BAB 25

3.4K 73 0
                                    

Majlis kenduri doa selamat pada malam itu berjalan dengan lancar.Bacaan tahlil mengisi ruangan rumah Datin Rosnina dan Dato' Azman yang telah lama sepi.Kehadiran Afiq membawa seribu kebahagiaan dalam keluarga mereka.

"Terima kasih imam sebab sudi datang hari ini",ucap Dato' Azman kepada imam masjid taman perumahan mereka sambil bersalaman.

"Terima kasihlah jugak Man sebab sediakan makanan sedap-sedap juga ni.Hah lagi satu,tak salah kita ni nak berniaga,berbusiness,tapi masjid tu pun nak juga kita ni datang beribadat", hah amik hang sedas.

Dato' Azman tersipu-sipu malu apabila disindir oleh imam tersebut.Walaupun dalam nada yang rendah agar tidak mengaibkannya,tetapi Dato' Azman cukup malu.Sejak bergelar usahawan,jarang-jarang dia menjejaki kaki ke masjid yang hanya sekangkang kera daripada rumahnya itu.

"Baik imam saya faham", Dato' Azman hanya mengangguk.

" Saya balik dululah Man.Anak cucu ada dekat rumah tunggu saya tu.Assalamualaikum."

"Baiklah imam hati-hati jalan tu.Kirim salam dekat anak isteri sekali tu ye."

Imam berlalu pergi meninggalkan Dato' Azman untuk memberi ruang lelaki itu melayan tetamu yang lain.

Daniel Izzat yang berdiri di sebelah bapanya hanya tertawa mendengar perbualan bapanya bersama tok imam.Rasa lucu juga apabila bapanya yang sudah berumur itu ditegur oleh tok imam.Dia amat mengetahui bapanya itu tidak suka ditegur,tetapi apabila ditegur oleh imam merah padam mukanya menahan malu.

"Hah gelakkan ayah.Ingat lawak ke?", marah Dato' Azman dalam nada yang perlahan.

" Maaf yah maaf",Daniel masih belum boleh meredakan ketawanya sambil menepuk-nepuk bahu ayahnya itu.

"Hazwani!Keluar kau sekarang!Hazwani!", kedengaran suara seseorang lelaki menjerit memanggil Hazwani.

Daniel dan Dato' Azman berpandangan sesama sendiri.Begitu juga dengan tetamu dan hadirin yang lain.

" Ouh nilah lelaki yang tak reti move on tu kan?",Afiq bertanya secara bersahaja kepada Haiqal yang tampak sungguh marah itu.Nafasnya turun naik.

"Mana Hazwani Izzati aku?", tengking Haiqal kepada Afiq yang tampak tenang itu.

Afiq meraup mukanya.Sabarnya terhadap lelaki itu ada batasnya juga.Tetapi bila didiamkan lelaki itu tetap juga berdegil dan keraskan hati mahukan isterinya.

Tanpa berlengah,Afiq mengcengkam kolar baju Haikal lantas menumbuknya di muka berulang kali.

" Dia tu isteri aku!Sampai mati sekalipun aku takkan lepaskan dia untuk lelaki macam kau!"

Afiq menumbuk Haikal untuk beberapa kali lagi.Darah mengalir keluar daripada hidung Haikal yang mancung itu.Tetamu yang berada disith hanya mampu memandang tanpa ada niat untuk menghalang Afiq daripada bertindak agresif.

"Abang!", jerit Wani daripada muka pintu setelah melihat Wani menumbuk Haikal berulang kali.

Lantas Wani mendapatkan suaminya yang masih menumbuk Haikal tanpa henti.

" Sudahlah abang",Wani sedaya upaya cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.Ditarik tangan Afiq sedaya upaya dengan kudrat yang ada.

"Sayang jangan masuk campur,biar abang settle lelaki tak guna macam ni!", Afiq menolak Wani agar menjauhinya dan terus menumbuk Haikal tanpa henti.Wani tertolak ke belakang.Mujur sahaja dia tidak jatuh.Mahu ada kes lain nanti.

" Afiq sudah mati budak tu nanti",Daniel pula cuba menarik Afiq agar berhenti daripada menumbuk Haikal dan usahanya itu berjaya.Turun naik nafas Afiq yang cuba untuk bersabar dengan lelaki yang ditumbuknya itu.

Haikal terpisat-pisat bangun dan mengelap darah yang berada pada bibirnya.Bajunya kotor dipenuhi lumpur memandangkan siang tadi baru sahaja hujan.

"Hei Afiq!Kau tu dah tua!Tak layak nak berdamping dengan Wani yang cantik dan muda tu!Tak sedar diri!"

Tak semena-semena satu penumbuk hinggap di pipi kiri Haikal.

"Kau balik!Aku benci kau!", tengking Afiq dengan kuat mampu menggerunkan tetamu yang hadir di situ.

