BAB 2

6K 140 0
                                    

Hazwani menyelak tirai langsir biliknya.Sinaran mentari menerobos memasuki biliknya dengan ganas sekali menyebabkan Hazwani terpaksa mengecilkan sedikit matanya.Hari baru mestilah dimulakan dengan semangat baru.Semangat baru apanya,pukul 12 tengah hari matahari dah terpacak atas kepala baru bangun.Sekali-sekala,Hazwani merengus lembut memikirkan masa depannya.Keinginannya untuk bekerja terpaksa dilupakan kerana dilarang keras oleh Dato' Azman.Jadi kalau dia hanya memerap di dalam bilik,tidak perlulah bapanya itu berleter.

Langkahnya diorak menuju ke bilik mandi yang berada di dalam biliknya untu membersihkan diri.Hazwani bernyanyi-nyanyi kecil menunjukkan betapa riang hatinya pada tengah hari ting ting itu.Usai mandi,Hazwani mengenakan pakaian kegemarannya ke atas tubuhnya.EHH ayat macam budak darjah satu pula.

"Wani!!!!Dah tak reti nak bangun ke?Orang semua dah nak makan tengah hari ni!!Kenapa tak bangun lagi?!!!!",jeritan Datin Rosnina menyedarkan Hazwani daripada terus berangan membelek dirinya di hadapan cermin.

"Ya ibu,kejap lagi Wani turun!",jerit Hazwani daripada dalam bilik.

Pintu bilik ditutup dengan kemas dan dikunci daripada luar bimbang abangnya akan curi-curi masuk ke biliknya dan mulalah nak jadi CSI selongkar bilik orang.Hazwani segera mendapatkan ahli keluarganya yang berada di meja makan.Kehadiran Hazwani diiringi oleh pandangan tajam bunya.Pasti ibunya akan membebel kerana sejak kebelakangan ini Hazwani kerap bangun lewat.Mana tidaknya,hamper setiap malam dihabiskan dengan menonton drama korea.

"Lambat bangun dik?Kau mimpi apa sampai matahari dah terpacak atas kepala baru reti nak bangun?Ke mimpi putera kayangan dating meminang?",usikan abang kandungnya,Daniel Izzat hanya dibalas dengan satu jelingan yang tajam.Memang abangnya seorang itu suka menyakatnya sejak kecil.Tak pernah berubah walaupun tinggal beberapa minggu sahaja lagi bakal bergelar seorang suami.

"Niel dah-dahlah tu usik adik tu.Tak selera nanti dia nak makan.Umur dah tua Bangka dah nak jadi suami orang pun masih nak menyakat adik ",Datin Rosnina berusaha mempertahankan anak daranya yang seorang itu.

Hazwani menjelirkan lidahnya ke arah Daniel.Mmemang sejak daripada kecil mereka ibarat Tom and Jerry.Tapi kalau tak jumpa,mulalah sakit demam rindulah apalah.Jeliran lidah Hazwani dibalas dengan satu tumbukan di bahu Hazwani oleh Daniel.

"Niellll",sekali sahaja Dato' Azman bersuara mampu untuk menghentikan segala kegiatan anaknya.

"Tapikan bu,memang tak lama lagi ada putera kayangan nak meminang adikkan?Jadi apa salahnya kalau dia berangan dulu",Hazwani yang baru sahaja hendak meneguk segelas air oren ke mulutnya,terkedu untuk seketika.

"Kau mengarut apa bang?Mabuk tak dapat jumpa tunang kau lah tu",seboleh-bolehnya Hazwani tidak mahu kalah dalam peperangan dia bersama abangnya itu.Tetapi dia masih musykil mengapa abangnya itu bisa mengungkapkan kata-kata sebegitu.

"Lahhh,adik tak tahu ke yang...",kata-kata Daniel termati apabila Dato'Azman memanggil namnaya dengan keras lalu dia menyambung semula menyuakan makanan tengah hari ke mulutnya.

"Ada apa-apa yang ibu dan ayah sorokkan daipada Wani ke?",soal Hazwani dengan wajah penuh persoalan.

Dato' Azman dan Datin Rosnina saling bermain mata menimbulkan lagi persoalan di kepala Hazwani.Hazwani berusaha untuk mendapatkan jawapan daripada abangnya,namun abangnya itu hanya makan tanpa mempedulikannya.

"Ibu,ayah",panggil Hazwani sekali lagi.

"Macam nilah Wani,memandangkan Wani pun dah membesar sekarang,dah habis SPM pun apa salahnya kami mencarikan jodoh yang terbaik untuk kamu.Lagipun ayah Wani ni risausangat Wani tu keluar tanpa berteman,makan pakai apa semua.Ibu dan ayah bukanlah selalu ada dekat rumah.Kami risau dengan keselamatan Wani",lembut sahaja tutur bicara Datin Rosnina.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now