BAB 32

4K 73 3
                                    

"Assalamualaikum,Ummi...Ohhh ummi", Wani memberi salam di hadapan pintu rumah Mak Som

Wani terpaksa lari ke Johor semula memandangkan dia memerlukan ketenangan kerana sepanjang minggu itu pelbagai masalah yang telah datang bergolek kepadanya.Kalau tidak dielak pasti tergilis penyek.

" Waalaikumussalam,eh Wani.Kenapa tak beritahu nak balik ni?",Wani segara menyalami Mak Som.

"Huish datang rumah ummi sendiri pun kena temu janji dulu ke?"

Mak Som hanya gelak melihat rajuk Wani itu.Sekejap sahaja rajuknya itu.Nanti disogok dengan ayam masak lemak ok balik lah tu.Dia cukup mengenali gadis itu kerana 5 tahun gadis itu tinggal bersamanya membuatkan Mak Som semakin mengenali rapat gadis itu.

"Ummi upah ayam masak lemak agak-agak Wani nak merajuk dengan ummi lagi tak?"

"Eh mestilah Wani tak merajuk lagi", sungguh teruja Wani mendengarnya lantas memeluk Mak Som.Mak Som memang reti untuk memujuk Wani yang manja itu.

" Ehem,ummi lupa pada Zarul ke?",Zarul menarik-narik hujung baju kurung Wani.Dia hanya menyaksikan adegan drama ibu dan anak sebentar tadi.Mungkin ibunya akan lepa dan lupa akannya apabila berbual dengan orang lain.Ish ish.

"Salam opah Zarul.Maaflah ummi ni kalau dah jumpa opah,Zarul pun ummi lupa tau", Wani tersengih sumbing.Zarul hanya menunjukkan riak rajuknya tetapi tetap juga menyalami Mak Som.

" Dah buat apa duduk luar ni lama-lama?Jom masuk.Ummi nak masak ni untuk anak ummi yang manja ni",Mak Som mencubit hujung hidung Wani sehingga merah hidung wanita itu.

Wani memimpin tangan anaknya masuk ke dalam rumah yang telah mengembalikan semangatnya semula suatu ketika dahulu.Tetapi rumah itu kelihatan agak kosong.Di mana Zarith?Selalunya pasti Zarith akan menyambutnya.Tetapi pada hari itu?

"Ummi,mana abang Zarith?", soal Wani dengan matanya meliar melihat ke dalam rumah itu.

" Zarith kerja kat pekan tu haa sekarang.Kejap lagi dia baliklah tu.Kenapa?Rindu ke?",Mak Som memang pintar mengusik Wani sehingga wajah gadis itu berubah bertukar menjadi merah.

Nak kata rindu memanglah rindu.Lelaki yang banyak berjasa kepadanya itu tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.Tetapi apabila Zarith mula membuka mulut bertanya soalan mengenai kahwin,Wani cepat-cepat mengelak.Wani takut Zarith akan buat kerja bodoh lagi dengan mengajaknya berkahwin.

"Mana ada ummi ni.Dia kan abang Wani.Mestilah rindu", Wani cuba untuk memberi alasan yang munasabah.Dia sudah mula menyinsing lengan baju kurungnya bersiap sedia untuk menolong Mak Som memasak makanan untuk makan malam.

" Bukan abang betul pun.Apa salahnya Wani jadi menantu ummi.Lega hati ummi kalau tengok Zarith tu kahwin.Kalau Zarith dah kahwin,Allah nak tarik nyawa ummi pun ummi tak kisah."

"Ummi", Wani memandang Mak Som yang bersahaja mengeluarkan ayam mentah daripada peti ais.

" Betul apa ummi cakap.Ummi nak juga tengok anak ummi bersanding.Berkahwin."

Wani simpati dengan nasib ibu angkatnya itu.Wanita itu terlalu teringin untuk melihat anaknya mempunyai isteri dan anak tetapi Zarith tetap tidak mahu berkahwin selagi Wani tidak menerima dirinya.Zarith tetap mahukan Wani.

"Ummi,Wani nak tanya boleh?"

"Sejak bila Wani reti minta izin nak tanya ummi ni?",tangan Mak Som terhenti daripada mencuci pinggan mangkuk yang bersepah di dalam sinki.

" Afiq ajak Wani kahwin balik",kata-kata Wani yang keluar  meluncur laju itu membuatkan Mak Som tersentak seraya memandang Wani.

"Zarul tahu Afiq tu ayah dia?"

Wani sekadar mengangguk untuk menjawab soalan tersebut.

"Ummi tak halang dengan siapa Wani nak berkahwin nanti.Tapi tolong buat solat sunat istikharah dulu untuk pilih sama ada Zarith atau Afiq.Ummi tak nak Wani buat keputusan terburu-buru."

