BAB 24

3.3K 71 0
                                    

Usai meletakkan barang-barang yang dibeli sebentar tadi ,Afiq segera masuk ke dalam kereta.Dia menolak permintaan Wani untuk menolongnya memasukkan barang-barang ke dalam perut kereta dengan alasan tak mahu Wani kepenatan dan Wani berpanasan.Alasan yang cukup logik dan berkesan kerana Wani memang seorang yang tidak tahan akan cahaya matahari.

"Nak makan mana?", soal Afiq sejurus sahaja masuk ke dalam kereta.

Dilihat Wani yang berada disebelahnya.Gadis itu sedang menikmati coklat yang sentiasa disimpan di dalam tas tangannya.Entah berapa banyak stok coklat dalam tas tangannya itu.

" Coklat lagi?",Wani hanya tersengih mempamerkan susunan giginya yang pastinya terselit coklat yang sedang dimakannya.

"Abang,Wani teringin makan nasi campur kat kedai Pak Seman tu.Emmm asam pedas dia..Sedapnya", Wani menjilat-jilat bibirnya sambil membayangkan asam pedas Pak Seman yang dimasak bersama daun kesum bukan ketum hahaha.Pastinya memikat selera ibu mengandung ini.

Sejak akhir-akhir ini,selera makan Wani cukup berubah.Wani yang sudah sedia maklum bahawa dirinya sudah berbadan dua itu tidak hairan jika tekaknya mahu makan itu dan ini.Afiq yang langsung tidak tahu menahu hanya memandang pelik kepada Wani.Kerana sejak dia pulang daripada bekerja,Wani semakin kuat makan lebih daripada biasa.

" Yakin nak makan kat kedai Pak Seman tu?",soal Afiq yang masih ragu-ragu.

Wani mengangguk mengiyakan.Afiq sebagak suami mithali hanya menuruti kehendak Wani kerana melihat isterinya ketawa dan gembira cukup membiatkan hatinya itu gembira.

Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata yang cemburu melihat kebahagiaan mereka berdua.Api cemburunya semakin membuak-buak melihat pasangan tersebut masih kekal gembira dengan berjalan berpegangan tangan dan ketawa.

Pemilik mata itu hanya mengekori kenderaan Afiq yang sedang menuju ke kedai makan Pak Seman untuk makan tengah hari.

Wanita itu hanya berhenti di bahu jalan kerana jelik dengan kedai yang dikunjungi Afiq dan Wani.Wanita itu hanya berdiri bersandar di pintu keretanya.Hatinya cukup sakit melihat pasangan itu makan sambil bersuap-suapan.

Kaca mata hitamnya dibuka.Ya,wanita itu ternyata Lily Raisha yang sibuk mengejar Afiq Asyraf tanpa mengenali erti penat.Dengan pakaian yang cukup mencolok mata itu cukup menyakitkan pandangan sesiapa pun.

"Sampai bila je kau boleh bahagia Hazwani Izzati?Aku akan pastikan kebahagiaan kau cuma sampai sini sahaja kerana kebahagiaan yang kau miliku itu milikku", katanya sendirian sambil tersenyum sumbing penuh makna.

❤~❤

"Sayang,mana abang punya dokumen yang abang suruh sayang simpan hari tu eak?"

"Laci dalam bilik", soalan Afiq hanya dijawab ringkas oleh Wani kerana gadis itu leka menonton rancangan yang ditayangkan di televisyen.

Afiq bingkas bangun daripada sofa dan menuju ke dalam bilik mereka.Dibuka satu persatu laci dalam bilik tersebut.Afiq mendengus perlahan kerana sikap Wani yang berubah sejak dia balik daripada Perth haritu.Wani kata dia berbau busuk sedangkan dia baru sahaja mandi.Ajak bermanja pun pelbagai alasan yang diberikan.Tapi kalau bab makan laju je.Jawab pun acuh tak acuh.

Laci pada meja solek Wani di tarik perlahan.Matanya tertancap pada sekeping kad yang menarik perhatiannya.Matanya terbuntang luas apabila melihat isi kandungan surat tersebut.

" Explain this Hazwani Izzati binti Azman Shah",kad yang dibacanya sebentar tadi dicampakkan ke atas meja yang berada di hadapan Wani.

Wani yang sedang mengunyah kacang terhenti daripada meneruskan perbuatannya itu.Wajah Afiq dipandangnya dan dia dapat mengagak Afiq amat marah ketika itu.Dipandangnya kad yang dicampak oleh Afiq tadi.Alamak!Kad check up!

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now