BAB 28

3.4K 71 4
                                    

Surat yang dipegang oleh Afiq itu dibacanya berulang kali.Rasa hendak pitam apabila membaca isi kandungan surat tersebut.Tergamaknya isterinya melakukan itu kepadanya.Air mata jantannya gugur apabila mengenangkan Wani.Isteri yang dicintainya mahu dilepaskan.

Afiq duduk menekur di ruang tamu.Perkahwinan yang baru dibinanya yang baru hendak menginjak 2 bulan hampir musnah begitu sahaja dek kerana orang ketiga.Sanggupkah dia melafazkan talak kepada Wani?Tapi Wani sudah membenci dirinya dan sekarang Wani telah menghilangkan diri.

Kepalanya serabut memikirkan masalah yang menimpanya.Itu belum lagi masalah yang akan datang.Mungkin besar ataupun lebih besar daripada sekarang.Hatinya semakin gundah gulana apabila mamanya memaksa supaya dia berkahwin dengan wanita yang langsung dia tidak cintai atas alasan Afiq mesti bertanghungjawab terhadap kandungan Lily.

Fikirannya semakin kusut.Dia langsung tidak pernah menyentuh Lily.Bagaimana pula Lily boleh mengandungkan anak mereka.Hendak berterus terang kepada Wani,Wani langsung tidak memberinya peluang untuk menjelaskan perkara itu.

Afiq menjerit semahu-mahunya.Afiq sudah tidak kisah dengan keadaan sekeliling.Biarlah jiran-jirannya bingit mendengar jeritannya setiap masa dan setiap waktu,asalkan hatinya lega walaupun tidak beberapa lega.Kecewa.Sungguh kecewa dengan hukuman Wani terhadapnya.

"Abang sayangkan Wani.Mana sayang peegi?!!!!!!"

Afiq akui,setiap kali bersama Wani,tembok egonya pasti runtuh hancur berkecai.Tetapi sekarang?Wani,isteri yang dicintainya tiada lagi di sisinya.

🌸🌸🌸🌸🌸

5 bulan kemudian..

Hari pernikahan Afiq dan Lily telah tiba.Lily adalah orang yang paling teruja menunggu hari tersebut.Walaupun majlis tersebut hanya dihadiri oleh orang terdekat namun Lily cukup gembira apabila lelaki idamannya bakal menjadi miliknya sebentar lagi.Jejaka kacak itu miliknya.Tiada siapa yang boleh merampas Afiq daripadanya termasuklah Wani.

Afiq hanya sugul.Baju pernikahannya hanya dibiarkan tergantung di dalam almari tanpa ada niat untuk menyarungkannya je badannya.Hatinya masih milik Wani.Wanilah satu-satu permaisuri hatinya.Tidak boleh diganti dengan orang lain.

Pintu biliknya berkeriuk menandakan pintu biliknya itu dibuka daripada luar.Afiq hanya memandang Puan Sri Anne mengharapkan mamanya itu akan membatalkan majlis pernikahan itu.

"Belum siap lagi Fiq?Pengantin perempuan dah tunggu kat masjid tu", Afiq dapat melihat Puan Sri Anne hanya mengenakan pakaian yang sudah tersedia di dalam almari bajunya.Puan Sri Anne lanngsung tidak menempah baju baru untuk menyambut menantu baru.Berbeza ketika dia mahu dinikahkan dengan Wani,ibunya itulah orang yang paling teruja dan beria.

" Ma,Fiq minta maaf sebab tak dapat bawa balik menantu mama dalam rumah ni lagi",Afiq menggenggam tangan Puan Sri Anne manakala Puan Sri Anne mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.Walaupun anaknya utu sudah berumur,tetap sahaja manja mengalahkan anak bongsu.

"Tak apa Fiq,walaupun Afiq dah berpisah dengan Wani,mama tetap anggap dia sebagai anak mama.Afiq lepas ni ada tanggungjawab baharu.Didik Lily tu jadi isteri solehah.Kalau tak macam Wani pun sekurangnya reti jaga aib suami ya sayang.Jangan ego sangat dengan Lily tu."

Afiq lantas memeluk ibunya.Dia masih belum menerima hakikat bahawa telah 5 bulan dia berpisah dengan isterinya.Afiq amat mengharapkan dia dapat menemui kembali cintanya yang telah hilang itu dengan kemunculan Wani semula.

"Dah siap sana.Lambat karang tok kadi tunggu", Puan Sri Anne menyeka air matanya yang gugur bersama hingusnya.Dia perlu gembira untuk menyambut menantu baharu.

🌸🌸🌸🌸🌸

" Aku terima nikahnya Hazwani Izzati...ehhhh",Afiq menyedari bahawa sudah 2 kali dia tersasul menyebut nama Wani.Mulutnya langsung tidak boleh menyebut nama Lily Raisha.

"Awak ok tak ni?", soal tok kadi di hadapan Afiq.Kelihatan Lily sudah resah apabila Afiq kerap tersasul namanya.Hanya nama itu sahaja yang meniti dibibirnya.

" Kita mulakan lagi sekali ye?"