"Anak yang Wani kandung tu patutnya anak aku!Bukan kau!"

"Kau dengar sini,setua-tua aku,aku tak pernah suka atau rampas isteri orang!Aku tua sekalipun anak yang Wani kandung tu anak aku!Zuriat aku!Kau tak ada hak nak rampas isteri aku!", Afiq mencengkam kolar baju Haikal sekali lagi.

Haikal berusaha untuk melepaskan cengkaman tersebut.Walaupun Afiq sudah berusia 30 tahun,tetapi kudratnya setanding dengan lelaki seusia Haikal.

" Wani sayang,lelaki ni tak cintakan kau pun.Dia cuma mainkan hati kau",Haikal cuba untuk mencapai tangan Wani tetapi Wani cepat-cepat mengelakkan diri dan menyorok di belakang abangnya,Daniel.

"Dengar Haikal.Wani adik aku.Selagi dia masih isteri orang aku takkan lepaskan dia pada kau.Banyak lagi perempuan yang lebih cantik dekat luar  sana.Pergi!", lembut sahaja tutur kata Daniel.

Haikal berlalu pergi dengan perasaan yang bercampur baur.Sedih ada.Marah pun ada.Perasaan tidak puas hatinya semakin membuak-buak dan semakin membiak.Dendam semakin membara di dalam hatinya.

Wani hanya menghantar pemergian Haikal melalui lirikan mata sahaja.Fikirannya berkecamuk.Afiq cuba untuk memaut lengannya tapi Wani pantas menarik tangannya lalu berlalu masuk ke dalam rumah.

🌸🌸🌸🌸🌸

Pintu bilik dikuak perlahan kerana takut menganggu isterinya.Afiq menyedari bahawa isterinya itu langsung tidak menolong keluarganya mengemas sejak peristiwa tadi.

Afiq melihat Wani sedang menangis di balkoni bilik mereka.Fikirnya mungkin Wani tertekan dengan masalah yang menimpa mereka.

"Sayang...", panggil Afiq perlahan.

Wani cepat-cepat menyeka air matanya agar suaminya itu tidak mengetahui bahawa dia sedang menangis.

" Tak perlu kesat air mata tu sayang.Abang tahu sayang menangis kan?"

"Hmm", Wani masih dirundung kesedihan.Dia masih belum mahu bercakap dengan sesiapa pun ketika itu." Abang tolong keluar.Wani tak nak cakap dengan sesiapa."

Afiq tersentak dengan kata-kata isterinya itu.

"Whats wrong with you Hazwani Izzati?", soal Afiq sedikit tegas.

" Whats wrong with me?Abang tumbuk Haikal,ada abang tanya whats wrong dengan diri abang sendiri?'

"So sekarang sayang nak back up Haikal?", tangannya dicekakkan ke pinggang.

" No its not about back up him or not but sekarang ni perlu ke sampai tumbuk dia?"

Afiq memandang Wani lama.Adakah perubahan Wani ini disebabkan anak yang sedang dikandungnya?

"Sayang hear this.You're my wife.Dia nak apa-apakan sayang takkan abang nak diam?", Afiw memalingkan Wani menghadapnya.Mata Wani kelihatan cukup bengkak akibat terlalh banyak menangis.

" Waniii..Waniii",Wani kehilangan kata-kata.

"Ingat Hazwani,abang kahwin dengan sayang untuk jaga sayang.Untuk lindungi sayang.Ayah ibu abang semua harapkan abang untuk jaga sayang.Please sayang.Ini semua untuk kebaikan sayang.Abang sayang sayang.Abang tak nak hilang sayang.Cukuplah dulu abang hilang orang yang abang sayang.Abang tak nak benda tu berlaku lagi", penerangan Afiq yang panjang lebar itu membuatkan tangisan Wani semakin kuat.

Afiq membawa Wani ke dalam dakapannya dengan harapan kasih sayangnya dapat disalirkan ke dalam diri Wani.

" Wani takut kehilangan abang.Wani tak nak abang hilang daripada pandangan sayang.Wani sayang abang",Wani membalas kembali pelukan Afiq.Malah lebih erat.Afiq dapat merasakan bajunya lencun di bahagian hadapan dek kerana tangisan Wani yang terkena bajunya.

"Tolong jangan tinggalkam Wani abang", tambah Wani lagi.

" Ni,I'll never left you behind sayang.Janji dengan abnag jangan sedih-sedih lagi.Fikir pasal anak kita ni.Abang tak nak hilang sayang.Abang tak nak hilang anak kita",dahi isterinya dikucup berulang kali.Hatinya semakin sebak apabila Wani membiarkan sahaja kucupannya.Semoga cinta Wani hanya untuknya.

🌸🌸🌸🌸🌸

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now