BAB 22

3K 74 0
                                    

Pintu rumah anaknya diketuk berulang kali.Loceng yang terhias di tepi pintu ditekan berulang kali.Wajah wanita tua itu tampak cukup risau memikirkan keadaan menantunya yang bersendirian di rumah.Suaminya yang berada di sebelah juga cukup risau apabila menantunya itu tidak muncul-muncul lagi.

Macam mana ni abang?",soal Puan Sri Anne kepada suaminya.

"Saya pun tak tahulah.Cuba awak bagi salam."

Berkali-kali Puan Sri Anne memberi salam.Tetapi hampa kerana salam itu tidak disahut oleh sesiapa.

"Haritu Afiq ada bagi kunci spare pada awak kan?",soalan Tan Sri Farhan hanya dijawab dengan anggukan daripada Puan Sri Anne sahaja.Segera dikeluarkan segugus kunci daripada dalam beg tangan mewahnya.

Berulang kali Puan Sri Anne cuba membuka pintu tersebut.Akhirnya pada percubaan kelima,pintu itu berjaya dibuka.Jelas terpancar riak gembira pada wajah tuanya.

Puan Sri Anne dan Tan Sri Farhan mencari-cari susuk tubuh menantunya.Alangkah terperanjatnya apabila melihat menantu mereka terbaring di dapur dan serpihan kaca berselerak di sekelilingnya.

"Ya Allah menantu aku!",jerit mereka serentak.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Baju yang bergantungan yang dipamerkan satu pun tidak menarik perhatiannya.Niat Dania hanyalah ingin berpusing-pusing sahaja di dalam kompleks membeli belah itu.Dania mahu mencari sedikit kekuatan kepada dirinya selepas beberapa hari terkurung di dalam rumah akibat gangguan emosi.

Kedai-kedai yang berada di situ dipandangnya lemah.Dania hanya mampu menolak pelawaan jurujual untuk membeli di premis mereka.

Gerak gerinya diperhatikan oleh seseorang lelaki yang bertubuh agak tinggi dan kurus.Lelaki itu tahu bahawa dialah punca Dania menjadi begitu.Agak cenkung dan kurus.Bawah matanya hitam mungkin kerana kerap menangis.Lelaki itu membuat andaian.

Lelaki itu hanya mampu membuntuti langkah Dania ke sana dan ke sini tanpa ada niat untuk menyapanya.

Dania merasakan ada sesorang yang mengekorinya.Tetapi perasaan itu segera dibuang jauh-jauh kerana siapalah yang mahu mengekori gadis selekeh sepertinya.Baju yang dipakainya diturunkan sedikit untuk menutup punggungnya.

Dania mengambil tempat duduk di salah satu kerusi yang disediakan untuk melepaskan lelah.Wajah Irfan Harith terlayar di benak fikirannya.Sunghuh dia merasa rindu untuk bersama dengan lelaki itu.Tetapi dia ego dengan menidakkan perasaanya itu di hadapan Amelia dan Wani.

"Dania",Dania tersentak daripada lamunan apabila terdengar seseorang menyapanya.

Irfan Harith!Itulah lelaki yang mengekori Dania sejak daripada tadi.Sapaan Harith sungguh mengejutkan Dania yang sedang bersedih.

"Dania,saya minta maaf sayang."

"Dania hanya menghiraukan kata-kata Harith dan segera mencapai tas tangan disebelahnya ubtuk beredar daripada situ.Dia malas dan malu untuk berhadapan dengan lelaki yang banyak menghancurkan hatinya itu.

Tangan Dania ditarik oleh Harith.Pergerakan Dania terhenti dan Dania hanya mampu memandang segenap wajah Harith.

"Lepaskan",sepatah sahaja kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Dania.

Harith menggeleng menandakan dia tidak akan melepaskan genggamannya itu.Dania mendengus perlahan.Rimas dengan perilaku lelaki itu.

"Dania,tolong jangan pergi",rayu Harith.

"Lepaskan",hanya itulah perkataan yang dituturkan Dania.

"Tolong Dania,saya tak sanggup kehilangan awak."

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now