BAB 18

3.8K 84 0
                                    

AUTHOR'S POV

Datin Rosnina mundar-mandir dihadapan suaminya.Masih memikirkan anaknya yang langsung tidak menghubunginya selama 3 hari.Jelas terpancar riak risau di wajah tuanya.Walaupun sudah berumur,namun Datin Rosnina masih kuat untuk mengusahakan butik pengantinnya.

Datin Rosnina langsung tidak gemar menghabiskan duit suaminya untuk berjoli sakan seperti rakannya yang lain.Datin Rosnina lebih gemar untuk berjoli dengan duitnya sendiri kerana baginya duit suaminya itu untuk kegunan keturunannya nanti.

Datuk Azman berasa pening apabila melihat isterinya asyik mundar-mandir dihadapannya.

"Ros dah-dahlah tu pergi sana pergi sana.Pening abang",Dato' Azman memicit kepalanya memberi petanda bahawa dia sedang pening.

"Anak awak tulah dah 3 hari tak contact saya.Risau saya bang",Datin Rosnina mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.

"Anak awak tu pergi dengan suami dia.Pandailah suami dia jaga dia tu",Dato' Azman memicit butang alat kawalan jauh berharapan rancangan di televisyen lebih menarik daripada mendengar bebelan isterinya.

"Senanglah awak cakap.Wani tu jarang jauh dengan saya.Ni lagi pergi Melaka tanpa saya pula tu."

"Datin Rosnina,anak awak ok lah tu.Lagipun menantu awak tu hari-hari call saya beritahu keadaan anak awak tu."

"Afiq call awak and awak tak beritahu saya langsung.Sampai hati awakkan",Datin Rosnina menyeka air matanya.Tergamak suaminya menduakannya ehhhh bukan ada perempuan lain cuma sanggup mengetepikan dirinya dalam soal keselematan anak perempuan tunggal mereka.

"Alah dia selalu call malam time tu awak dah tidur.Takkan saya nak kejut awak pula tengah-tengah malam",balas Dato Azman selamba.

Datin Rosnina hanya diam.Hatinya berasa kecil apabila mengetahui kebenaran.Walaupun pelbagai alasan yang diberikan tetapi berdiam dirj adalah lebih baik.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Wani masih duduk di birai katil sambil tangganya disilangkan ke dada.Hatinya masih marah kepada Afiq kerana lelaki itu sanggup merahsiakan berkenanaan kerjanya daripada Wani.Kecil hatinya dirasakan ketika itu.

"Sayang masih marah abang ke?",Afiq duduk menghampiri Wani.Dia tidak sanggup untik melihat Wani bermasam muka terhadapnya.

Wani hanya diam membatu.Mutiara jernih mula bergenang di kelopak matanya.Diseka perlahan-lahan.

"Abang minta maaf kat Wani selama ni abang tak pernah beritahu Wani apa kerja abang.Takkan pasal isu ni Wani nak masam muka dengan abang",ujar Afiq sayu.Afiq cuba untuk memegang Wani tetapi Wani cepat-cepat menepis.

"Tahu abang yang salah.Tapi abang tak sukalah tengok Wani macam ni.Dahlah sayang."

"Dah habis cakap?",Afiq tersentak.Afiq hanya sekadar mengangguk."Kenapa mesti sorokkan?Apa kedudukan Wani sebagai isteri abang?"

"Kenapa Wani cakap macam ni?",Afiq merangkul bahu Wani dan didakapnya.Tak pernah dia rasa mencintai seorang wanita seteruk ini.

"Kenapa mesti tipu Wani?",Wani cuba untuk meleraikan pelekun itu tetapi Afiq tetap memeluk Wani dengan kuat.

"Sayang pasal kerja je sayang.Abang tak tipu Wani.Cuma tak ada masa yang sesuai nak terus-terang dengan sayang."

Wani tidak membalas.Hanya kedengaran esakan kecil daripada Wani.

"Abang janji kalau abang flight nanti abang tak akan lupakan sayang.Nanti tiap hari kita contact ok?"

Wani hanya sekadar mengangguk.Bila difikirkan balik tak ada gunanya dia terus merajuk.Nanti kalau Afiq tak sayang dia macam mana?Dahla Wani dah jatuh hati dengan Afiq.Payah-payah.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now