Bab 9

4K 110 0
                                    

Hari ini harinya.Hari yang aku sendiri tak mahu ia tiba.Tapi demi ayah dan ibu aku harus redha apabila ia tiba.Hari di mana tanggungjawab ayah untuk menjagaku selama 18 tahun akan dilepaskan kepada Afiq Asyraf ataupun Mamat Poyo.Ya Allah,aku tak kuat.Aku sungguh tak mahu ini semua terjadi.

Solekan tipis aku pinta daipada mak andam agar tidak terlalu heavy dan nampak yerlalu fake.Biarlah kecantikan naturalku muncul ketika aku dinikahkan.Diri yang aku jaga selama ini,akan menjadi sepenuhnya milik Afiq Asyraf.Sediakah aku menjadi iaterinya?Soalan itu seringkali bermain di dalam fikiranku.

Aku menapak anak tangga satu persatu dengan penuh berhati-hati memandangkan gaun yang ku pakai meleret labuhnya.Kadang-kala aku rasa rimas dan gatal-gatal dengan gaun ini kerana terdapat banyak manik yang mencocok badanku.Aku lihat semua mata tertumpu ke arahku.Cantikkah aku?Perasan!!!!Ramai saudara yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini hahah.Amelia dan Dania yang mengiringiku tampak sungguh ceria sementara aku menahan gelora di dalam hati.Mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang aku kenali.Haikal!!Buat apa dia kat sini?Siapa invite dia.Aku harap dia tak hancurkan majlis aku.

Ayah dan ibu nampak sepadan mengenakan baju kurung dan baju melayu berwarna merah hati.Aduhh nampak sweet.Ibu tidak putus mengukirkan senyuman.Aunty Anne.Ops silap.Mummy.Sebab sebentar lagi aku menjadi sebahagian keluarganya.Dup dap rasa hati.

"Aku terima nikahnya Hazwani Izzati binti Azman Shah dengan mas kahwinnya snaskhah Al-Quran,tunai",aku mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana sekali lafaz aku menjadi isteri sah kepada Afiq.Lelaki misteri yang annoying dan penuh persoalan terhadapnya.

Aku memeluk ibu yang berada di sampingku.Aku lihat ibu mengalirkan air mata.Mana tidaknya,anak bongsunya yang mja telah menjadi hak milik orang lain.Memang aku tidak meminta mas kahwin yang terlalu mahal dan over.Cukuplah Al-Quran menjadi saksi kepada ikatan sah kami.Aku berharap agar Afiq dapat menerima aku selepas ini begitu juga aku.

Afiq yang sedang bersalaman dengan ayah dan daddy,aku pandang lama.Suami.Suami yang hadir secara spontan dan tanpa relaku.Alhamdulillah Haikal tidak mengganggu majlis hari ini.Tapi hari kemudian?Aku berharap agar dia dapat menerima hakikat bahawa aku bukan untuknya.

♥♥♥♥♥

"Tahniah sayang",Amelia dan Dania serentak memelukku.Aku turut membalas pelukan mereka.Mereka yang sentiasa mendengar masalah aku kecik ataupun besar.Yang aku amat bersyukur mereka berkawan bukan atass dasar rupa.Mereka dan aku semakin menginjak dewasa.Aku cemburumelihat Dania dan Amelia berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.Sedangkan aku terpaksa menjadi seorang surirumah sepenuh masa.Ya segala urusan rumah tangga sudah menjadi tanggungjawab aku.Tapi aku tak sedia.

Masih belum puas aku menikmati zaman remaja ku.Amelia dan Dania punya kebebesan yang mereka inginkan.Tapi aku?Aku terperangkap dengan tanggungjawab.Allah bantu aku untuk terus tabah.

"Wani,aku harap lepas ni kau boleh jadi lebih matang.Anddd jangan nak tunjukkan kepala batu kau tu pada suami",macam biasa.Amelia suka membebel.Aku suka akan bebelannya.Bebelannya akan aku rindui.Ouh teman-temanku sayang.

"Saya,Hazwani Izzati berjanji dengan tangan kanan saya untuk menjadi lebih matang.Dan saya tidak berjanji dengan tangan kiri saya untuk tidak bersikap kepala batu",ketawa kami terhambur keluar.Biasalah kami selalu begini.Benda tak lawak pun gelak.

"Sayang...happynya",whatdehelllll!!!Sayang kau panggil aku.Geli tohh.Amelia dan Dania ketawa tak henti-henti.Jaga kau dua orang.

"Ehh Afiq...",belum sempat aku menghabiskan kata-kata,telunjuk Afiq selamat mendarat dibibirku tanda mnyuruhku untuk berhenti bercakap.

"Dah kahwin kenapa panggil Afiq?Panggil abang kan lagi comel kan sayang?",zappp.Anak mata Afiq menikam anak mata ku.Aku terkesima sebentar.Waduuhh hensemnya suami saya.

"Weyh Wani..Abang kau bercakap dengan kau tu",cubitan Dania menyedarkan ku daripada lamunan.Ya Allah aku sungguh terpana.

Afiq merangkul lembut bahuku untuk rapat dengannya.Ni macam mana nak lari ni?Dia dah peluk habis kunci ni.Emm tapi aku rasa semacam.Aku rasa sungguh tenang apabila dipeluknya.Aku rasa kasih sayangnya mengalir di dalam badan aku.Jatuh cinta?Aku cuma isteri sementara.Isteri yang bakal dia ceraikan apabila tiba masanya.Isteri tanpa cinta dia.

"Wani kami balik dulu.Lagipun mesti kau perlu layan tetamu lain",Dania meminta pamit.Ouh sayangku Damia dan Amelia janganlah balik dulu..

"Aloh",aku memuncungkan bibirku.

"Eleh risau tak jumpa aku lah tu.Jangan risau ok sayang.I akan berada disisi you semasa reception you nanti ok bebeh",kau fikir boeh tenangkan aku ke Mel?Otak awakla.

Dania memelukku.Ouh sayang.

"Enjoy your night,Wani",sempat Dania membisik.Nak aje aku tendang sampai ke bulan minah ni.

Amelia dan Dania berlalu pergi.Aku mengiringi pemergian mereka dengan lirikan mataku sahaja akibat bahuku dipeluk kejap oleh Afiq.Woii lemaslaaa.Aku tatap wajahbnya.Ya Allah handsomenya.Tak sangka suami aku sehandsome begini.Jantung aku berdegup laju seakan kereta F1.

"Get ready malam ni Wani",dezuppp.Defishhh kau fikir apa ni gila!??!!!

"Woi kau jangan fikir bukan-bukan,aku suruh kau get ready untuk reception malam ni.Tapi kalau lepasty nak ngap kau boleh jugak",merona merah wajahku.Nasib ayah dengan ibu tak dengar.

"Emm ok",jawabku pendek tanpa memandangnya langsung.

"Ok je kau jawab.Ni yang buat aku rasa nak sangat ngap kau."

Aku segera meloloskan diri daripada pelukan Afiq.Cara nak selamatkan diri sekarang ni pergi tempat ibu.Ya itu tempat paling selamat.

♥♥♥♥♥

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now