BAB 20

3.5K 78 0
                                    

Setibanya di lapangan terbang Perth,Afiq segera menuju ke hotel yang telah ditempah oleh syarikatnya disana.Dia cepat-cepat untuk pergi untuk mengelakkan diri daripada mengelakkan diri daripada bertembung dengan Lily.Afiq rimas untuk melayan perempuan yang cukup psiko itu.

"Afiq tunggu I",laung Lily daripada jauh.Wajah Afiq berubah serta-merta.Impiannya untuk mengelak berjumpa dengan Lily berderai begitu sahaja.Afiq terpaksa berhenti untuk menunggU Lily.

"Laju sangat you jalan ni",tegur Lily yang melihat muka Afiq kurang gemar untuk berjumpa dengannya.

"I nak cepat balik hotel",tangannya diselukkan ke dalam poket kerana Lily cuba untuk memegangnya.

Niat Lily untuk meraih tangan Afiq terbantut.

"Sayang kita kan pergi hotel yang sama.Why not kita pergi sama-sama."

"Lily hear this.I ni suami orang.Please jangan panggil-panggil I sayang.One more thing,I bukan sebilik dengan you nak pergi sekali dengan you.You sebilik dengan Izzah,so you just go there with her",nada suara Afiq kedengaran agak tegas.

"I tak kisah kalau you suami orang ke apa sayang.Yang pasti sekarang kita jauh daripada wife you.Why not kita happy berdua kat sini.Wife you bukan tahu pun",Lily cuba untuk memegang pipi Afiq tetapi Afiq segera mengelak.

"Please behave yourself Lily Raisha.Even I jauh daripada wife I,hati I tetap untuk dia.Bukan untuk you.Please faham I",Afiq segera berlalu pergi meninggalkan Lily yang masih tidak berpuas hati di situ.

Lily hanya mampu memandang pemergian Afiq.Hatinya semakin panas.Afiq Asyraf tetap dimahukannya.

"Wait and see Afiq Asyraf.You will be mine",senyumannya diherotkan ke kanana sambil tangannya disilangkan ke dada.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Afiq merebahkan badannya ke atas katil.Sengal-sengal di pinggangnya masih belum hilang kerana sehari suntuk melayan penumpang di atas katil.Fikirannya menerawang ke udara.Hatinya cukup rindu kepada isterinya,Hazwani Izzati.Rindu akan belaian manjanya.Begini rasanya apabila berjauhan dengan orang yang dicintai.

Fikirannya sedikit terganggu apabila mengingati kata-kata Lily.Kata-kata Lily sedikit sebanyak membuatkan emosinya terganggu.Setiap malam Lily pasti akan menganggunya.Namun perkara tersebut tidak pernah diceritakan kepada isterinya kerana bimbang Wani akan berfikir yang bukan-bukan.

Tangannya diletakkan di atas kepala sambil matanya menatap syiling bilik hotel.Jauh daripada isteri yang dicintai membuatkan hatinya sedih.

Deringan telefon mengejutkan Afiq daripada lamunan.

"Wani",senyuman terukir dibibirnya tatkala melihat nama "Sayang" tertera."Manja sangat nak video call budak kecil ni."

"Assalamulaikum abang",Wani memulakan bicara.Gembira hatinya melihat suami yang dirinduinya itu.

"Waalaikumussalam sayang.Kenapa video call abang ni?Rindu eh?"

"Mestilah rindu.Baru sehari abang pergi.Ada lagi 6 hari Wani nak tahan rindu",Wani memuncungkan bibir mungilnya.

"Alolo manja sangat dia ni.Ingat Wani sorang jeke yang rindu.Abang lagi lah rindu kat isteri manja abang ni."

Wani tergelak kecil mendengar perkataan manja itu.Dia sedar bahawa dia seorang manja bila bersama Afiq.Perlakuan itu secara automatik bukannya mengada-ngada tau.

"Macam mana dengan check up tadi?Sayang pergi check up tak?",soal Afiq bertalu-talu.

"Abang ni tanylah satu-satu.Mana satu Wani nk jawab dulu?"

"Sayang please jangan memain",rayu Afiq manja.Aduh cairnya Wani mendengar suara rayuan Afiq yang menggoda itu.

"Demam biasa je lah encik Afiq Asyraf.Jangan risaukan Hazwani Izzati yang dekat Malaysia ni.Abang tu janganlah gatal dengan orang lain kat Perth tu."

