkan.

" Apa suami saya dah buat pada cik Lily sampai cik Lily perlu hantar semua gambar tu pada saya?"

"As you know,your huband peluk I kuat sangat dalam gambar ni.So,no wonder sekarang I sedang mengandung anak dia kan?So dia perlu bertanggungjawab atas perbuatan dia pada I."

Jantung Wani berdegup laju.Gambar yang berada dalan genggaman Lily segera dirampasnya.

"Afiq!Turun kau sekarang!", Wani memanggil Afiq yang berada dk tingkat atas dengan hati yang panas dan membara.

Afiq yang sedang leka membaca surat khabar,tersentak dengan panggilan Wani terhadapnya.Kau?Kenapa Wani memanggilnya begitu.Lalu Afiq bingkas bangun menapak anak tangga menuju ke tingkat bawah rumahnya.

" Apa ni sayang marah-marah?",Afiq dapat melihat kehadiran Lily yang cukup menjelikkan pemandangannya.

"Explain this!", Wani mencampakkan gambar di dal genggamannya ke muka Afiq.Afiq tergamam dengan kelakuan Wani.

Afiq mengutip gambar yang bertaburan di atas lantai.Gambar tersebut cukup mengejutkannya.Tidak mustahil Wani berkelakuan sedemikian.

" Biar abang explain sayang",Afiq memegang bahu Wani tetapi ditepis kasar oleh Wani.Wani menangis tersak-esak sambil memegang dadanya.

Lily yang duduk di sofa hanya ketawa jahat.Nampaknya sebentar lagi rancangan Afiq akan berhasil.

"Explain it without touching me", dalam keadaan teresak-esak Wani tetap juga mahu menegah Afiq daripada Afiq.

Afiq melepaskan keluhan yang berat.Mengapa ini semua terjadi pada dirinya?Apa salahnya?

" Abang terperangkap sayang."

"Kau kata terperangkap?!Heh kalau terperangkap tak ada maknalah budak tu ada dalam perut perempuan tu!Apa lagi yang kau nak cakap?!Kau nak cakap semua ni helah Lily?", panggilan manja Wani terhadap Afiq telah bertukar kepada kau aku.Maknanya Wani ketika itu amat marah.

" Apa kau ni kurang ajar dengan aku?!",darah Afiq telah tersirap dengan kata-kata kesat Wani terhadapnya.

Wani memandang Afiq.Hatinya sudah tidak betah duduk di situ lagi.Dia ingin segera berlalu pergi daripada situ.Wani memlaingkan badan bersedia untuk beredar daripada situ dan mengemas baju-bajunya.

"Mana kau nak pergi?", soalan Afiq menghentikan langkah Wani yang mahu menuju ke biliknya.

"Keluar daripada rumah ni", ringkas sahaja jawapan Wani tanpa memandang Afiq yabg sudah mulai berang dengan kelakuannya.

Wani mula menapak ke tingkat atas.Dia menangis semahu-mahunya.Hatinya kecewa dan terluka.Sanggup suaminya itu melakukan perbuatan terkutuk saat dia sedang mengandung anak suaminya itu.Luka di hati perlu dibawa pergi jauh daripada si peluka hati.

" Apa you ni Lily,I tak buat apa-apa pada you pun.Kenapa you cakap ni anak I?You dah gila ke?"

"No Afiq I tak gila.I cuma nak you.You sayang.Tak ada orang lain", Lily cuba menggoda Afiq,tetapi Afiq hanya mengabaikannya sahaja.

Wani turun sambil menarik beg bagasi.Dia perlu segera beredar daripada situ.Sakit matanya melihat suaminya bermesra dengan perempuan lain.Air mata yang masih tersisa ditubir matanya segara dilap.Dia mahu kelihatan lebih kuat.

" Lepaskan aku",Afiq tergamam dengan permintaan Wani yang secara tiba-tiba itu.

"No and never!"

"Aku boleh hidup sendiri.Aku boleh lahirkan anak ni dan jaga anak ni sorang diri.Dia tak perlukan bapa dia yang buntingkan orang lain saat ibu dia sedang kandungkan anak sah bapanya.Kau bertanggungjawab dekat budak dalam perut Lily tu.Lepaskan aku dengan cara yang baik.Tolong Afiq Asyraf", Wani memandang Lily yang berada di sisi Afiq.Lily hanya tersenyum sinis memandangnya.Nampaknya rancangannya selama ini telah berhasil.

" Hey girl,kau nak keluar,kau keluar sekarang.Biarkan Afiq dan aku bahagia bersama anak kami ni.Pintu keluar tu terbuka luas untuk kau berambus!Dasar perempuan hingusan!"

Tanpa semena-mena,Lily menerima satu pukulan penampar di pipinya daripada Afiq.Tidak sangka Afiq akan bertindak sedemikian.Dipegang pipinya yang mulai merah akibat tamparan Afiq.Wani juga terkejut dengan tindakan Afiq tersebut.

"You diam eh.Sebab you semua benda ni jadi tau."

"I punca semua ni?Hey Afiq,dekat Perth haritu you beria nakkan I kan time tu.So ni bukan salah I sorang.You pun punca semua ni."

Makin lama Wani disitu,makin banyak drama yang dilihatnya.Siapa pun puncanya,dia tetap tidak boleh memaafkan perbuatan Afiq yang telah menduakannya.Kunci kereta,kad kredit dan segala pemberian Afiq kepadanya diletakkan di atas meja.

"Kalau nak sambung salahkan sesama sendiri tunggu aku keluar daripada sini.Here this Afiq.Segala harta kau aku dah letak atas meja tu.Biar aku pergi dengan hati yang tenang.Its okay kau tak nak lepaskan aku.But,kau tunggu surat tuntutan cerai daripada aku.Selamat tinggal dan terima kasih sebab pernah bahagiakan aku", Wani berlalu pergi membawa hati yang lara.Biarlah dia pergi tinggalkan orang yang dia sayang daripada terus diduakan.

" Wani,tunggu jangan pergi.Wani!",Afiq cuba untuk memanggil Wani tetapi tidak diendahkan oleh Wani.Wani telah masuk ke dalam perut teksi yang telah ditelefonnya sejak awal lagi.

"Let her go sayang.We build our happiness here.At your house", Lily merangkul erat lengan Afiq.Afiq hanya membiarkan tindakan Lily tersebut.Bukannya suka tetapi fikirannya menerawang memikirkan pemergian Wani.

"Get out Lily Raisha.I tak nak tengok muka you!", Afiq menghalau Lily.Lily tampak bersahaja mungkin kerana rancangannya untuk meruntuhkan rumah tangga Afiq telah berjaya.

Manakala Wani tetap dengan tangisannya.Pemandu teksi tersebut hanya mampu mendiamkan diri takut menganggu emosi penumpangnya itu.Dia sudah lali dengan keadaan sebegitu.Sudah ramai penumpangnya yang sedemikian rupa.Malahan ada yang lebih teruk daripada itu.Lebih baik berdiam diri daripada dicop sebagai penyibuk rumah tangga orang.Diam ye diam kawan sayang.

🌸🌸🌸🌸🌸

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now