Afiq mengangguk.Hatinya berat benar untuk memperisterikan Lily Raisha.

"Aku terima nikahnya Lily Raisha binti Ibrahim dengan mas kahwin Rm1000.00 tunai", walaupun agak gagap untuk dilafazkan namun akhirnya terlafaz juga lafaz akad itu daripada bibir.Lafaz yang ditunggu selama ini oleh Lily.

Saat mahu menyarungkan cincin nikah ke dalam jari Lily,Afiq langsung tidak memandang wanita itu.Hatinya masih benci dan meluat melihat wanita itu dihadapannya.Sanggup menjadikan dia sebagai kambing hitam untuk menutup aibnya yang telah mengandungkan anak luar nikah.Lalu menuduh dirinya yang telah mengandungkannya.

" Afiq,please demi mama",Puan Sri Anne menarik tangan Afiq agar rela untuk menyarungkan cincin itu ke dalam jari manis Lily.

Seorang wanita yang sedang mengandung hanya mampu menangis saat bekas suaminya itu melafazkan akad untuk menghalalkan wanita lain.Wani sudah tidak betah berada di situ.Dia tidak mahu anaknya melihat adegan itu.Cukuplah dia sahaja yang menahan derita.

Afiq yang perasaan akan kehadiran Wani cuba untuk mengejar gadis itu.Tetapi semakin dia mengejar semakin jauh gadis itu berlari dengan membawa perut yang semakin membesar.Afiq menarik lengan Wani agar berhenti daripada terus berlari daripadanya.Wani segera menepis agar tiada prasangka buruk daripada orang lain terhadapnya.Dasar janda gila talak bak kata orang.Hahahaha.

"Mana lagi awak nak pergi sayang.Abang rindukan sayang", tanpa segan silu Afiq tetap memanggil Wani dengan panggilan sayang tanpa menghiraukan mata yang memerhati.

" Sayang?Dah tak ada makna sayang kau dalam hidup aku.Sudahla Afiq.Aku bahagia tengok kau dah nikah dengan Lily.Bahagiakan dia.Jangan kejar aku lagi."

"No,abang cuma nak sayang.Cuma sayang yang ada dalam hati abang.Tolong sayang.Kita nikah balik.Anak kita tu perlukan seorang ayah."

"Ayah?Layak ke kau dipanggil ayah untuk anak aku?Kalau memang betul kau ayah anak aku,kau takkan buat perangai buat anak luar nikah tu!Jadi lupakan aku dan budak ni.Aku bukan isteri kau lagi.Selamat tinggal Afiq Asyraf."

Wani berlalu pergi dan diiringi dengan lirikan sayu Afiq sahaja.Ini lah keputusan yang telah dibuatnya demi masa depannya.Biarlah anak ini tidak mengenali ayahnya asalkan dia tidak kecewa miliki seorang ayah seperti itu.

Mutiara jernih mula mengisi ruangan tubir mata Afiq.Kali kedua dia kehilangan Wani.Dan kali ini nampaknya Wani benar-benar mahu melupakannya.

🌸🌸🌸🌸🌸

Lily membuka pintu bilik.Kemain gembira hatinya apabila Afiq telah menjadi miliknya.Dia hanya butakan mata sahaja melihat Afiq berusaha untuk memujuk Wani supaya kembali kepadanya.Di tahu bahawa Wani takkan kembali walaupun dipujuk dengan pelbagai cara.

"Asal you masuk sini?", soal Afiq yang baru sahaja selesai menbersihkan diri sebelum menunaikan solat isya'

" I kan isteri you,so apa salahnya I masuk sini",Lily bersahaja duduk di hadapan meja solek sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut kerana dipaksa memakai tudung untuk bernikah tadi.Rimas tahu?!

"Since when I anggap you isteri I?"

Lily hanya memandang Afiq melalui cermin sambil tersenyum sinis.Lalu Lily bangun daripada tempat duduknya dan menghadap Afiq yang hanya memakai tuala tersebut.

"Kalau I bukan isteri you,siapa lagi?Perempuan yang tinggalkan you tu ke?", Lily sengaja mmebuat suara menggoda dan cuba memegang wajah Afiw.Tetapi Afiq laju menepis tangan Lily.

" You kena ingat.I tak pernah rela kahwin dengan you.Bilik ni katil ni semua hak milik Wani.You tak layak nak ganti tempat dia.You fikir you ni dah bagus sangat ke macam Wani tu untuk jadi isteri I?Apa jadi sekalipun,Wani tetap isteri I.Now!You keluar daripada bilik I."

"Huh Afiq Afiq.You ni pengecut.And one more.Thank you sebab jadi kambing hitam I ubtuk tutup malu I.I tidur bilik sebelah.You perlukan layanan I,just call me sayang."

Liy keluar daripada bilik tersebut dengan lenggokan yang menggoda mengharapkan Afiq akan tergoda dengannya.Namun segalanya hanya sia-sia kerana nafsu Afiq telah mati untuk wanita lain.Yang Afiq mahukan hanyalah Wani.Satu-satunya isteri Afiq sampai mati.

🌸🌸🌸🌸🌸

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now