"Hati abang tetap pada sayang takkan abang nam menggatal pulak sayang ni."

"Abang tu dahlah handsome.Risau sangatlah lepaskan suami jauh-jauh ni."

Belum sempat Afiq membalas kata-kata Wani,pintu biliknya diketuk.Afiq mengagak itu ialah pekerja hotel tersebut.

"Sayang abang off dulu tau.Jaga diri sayang tu.Abang rindu sayang sangat.Lagi 6 hari abang balik.Sayang tunggu abang ye."

"Baiklah abang.Jangan lupa makan tau."

Afiq sekadar mengangguk dan segera menamatkan panggilan video tersebut.Nak lepas rindu pun ada sahaja yang mengacau.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Pintu loceng ditekan berulang kali.Wani yang sedang ralit menonton televisyen sambil makan kuaci berasa terganggu dengan bunyi tersebut.

"Apa jelah minah dua ekor ni.Kata tak datang ni duk sibuk tekan loceng rumah orang.Kaki sembang pak dia",walaupun membebel bagai nak rak Wani tetap bangun untuk membuka pintu.

Terpempan wajah Haikal di muka pintu.Wani terkesima.Pelbagai persoalan muncul.Macam mana Haikal tahu rumahnya?Macam mana nak elakkan diri ni?

"Hey sayang",ucap Haikal girang.

"Kau nak apa?Suami aku tak ada kat rumah",Wani cuba untuk menutup pintu tetapi di halang oleh Haikal.

"Sebab tu aku datang.Boleh berasmara dengan kau",senyuman jahat mula terukir di bibirnya.

Wani mulai cuak.Tiada siapa yang dapat membantunya ketika ini.Dia berdoa agar ada insan yang mulia muncul ketika itu.Wani mula menapak ke belakang apabila Haikal semakin menghampirinya.

"Kenapa undur sayang?Nanti jatuh tak kesian ke kat baby tu.Tapi kalau budak tu mati pun lebih bagus senang aku nak dapatkan ibu dia yang cantik ni",Haikal cuba untuk mengelus wajah Wani tetapi cepat-cepat ditepis oleh Wani.

Wani segera memegang perutnya kerana risau anaknya akan diapa-apakan oleh Haikal.

"Tolong jangan sentuh anak aku",rayu Wani yang hampir hendak menangis.

"No sayang aku tak apa-apakn anak kau pun.Aku cuma nakkan mak dia je ni",Haikal semakin merapati Wani.Wani mulai risau apabila tiada lagi ruang untuknya berundur.

"Tolong baliklah Haikal.Tolonglah."

"Alahai merdunya suara.Tergoda abang Haikal mendengarnya",Haikal menolak Wani ke dinding.Apa jadi sekalipun Wani mesti menjadi miliknya.

"Haikal ni semua nafsu kau!Blahlah!",Wani cuba untuk menolak Haikal menjauhinya tetapi gagal memandangkan kudratnya semakin lemah sejak kebelakangan ini.

"Haikal!",nama Haikal dilaung oleh Amelia dan Dania serentak.Terjengil mata mereka melihat Haikal bertindak seperti itu.Rupanya firasat mereka mengenai keselamatan Wani benar belaka.

Haikal hanya tersengih melihat Amelia dan Dania lalu melepaskan pegangannya di tangan Wani.

"Hero tak ada datang pula heroin tahi macam ni."

"Tolong keluar daripada rumah ni Haikal!",arah Dania dengan kasar.

"Ni rumah aku!",jerit Haikal.

"Haikal!Tolong sedar!Wani tu isteri orang."

"No dia isteri aku!Dia cintakan aku.Betulkan sayang?",Haikal memandang Wani yang sedang ketakutan.

Tiba-tiba terasa senak dibawah perut dirasakan oleh Wani.Amelia dan Dania segera mendapatkan Wani yang telah terduduk.

"Pergi Haikal!Kalau jadi apa-apa pada Wani aku tak teragak-agak nak sumbat kau dalam penjara!"

Tanpa sebarang kata ,Haikal keluar daripada rumah tersebut.Dia tidak mahu bertanggungjawab jika terjadi apa-apa pada Wani.Sekurangnya dia dapat melepaskan diri.

Wani yang sedang menahan kesakitan hanya mampu menangis.Lantas Amelia dan Dania memeluknya dengan harapan dapat memberikan sedikit kekuatan kepada Wani.

"Dah jangan risau.Kami ada",ujar Dania.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now