BAB 5

4.3K 115 1
                                    

Hari pertunangan antara Hazwani dan Afiq akhirnyatiba. Hazwani hanya memerhatikan saudara maranya ketawa riang dan sibuk membawang sementara menunggu kedatangan ahli keluarga bakal tunangannya. Hatinya sayu mengenangkan nasibnya pada masa akan datang apabila menjadi tunanganorang yang tidakdikenalinya. Hatinya juga terluka apabila melihat kanak-kanak berlari rian tanpa menghiraukan perasaannya.

Dia tahu bahawa bahawa keluarganya tidaklah sekejam yang di sangkakan. Pasti ada sebab mengapa pertunangan ini terjadi. Hazwani cuba untuk erfikiran positif walaupun banyak syaitan yang menghasut dirinya supaya dia melakukan perkara yang bakal mengaibkan keluarganya. Tetapi Hazwani terus beristighfar untuk menepis segala hasutan tersebut.

Datin Rosnina menguak pintu bilik anaknya. Dilihat anak perempuan tunggalnya itu hanya termenung memandang barang-barang hantaran pertunangannya itu.

Punggunggnya dihenyak bersebelahan Hazwani. Kepala anaknya itu ditarik ke dalam dakapannya. Seurang-kurangnya dapat juga dia memberikan semangat kepada Hazwani.

Why semua benda ni terjadi pada Wani,bu?

Ibu terpaksa sayang. Ibu tak nak jadi isteri derhaka. Tapi ibu pasti yang suatu hari nanti Wani pasti bahagia dengan Afiq. Wani percaya cakap ibu kali ini ye,Datin Rosnina mengelus kepala anaknya yang sudah berbalut dengan tudung itu.

Tapi macam mana Wani nak bahagia sedangkan Afiq pun Wani tak pernah jumpa ibu;. whatsapp ke or call langsung tak pernah,air matanya mula mengalir merosakkan sedikit solekan nipisnya.

Ibu rasa hari ini Afiq ada ikut sekali family dia. Nanti jumpa dia ye. Kenal hati budi masing-masing. Ibu pasti Wani pasti jatuh hati dengan Afiq nanti,Hazwani hanya sekadar mengangguk. Ibunya itu dipeluk erat mengharapkan sedikit suntikan semangat untuk melalui hari tersebut.

---

Hazwai Izzati selamat menjadi tunangan Afiq Asyraf. Cincin yang cantik tersarung di jari manisnya ditatap Hazwani lama. Merenung masa hadapannya kelak. Bertunang dengan seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Bagaimana mereka hendak melayari bahtera perkahwinan kelak?

Ikatan pertunangan yang ditetapkan hanyalah selama 6 bulan menambahkan perasaan ragu-ragu pada hati Hazwani. Bagaimana persiapan perkahwinan boleh dilakukan hanya dalam masa 6 bulan sahaja? Mampukah majlis perkahwinan itu nanti dapat memuaskan naluri remajanya?

Kak Wani,abang Afiq nak jumpa dekat taman,kedatangan Athirah,sepupu Hazwani menambahkan kebimbangan di dalam jiwa Hazwani. Bagaimanakah rupa tunangannya itu. Cukup sifat ke tak? Ada mata ke tak? Segera dia menampar pipinya kerana berfikir sejauh itu. Athirah yang berada di muka pintu pelik dengan perangai Hazwani.

Kak Wani okay ke tak ni?

Ehh akak ok je. Cakap dengan abang Afiq akak turun lagi 5 minit ye. Nak tukar tudung,tudung yang sarat dengan manik itu membuatkan Hazwani berasa tidak selesa. Gatal-gatal seluruh badan dirasakannya.

Ohhh okay,Athirah terus sahaja berlalu pergi dengan wajah yang pelik melihat kelakuan Hazwani.

Hazwani membuka tudung selendangnya. Rimas dan panas. Tudung selendangnya itu ditukar dengan tudung sarung sahaja. Lebih ringkas dan nampak lebih cantik. Done puji diri sendiri hehehehe.

Langkahnya diatur laju menuju ke taman rumahnya. Hatinya berdebar-debar. Ini kali pertama dia akan berjumpa dengan Afiq. Agak-agak macam Shah Rukh Khan tak muka dia. Hmm kalau macam Shah Rukh Khan,esok juga dia mahu kahwin. Bisik hatinya nakal.

Seorang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya di pandang lama. Segan untuk dia menegur. Mahu salah orang tak ke malu sampai kiamat.

Hazwani?,terperanjat beruk si Hazwani apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja memanggilnya.

Ohh mak kau meletop!

Mak saya tak meletop lagi. Ada dalam tu tengah membawang dengan mak awak,Hazwani terpaku. Inilah lelaki yang penah dijumpainya tempoh hari di pusat membeli belah. Jika benar tekaannya,pasti lelaki ini merupakan tunangannya.

Cantik,hanya sepatah perkataan sahaja setelah meneliti Hazwani untuk beberapa ketika.

What?

Macam ni ke bakal isteri saya. Dahlah pendek. Katik.

Meluap-luap perasaan Hazwani apabila Afiq mengutuknya sedemikian rupa.

Ehh suka hatikucing dia je cakap orang katik. Habis awak tu tinggi melangit macam zirafah.

Ehhh cik katik sorang ni. Mulut tak ada insurans eh?

Awak tu yang mulakan dulu. Sibuk panggil orang katik. Katik-katik pun comel. Tak macam awak tuu,macam hantu galah.

Perkenalan antara Hazwani dan Afiq di mulai dengan perbalahan kecil. Ibu bapa Hazwani dan Afiq tersenyum gembira melihat anak mereka bedua mula menyesuaikan diri dan mengenali hati masing-masing. Walaupun bukanlah suatu perkenalan yang terindah. Tetapi mereka bersyukur kerana melihat Afiq yang kelihatan selesa berbicara dengan Hazwani.

Haipp dengar sini budak katik. Saya tak kenal siapa awak dan saya ikut je arahan keluarga saya. So lepas ni jangan nak menyusahkan hidup saya ya budak katik.

Semakin panas hati Hazwani apabila Afiq kerap memanggilnya kati. Bukannya dia katik,cuma dia kurang kalsium je. Itu je. Adoooo.

Encik hantu galah or whatever nama awak tu,saya bukannya nak sangat kahwin dengan awak ni. Jadi saya pun tak ada masalah nak menyusahkan awak.

Baguslah tak ada masalah yang bakalll menyusahkan saya. Ingat ye budak katik,kita kahwin atas pilihan keluarga and jangan ingat senang-senang je saya nak jadikan awak isteri saya ok.

Hazwani menjeling tajam dan berlalu meninggalkan Afiq. Makin dilayan makin sakit hati. Bagaimana lah nanti dia akan hidup bersama Afiq kelak dengan perangai Afiq yang suka mengutuknya.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now