BAB 15

3.9K 77 0
                                    

AMELIA'S POV

Tak aku sangka harini Adib akan ajak aku keluar.Selepas berbulan dia tidak menghubungi aku kerana kesibukan kerja akhirnya aku dapat melepaskan rindu kepadanya.Rindu?Eh mestilah.Bakal suami aku kot.Tapi aku tak tahulah kalau dia pun rindu aku jugak.Maklumlah aku ni baru 18 tahun.Dia dah 20+ mesti dia tak ada masa nak fikir pasal aku.

Aku bersiap lawa-lawa kerana Adib menyatakan bahawa aku mesti lawa-lawa harini.Hahahah logik ke?Aku memang hari-hari cantik.Tu pun nak suruh aku cantik lagi.Aku mengenakan baju t-shirt berwarna hitam pemberian Adib dan membiarkan rambut aku lepas tanpa diikat.Biar nampak beralun gitu.

Hanya solekan nipis aku oleskan pada muka.Pakai foundation sikit ukir kening sikit.Contact lens tu wajib pakai.Aku ni jenis rabun tapi malas nak pakai cermin mata.Nampak huduh pulak manusia hipster macam aku pakai cermin mata.

Bunyi hon kereta di luar rumah membuatkan aku tergesa-gesa mencapai handbag dan telefon aku.Adib tu bukan boleh aku lambat sikit.Nanti mulalah dia nak bebel.Ada satu hari tu dia bebel benda yang tak patut dibebelkan.Nasib sayang dan masih boleh bersabar.

"Lambatnya you ni sayang",hah aku belum masuk dalam kereta Honda dia lagi dia dah nak mula bebel.Apa jadi pun tahan jelah telinga.

"Sayang you know me well.I siap lambat",aku membetulkan sedikit rambut aku biar nampak kemas selepas tampak serabut kerana krlam-kabut sebentar tadi.Aku tersengih memandang Adib memamerkan barisan gigi-gigi berpalang aku.

"I know you Amelia.Kalau suruh bersiap memang you yang paling lambat",aku hanya tersengih.Rindu dihati masih belum lepas nampaknya."Kenapa you tengok I macam tu Amelia?I nak drive ni."

"Adib I rindu you tau.2 bulan kita tak meet.Wedding Wani pun you tak datang."

"I sibuklah.You know I baru kerja kan.So takkan I nak mintak cuti",apa punya alasanlah mamat ni.Wedding Wani rasanya hari Ahad.Bukan kr hari Ahad dia cuti?

"You ni kalau nak membongak pun agak-agaklah.Hari Ahad takkan you kerja jugak",aku memuncungkan mulut tanda protes.

Adib menghiraukan aku dan memulakan pemanduannya.Aku masih tidak tahu kemana Adib membawaku.Nak kata ke Pavilion jauh sangat menyimpang ni.Dia takkan tak tahu aku suka chill kat Pavi.Dalam masa yang sama aku boleh usya baju-baju mana yang cantik.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now