SPECIAL PART FOR MY READERS!🌈

3.6K 85 3
                                    

"Ummi!Ummi!Ohh Ummi!",Zarul mengetuk pintu bilik Wani berulang kali.Hannan yang berada disebelahnya hanya memandang tangan Zarul yang sedang mengetuk pintu bilik tersebut.

Waktu sedang menginjak ke tengah hari tetapi ibunya itu masih belum keluar daripada bilik untuk menyediakan makanan tengah hari.Perut mereka sudah berkeroncong.Ayah mereka pula lesap daripada pagi tadi dengan alasan bertemu dengan rakan.

"Mana ummi ni abang?Hannan dah lapar gila ni",soal Hannan setelah tiada sebarang jawapan daripada ibu mereka.Mulutnya muncung ke hadapan sambil memegang perutnya yang asyik berbunyi daripada tadi.

"Ingat abang pun tak lapar ke?Hannan tak reti masak ke?"

"Hannan manalah reti.Kalau goreng telur tu pandailah."

Zarul mengeluh perlahan.Perutnya benar-benar memerlukan makanan ketika itu juga.Dia cuma mengambil dua keping roti sebagai sarapan pagi tadi.Mana cukup.Dahla badannya gendut.Badan yang gendut memerlukan jumlah makanan yang banyak hahahaah.

"Ummi,bukaklah pintu",kali ini Hannan pula cuba untuk mengetuk pintu.Mana tahu ibunya itu akan membuka pintu jika terdengar suaranya.Namun tiada sebarang sahutan daripada Wani.

"Kenapa anak-anak ayah tercegat kat depan pintu bilik ayah ni?",kedatangan Afiq secara tiba-tiba mengejutkan Hannan dan Zarul yang masih muncung sedepa itu.

"Ummi ni yah daripada pagi tadi tak keluar bilik.Zarul dengan Hannan dah lapar ni tak makan lagi",adu Zarul kepada Afiq yang masih mengusap kepala mereka berdua.

"Ummi tak keluar bilik?",Afiq memandang kedua anaknya itu dengan penuh kehairanan.

Afiq cuba untuk membuka pintu,tetapi gagal.Dia tetap mencuba berulang kali.Hatinya semakin berdebar-debar kerana Wani langsung tidak menyahut panggilannya.Apa terjadi dengan isteri kesayangannya itu.

Afiq menuju ke arah meja bersebelahan dengan tangga.Seingatnya dia menyimpan segala kunci pendua semua bilik di rumah itu di dalam laci meja tersebut.Zarul dan Hannan hanya menjadi pemerhati kepada tindak tanduk ayah mereka.

Setelah mencuba berulang kali akhirnya pintu terbuka.Sekujur tubuh terbaring lemah di atas katil tidak berkutik dengan kakinya terjuntai hingga ke lantai.

"Sayang!",Afiq segera meluru mendapatkan Wani yang tidak menyedarkan diri itu.Ditepuk pipi gadis itu berulang kali memgharapkan gadis itu akan menyedarkan diri.Air mata mula bergenang di kelopak mata Afiq.Dipangku kepala wanita itu di atas ribanya.

"Kenapa dengan ummi ni ayah?",Hannan juga ikut menggoncangkan tubuh ibunya itu yang masih dipangku bapanya.

Afiq hanya menggeleng.Dia sendiri tidak tahu mengapa isterinya tidak sedarkan diri sedemikian rupa.

"Ayah bawa ummi pergi klinik.Hannan dengan Zarul pergi masuk kereta cepat!",tanpa banyak soal,Afiq terus mencempung tubuh Wani dengan segala kudrat yang dimilikinya itu.Keadaan isterinya itu lebih penting berbanding keadaan dirinya ketika itu.

🌸🌸🌸🌸🌸

Cahaya yang menikam matanya cukup memeritkan.Perlahan-lahan Wani cuba untuk membuka matanya.Kepalanya yang masih pening dipicit-picit.Matanya masih tidak boleh melihat dengan jelas.

Tangan Afiq kuat mengenggam tangan Wani.Wani tersenyum tatkala terlihat suaminya itu lena tertidur di birai katil.Namun dia masih tidak dapat memutuskan di mana dia berada sekarang.Otaknya masih belum dapat memproses dengan baik ketika itu.

"Abang",panggil Wani lemah.Belum cukup dayanya untuk bersuara cergas seperti biasa.Mungkin kesan daripada pengsan yang terlalu lama.

Badan Afiq bergerak sedikit.Dia terpisat-pisat bangun.Afiq melemparkan senyumam tatkala melihat Wani telah menyedarkan diri.Hatinya berasa sedikit lega.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now