Bab 7

3.8K 97 2
                                    

Tamat sahaja movie yang ditonton sebentar tadi,kami bertiga terus ke restoran yang berada di dalam pusat membeli belah tersebut.Dah memasing malas nak drive mana-mana tempat yang dekat telah menjadi pilihan hati.Aku yang memang dah lama craving chicken chop ni lantas mengajak ke restoran western.Bukan tak reti masak kat rumah,tapi malas.Alah tipulah kalau perempuan tak pernah malas.Ada yang lagi malas daripada aku.

"Kau sekarang ni memang suka craving memacam kan Wani?Haritu dalam whatsapp dok craving ice cream kedai dekat rumah kau lah apalah",haish mak cik Dania ni.Membebel je agak tak penat apa.Aku yang dengar ni pun penat tau.

"Alah craving sikit-sikit je",jawabku separuh merajuk.Dah biasa bagi kami begini.Ada je benda yang tak dipuas hatikan.

"Kau fikir dengan merajuk kau aku nak pujuk.Sorry ok Hazwani Izzati",tudiaaaaaa ego tinggi setinggi KLCC Dania.Eleh ego lebih padahal sayang aku.Nanti aku peluk dia nak pujuk aku lah lepas tu.

Aku tetap menunggu pesanan yang aku order tadi tu dengan penuh kesabaran.Aku harus bersabar memandangkan servis di kedai ini memang lambat.Kalau bukan sebab aku teringin sangat chicken chop tu dah lama aku mengamuk baling kerusi tau.Tapi sebab aku ni perempuan melayu terakhir alah sabar jela.Auch geli mak.

Amelia aku lihat sibuk dengan telefonnya.Ni mesti whatsapp Irham.Hashtag jejaka idaman Amelia sepanjang zaman.Kadang-kadang aku seronok tengok Amelia dan Irham.Cinta yang dipupuk sejak tingkatan 3 nampaknya berkekalan hingga sekarang.Tapi aku lebih advance,tak kenal terus jadi tunang,Dan paling menyayat hati dia tua.Cuba bayangkan nati aku baru 20 lebih dia dah nak 40.Oh tuhan pangkat ayah aku tu.

Sedang aku asyik menunggu makanan,aku dapat menangkap sesusuk tubuh yang aku baru kutuk sebentar tadi.Afiq Asyraf!Apa buat dekat sini.Aduhh.Aku segera menyorokkan muka ku daripada dapat dikesan oleh Afiq,the most awkward guy.Eiiiuuu.Tapi rupa-rupanya usahaku sia-sia belaka,dia berjalan menghampiriku.Oh Tuhan baru sekarang aku dapat melihat betapa tegap badannya.Muka iras-iras Raja Afiq itu membuatkan aku hampir tergoda mlihatnya.Namun perasaan itu cepat-cepat aku buang.Jauh nun ke antartika.Pengaruh boboiboy dohhhhh.

"Zati,what are you doing here?",soalnya kepadaku sambil membuka kaca mata gelapnya.Tampannya.

"Sorry?Who are you?",cepat-cepat Amelia bertanya kerana mungkin terkejut dengan kehadiran Afiq.

"I tunang dia",jawapan itu laju meluncur keluar daripada mulut Afiq.Habislah aku...

"What?Tunang?Wani?Tell me",Dania dan Amelia aku lihat mereka amat terkejut.Salah aku juga yang menghalang ibu dan ayah supaya menjemput rakan-rakanku.Bukan apa,aku malas mereka dok mengutuk belakang aku.

"Err",aku gugup.Tak tahulah sama ada gugup kerana ketampanan Afiq atu takut Amelia dan Dania berkecil hati dengan aku.

"Can I borrow her for a while?",apa lagi kau nak buat ni Afiq?Tanpa aku sedari,Afiq telah pun menarik lenganku sehingga aku terdorong berdiri menghadapnya.Ya rapat...Amat rapat sehingga aku boleh merasa hembuan nafasnya.Nampaknya aku memang sama tinggi dengan dia.Uhhh bangganya.Mata kami bertaut.Aku memandang ke dalam matanya.

