Bab 8

3.9K 92 2
                                    

Tanpaku sedari sudah 5 bulan aku menjadi tunang si mamat poyo Afiq tu.Ni bermakna ada lagi sebulan aku hidup membujang sebelum jadi isteri orang.Menjadi isteri orang dalam keadaan terpaksa.Sediakah aku untuk menjadi ister
i yang solehah sedangkan aku sendiri masih belum bertaubat.Ya ALLAH,bantu hambaMu yang sedang runsing ini.

Tapi ada sesuatu yang masih menganggu fikiranku.Aku masih berfikir apakah pekerjaan sebenar Afiq?Aku lihat bajunya agak mewah dan daripada pemerhatian aku Afiq bukan biasa-biasa kerjanya.Afiq selalu meghilang.Aku naik runsing memikirkannya.Yang aku paling pelik,dia sudah berumur 30 tahun tapi wajahnya masih kacak dan muda.Aku harap jiwanya juga begitu.

Aku masih terbaring di atas katil memandangkan hari ini merupakan hari Sabtu.Tiada apa yang boleh aku lakukan kerana semua kerja rumah telah diselesaikan oleh bibik.Kacau ibu?Haa great idea.Tapi rasa malas pula hendak turun ke bawah.Jadi aku mengambil keputusan untuk menarik kembali selimutku lalu tidur hingga ke tengahhari.Yippi..

Sedang aku ingin memejamkan mata,telefonku berdering menandakan panggilan masuk.Aduhh siapa pula kacau aku pepagi buta ni.Aku lihat nama 'Mamat Poyo' tertera di skrin telefonku.'Mamat Poyo' adalah gelaran untuk Afiq.

Aku:Hello nak apa?*jawabku acuh tak acuh.*

Afiq:Are you still on the bed Zati?

Aku:Yes why?

Afiq:Get ready now and I'll pick up you.Nowww!!*jeritnya nyaring.Woi sakit telinga aku*

Aku:Yelaa tak payahla jerit.

Aku segra menamatkan panggilan.Mana lah dia nak bawa aku pepagi gini.Woii kacau mood aku betulla.Kalau ada si Afiq tu depan mata,dah lama aku karate tengkuk dia sampai tengleng.

Aku bingkas bangun.Rambut serabai doh.Ni bakal laki nampak konfem kena kecam sepanjang zaman.Aduhhh malasnya nak siap.Boleh tak keluar pakai selekeh?Nak gak tengok bakal suami dapat terima kita ke tak kalau selekeh.Yes kau bijak Hazwani Izzati.Kesimpulannya aku pakai seluar slack,baju t hitam ni wajib hitammmmmmm dang tudung bawal.Wah cukup selekeh.Tapi biasanya aku bukan lagi selekeh kot.

Menunggu Afiq Asyraf ni memang perlu kesabaran yang tinggi.Mananya tidak,dah 30 minit aku tunggu dia.Bayang kereta dia pun aku tak nampak.Tak tepati masa.Sorry bukan pi!ihan aku kalau gini.

"Wani nak keluar pergi mana?",aku terkejut dengan kehadiran ayah secara tiba-tiba di ruang tamu.

"Ouh ayah rupanya.Terkejut Wani",aku mengurut dadaku untuk menghilangkan rasa terkejut sebentar tadi."Entahlah ayah.Afiq pagi-pagi dah call suruh siap nak keluar",sambungku lagi sambil memuncungkan bibir ke hadapan.Mintak simpati ayah sikit.Tak salahkan.

""Afiq?Panggillah panggilan elok sikit kat bakal suami tu Hazwani."

Aku mengerutkan dahi.What?Salah ke aku panggil Afiq?Dah sah tu nama dia."Maksud ayah?"

"Panggillah abang.Bagi biasa sikit nanti lepas kahwin tak kaku",ayah menarik surat khabar yang sudah tersedia untuk dibaca.Eiii gelinya panggil abang.Paling layak pak cik kot.Dia tua kan.Memang layak lah tu panggil pak cik.

"Ayahhhh,Wani masih muda untuk panggil panggilan itu semua.Panggil dengan panggilan nama it's more better right?"

"No!Abang!",tegas ayah lagi.Aku terus duduk berteleku malas hendak bercakap dengan ayah.

Sejurus kemudian,terdengar deruan enjin kereta di luar.Aku pasti itu Afiq.Tangan ayah segera aku salami lalu memakai high heels.What?Bila masa aku ada heels ni?Aku segera memasuki perut kereta Afiq.Tempat duduk belakang semestinya.

"Hello lady.I bukan driver you yang you nak duduk belakang macam datin",Afiq hanya memandangku daripada cermin pandang belakang.

"Yela-yela",dengan malasnya tambah dengan terpaksa aku beralih tempat duduk ke hadapan.Wow handsomenya dengan t-shirt polo,rambut belah tepi ada jambul sikit pakai speck hitam.Memang cukup perfect.Aku terpegun memandangnya seketika.

"Handsome sangat ke I ni you nak tenung lama-lama?",kata-kata Afiq menyedarkan aku daripada lamunan.Aku cepat-cepat memandang ke hadapan.Lama-lama aku tenung dia makin aku jatuh cinta kat mamat poyo ni kang.Perlahan-lahan kereta Afiq meninggalkan perkarangan rumah.

♥♥♥♥♥

"Nak pergi mana?",Afiq memecahkan suasana yang senyap sunyi yang menguasai kami berdua.

"Up to you",jawabku ringkas.

"Hek eleh minah ni",aku lihat Afiq masih fokus memandu tanpa sedikit pun melihatku disisinya.Huaaaa.

"Awak yang ajak saya keluar.Awakla yang patut tahu nak bawak saya pergi mana",ye aku jenis yang suka melawan.Ni lah hobi di masa lapang.Muahahahaha.

Afiq menghiraukan ku dan terus fokus kepada pemanduannya.Wajah Afiq yang dilihat daripada sisi benar-benar membuatkan aku cair.Aku jatuh cinta ke?Ehhh tak mungkin.Aku tak suka dia,dan dia tak suka aku.Tapi kalau betul aku jatuh cinta kat dia macam mana?Apa jadi pada aku kalau 3 bulan lepas kami kahwin dia ceraikan aku macam mana?Aku rasa aku akan jadi orang paling meroyan masa tu.

Kereta Afiq terus meluncur laju membelah jalan raya yang lengang memandangkan hari ini hari Sabtu.Akhirnya aku terlena dan aku terjaga apabila menyedari kereta Afiq tidak lagi bergerak.Aku membuka mata perlahan-lahan.Sakit woi mata.Aku lihat dihadapanku terdapat sebuah kedai atau lebih dikenali sebagai butik.Butik pengantin?Apahal pulak mamat ni bawak aku pergi sini.

"Awak?"

"I tahu apa yang you fikir.Kita fitting baju.Mama suruh",aku mengeluh panjang.Aduh perlu ke?

"Ok",aku turuti sahaja langkah Afiq.

♥♥♥♥♥

Whatsapp-whatsapp daripada Haikal aku hambarkan sahaja.Kebanyakan whatsappnya hanya berkisarkan ayat-ayat cinta yang bakal membuatkan aku muntah hijau berbaldi baldi.Aku sedar kedudukan aku sekarang yang bakal menjadi isteri orang tidak lama lagi.Jadi,aku sepatutnya tidak melayan mana-maa lelaki sesuka hati tanpa sebab yang penting.Zaman keriangan aku bakal berakhir pada bulan hadapan.Tanggungjawab ibu dan ayah bakal terlerai.Aku dah besar.Aku mesti boleh memghadapinya semua.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now