BAB 23

3.2K 78 0
                                    

Keretanya diberhentikan di hadapan rumah.Rumahnya kelihatan gelap dan tiada lampu yang terpasang.Afiq melihat jam ditangannya.Jam sudah menginjak ke 12 malam.Mesti isterinya sudah tidur.Afiq cukup kenal Wani.Wani seorang yang suka tidur awal.

Pintu rumahnya dikuak perlahan.Gelap.Afiq segera mencari kotak suis.Lampu berjaya dibuka yeahhhh.Tali lehernya dilonggarkan.Penat seharian melayan penumpang di dalam kapal terbang.

Mata Afiq melilau melihat persekitaran rumah.Kemas dan rapi Wani mengemasnya.Tak disangka Wani mampu berdikari dan menguruskan rumah seorang diri tanpanya.

Afiq menaiki tangga menapak ke biliknya.Tujuannya hanya satu.Mahu melepaskan rindu kepada isterinya.Sudah seminggu tidak berjumpa isteri kesayangannya itu.

Tubuh Wani terletak elok di atas katil sedang menikmati mimpinya.Afiq mendekati Wani perlahan-lahan takut menganggu tidur isterinya.

Afiq mengusap pipi Wani.Rindunya untuk menyentuh pipi itu akhirnya terubat jua.Afiq baring disebelah isterinya.Tangannya segera memeluk pinggang isterinya.Andainya Wani tersedar ketika itu dia redha menerima segala tumbukan dan cacian kerana telah mungkir janjinya.

Fikirannya melayang mengingati kejadian yang mampu meruntuhkan rumah tangganya.

flashback

Afiq tersedar daripada pengsan.Dunia yang dilihatnya seakan berpusing-pusing.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menjadi begini.Selepas menemani Lily makan malam dia langsung tidak mengingati apa-apa.

"Dah bangun sayang?",Afiq amat mengenali suara itu.Suara Lily!

"I kat mana ni?",Afiq memicit kepalanya yang masih pening itu.

"Don't worry sayang.Kita dekat syurga kita ni.Kenapa sayang?Pening?"

Lily duduk atas katil yang menempatkan Afiq.Afiq segera menjauhkan dirinya daripada Lily.

"Syurga kita?Apa yang you merepek ni.I nak balik bilik I",bajunya dipakai semula.Seingatnya sebelum dia keluar dengan Lily,dia telah memakai baju.Takkan kepala dia ting tong pula tak nak pakai baju.

"Wait sayang.Kenapa gopoh gapah ni?Kita belum habis have fun",tangan Afiq ditarik oleh Lily untuk mendekatinya."Afiq Asyraf you will be mine and always mine.Nobody can get you except me.Please don't go",Lily mengelus wajah Afiq.Afiq segera menepis tangan itu agar tidak terus menyentuhnya.

"Perempuan gila!",Afiq menuju ke arah pintu untuk segera beredar daripada situ.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now