BAB 21

3.1K 62 2
                                    

Pintu bilik Afiq diketuk bertalu- talu.Afiq yang sedang mandi di dalam bilik air tergesa-gesa mendapatkan pintu biliknya.Wajah Lily terpempan di muka pintu.Afiq melepaskan keluhan yang agak berat apabila melihat Lily.

"Baby!Jom makan.I lapar sangat ni."

"Malaslah",balas Afiq acuh tak acuh.

"Please sayang",semakin kuat Lily merengek.Afiq merasakan hendak melempang Lily ketika itu.

"Tunggu jap.I siap.You tunggu luar",Afiq segera menutup pintu biliknya dengan kuat.Lily sedikit terperanjat dengan kelakuan Afiq itu tetapi dibiarkan sahaja memandangkan rancangannya untuk mendapatkan Afiq berjalan dengan lancar.Dia hanya berdecit halus sambil tangannya disilangkan ke dada.

Lama menunggu di luar menyebabkan Lily menjadi semakin bosan.Takkan siap begitu lama sekali.Biasanya lelaki paling cepat bersiap.

"Baby you lama lagi ke",Lily mengetuk pintu bilik Afiq dengan kuat.

Afiq hanya membiarkan ketukan itu berlalu.Hatinya masih berbelah bahagi sama ada mahu keluar dengan wanita itu ataupun tidak.Tangannya sudah meramas rambutnya yang cantik terpacak.Ahhh lantaklah serabai ke apa.Kepala dah kusut macam ni.

"Baby!",panggil Lily bertalu-talu."Kalau you tak nak keluar I tak teragak-agak nak pecahkan pintu ni."

Nak pecahkan pintu?Jalan pun tergedik-gedik ada hati nak pecahkan pintu.Tah-tah nanti kasut heels dia tu yang kopak.

Afiq terpaksa beralah memandangkan risau orang yang lalu lalang akan berfikiran negatif apabila melihat Lily yang galak mengetuk pintu persis orang gila.Nafasnya dihela dan memohon kepada Allah agar mengampunkan dosanya kerana telah memungkiri janjinya terhadap Wani supaya tidak melayan Lily lagi..

Pintu dibuka dan wajah Lily kelihatan begitu gembira kerana jejaka idamannya sanggup keluar bersamanya.Lelaki itu tampak segak bergaya dengan t-shirt Polo berwarna biru ditambah pula dengan rambit yang tercacak rapi.Walaupun Afiq sudah berumur tetapi tetap sahaja kacak pada pandangan mata Lily.

"You look so handsome dear",puji Lily sambil membetulkan kolar leher Afiq yang kelihatan agak tidak betul pada pandangannya.Kolar tu senget atau otak Lily yang senget?

Afiq menepis tangan Lily memberi tanda supaya Lily memberhentikan perbuatannya yang tak senonoh itu.Lily yang memakai pakaian yang agak ketat itu dipandang agak lama.Berbeza sangat dengan isterinya yang sentiasa menjaga aurat walaupun pakaiannya serba-serbi hitam.

Lily lantas merangkul lengan Afiq membuatkan lelaki itu semakin tidak selesa.Namun Afiq hanya membiarkan kerana malas memanjangkan cerita.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Seorang gadis kelihatan mundar-mandir diruangan tamu rumahnya.Hatinya risau memikirkan suaminya yang sejak daripada tadi tidak membalas whatsappnya.Sudah beratus-ratus mesej dihantar kepada suaminya tetapi suaminya langsung tidak membaca mesej tersebut.Hatinya menjadi semakin risau.

Wani berusaha untuk berfikiran positif mengenai keberadaan suaminya.Nafasnya ditarik dan dihembus berulang kali untuk menenangkan jiwanya yang sedang bergelora.Jarang suaminya berperilakuan sebegini.Hampir sebulan menjadi isteri kepada Afiq,ini baru pertama kali suaminya begini.

Hazwani Izzati
Abang kat mana?Wani risau dekat abang ni?

Hazwani Izzati
Kenapa tak reply?Dah lupakan Wani ke?

Telefon pintarnya digenggam erat.Masih risau memikirkan keberadaan suaminya.Isteri mana yang tidak risau apabila suami menghilang begitu sahaja.Sudahlah suaminya jauh.Semakin risau dibuatnya.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now