"Betul ke ummi?"

"Ummi nak yang terbaik untuk anak perempuan ummi ni.Ummi tak kisah kalau Wani tak pilih Zarith.Ummi redha", Wani lantas memeluk Mak Som.Mak Som lah yang selalu menjadi tempatnya mengadu.

🌸🌸🌸🌸🌸

Zarith menghempas pintu biliknya kuat.Hatinya panas mendengar perbualan Mak Som dan Wani sebentar tadi.Kalau Wani memilih Afiq,sudah pasti keinginannya untuk memiliki Wani akan terkubur begitu sahaja.Sudah lama dia mengidamkan Wani tetapi Afiq yang baru ditemuinya kembali mudah sahaja mengajak Wani berkahwin semula setelah apa yang dilakukannya dahulu.

" Zarith.Zarith ok ke nak?",Mak Som mengetuk pintu bilik anaknya dengan segera selepas mendengar hempasan pintu yang kuat daripada Zarith sebentar tadi.

Zarith hanya diam.Menyahut tidak.Menjawab pun tidak.Hatinya luluh.Dia terlalu cintakan Wani.Gadis yang membuatkan hatinya itu bergelora harus dimilikinya segera.

Pintu biliknya dibuka dengan perlahan.Sedikit demi sedikit muncul wajah Zarith di hadapan Mak Som.Mak Som begith risau melihat keadaan anaknya itu.Jarang sekali Zarith berperangai sebegitu.

"Kenapa ni Zarith?Ada masalah ke?", Zarith dapat melihat Wani berdiri di sisi Mak Som bersama Zarul,anaknya.Sungguh risau riak wajah yang dipamerkan oleh gadis itu.

Soalan Mak Som hanya dibiarkan oleh Zarith tidak berjawab.Zarith mengalihkan pandangannya ke arah Wani yang hanya berdiam diri sahaja.Suasana rumah itu senyap tanpa sebarang suara.Hanya bunyi deruan kipas yang dipasang di ruang tamu rumah papan tersebut.

" Abang Zarith",Wani memecahkan keheningan suasana selepas beberapa minit keadaan di situ hanya sepi.

Zarith tersentak daripada terus memerhatikan setiap inci wajah Wani.

"Kenapa Mak Som pun diam juga ni?", Wani memandang Mak Som pelik.Mak Som hanya melemparkan senyuman dan terus berlalu daripada situ bersama Zarul untuk memberikan ruang kepada Wani dan Zarith menyelesaikan masalah mereka.

Selepas pemergian Mak Som,barulah Zarith berani untuk bersuara.Malu juga rasanya jika ingin meluahkan perasaannya kepada Wani di hadapan Mak Som.

" Kahwin dengan abang,Wani."

Permintaan Zarith itu membuatkan mata Wani terbuntang luas.Terkejut dengan permintaan Zarul yang tidak masuk dek akal tersebut.

"Apa ni abang?Abang gila ke?Wani adik abang kan?", soal Wani bertubi-tubi.

" Wani adik angkat abang.Anak angkat ummi.Jadi tak ada salahnya kalau kita kahwin.Sekurangnya kita boleh jaga ummi sesama.Zarul pun boleh rasa kasih sayang seorang ayah."

Wani meraup wajahnya.Bingung dan pening dengan permintaan orang sekeliling.Perasanya bercampur baur ketika itu.Lalu dia mengambil keputusan untuk beredar daripada terus berdiri di situ bersama Zarith.

"Wani,tunggu."

Langkah Wani terhenti.Wani langsung tidak memalingkan wajahnya untuk berhadapan dengan Zarith.

"Maafkan abang kalau permintaan abang tu mengguris hati Wani."

"Sudahla abang.Sekali lagi abang sebut pasal kahwin,sampai bila-bila abang takkan jumpa Wani lagi.Wani cuma nak abang tahu,Wani terima kasih sangat sebab abang pernah suka Wani,abang selalu ada dengan Wani waktu Wani susah dahulu.Tapi Wani tak pernah anggap abang lebih daripada seorang abang."

Zarith tunduk.Malu untuk berhadapn dengan Wani.Kata-kata Wani sebentar tadi cukup meyakinkan bahawa gadis itu telah memilih Afiq sebagai teman hidupnya semula.

"Tak apalah Wani.Abanag sanggup mengalah.Semoga Wani bahagia.Tapi janji dengan abang,jangan pernah lupakan abang.Janji ya Wani?", Wani hanya mengagguk faham.

'Maafkan Wani kerana telah banyak mengguriskan hati ramai orang.'

🌸🌸🌸🌸🌸

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now