"Sorry babe ni bukan drama",teguran Dania menyedarkan aku daripada lamunan.Cepat-cepat aku menjauhkan diri daripada Afiq.Dan seperti lembu dicucuk hidung,aku mengikut langkah Afiq.

Aku turuti langkah Afiq sambil lenganku ditariknya.Aku cukup tak selesa apabila ada lelaki yang memegang tubuh badanku.Ni kalau ayah nampak mesti marah kaw-kaw punya ni.

"Apa you buat dekat sini Hazwani Izzati?",Afiq melonggarkan cengkamannya.

"Salah?Kawan saya kot.Memang kami selalu lepak sini."

"Salah Hazwani Izzati.You are my fiance.I tak suka you melepak buang masa",matanya tepat merenung mataku.Dadaku berombak kencang.Wait!Aku suka dia ke?Aku segera melarikan mataku daripada terus merenung Afiq.

"Wait,awak siapa nak halang saya?Yes saya memang tunang awak tapi salah ke saya keluar dengan kawan-kawan saya sebelum saya jadi isteri 'terpaksa' awak",aku tersenyum sinis.

Aku lihat Afiq agak bengang mendengar perkataan terpaksa yang terpacul daripada mulut aku.Bagus bengangla kau lelama.Aku ni bukan isteri kau lagi ada hati nak halang aku buat itu ini.

"And one more,if awak nak mengadu kat ayah saya,mengadulah.Ayah tahu saya keluar dengan siapa",sambungku lagi lalu berlalu pergi dari situ dalam keadaan marah mengampiri Dania dan Amelia.Nampaknya Afiq telah membuatkan mood aku tidak baik pada hari ini.

"Explain with us Hazwani Izzati",aku baru sahaja ingin melabuhkan punggung di atas kerusi tapi telah mendapat pandangan tajam daripada Dania dan Amelia.

"Sorry,aku memang tak boleh cerita sekarang.Aku nak balik",beg tangan di kerusi sebelah ku capai untuk berlalu pergi.Bukan maksudku hendak mengelak daripada mereka.Mood aku betul-betul hancur selepas kehadiran Afiq.

♥♥♥♥♥

Usai solat Isya' aku duduk di birai katil.Aku lihat telefonku sunyi tanpa sebarang notification masuk.Merajukkah mereka?Adakah mereka terguris hati denganku.Aku memang salah.Aku tidak sepatutnya merahsiakan pertunanganku ini,tapi aku ada alasan sendiri kenapa aku perlu merahsiakannya daripada pengetahuan mereka.

Aku capai telefon lalu membuka aplikasi whatsapp.Sunyi.Tiada satu pun mesej daripada Dania dan Amelia.Selalunya mereka rancak bergosip tapi bukan untuk malam ini.Aku mula menaip sesuatu.

Hazwani Izzati
Guys,are you still mad to me.

Aku meletakkan kembali telefon ke atas meja lalu berbaring.Sejak meningkat dewasa ini,aku banyak menghadapi masalah.Aku benci menjadi dewasa.Kalau boleh aku mahu kembali ke zaman persekolahan yang banyak meninggalkan kenangan manis.

Telefonku masih sunyi.Nampaknya Amelia dan Dania sedang memulaukanku.Maafkan aku.Aku ni bodoh sebab menyorokkan apa yang sepatutnya korang tahu sebagai sahabat susah senang.

Kejadian petang tadi masih terbayang ditubir mataku.Tanpaku sedari air mataku mengalir dipipiku.Hangat.Seandainya aku dapat menceritakan masalahku ini kepada ibu,pasti ibu akan memelukku.Tapi,aku tak mahu memperbesarkan hal yang sudah sedia besar ini.Biarlah aku menanggungnya sendiri.

♥♥♥♥♥

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now